Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 30 Mac 2023

Apakah Maksud Sprint Race dalam MotoGP 2023?

Anda mungkin perasan terdapat satu sesi perlumbaan yang pendek pada hari Sabtu lepas ketika pusingan pembukaan MotoGP musim 2023 yang berlangsung di Portugal.

Sesi perlumbaan yang lebih singkat itu dinamakan Sprint Race, dan ia merupakan format yang baharu buat kejuaraan MotoGP, yang mengikut langkah World Superbike Championship (WSBK) dan Formula 1 (F1).

Jadi marilah kita selidik dengan lebih mendalam mengenai perlumbaan ini.

Apakah maksud MotoGP Sprint Race?

Sprint Race ini akan berlangsung pada setiap 21 pusingan MotoGP bermula tahun ini, dan ini membawa jumlah perlumbaan tahun ini kepada 42.

Pihak pengelola MotoGP berharap perlumbaan pendek ini dapat memberikan lebih nilai kepada pemegang tiket di litar serta menarik lebih banyak penonton di rumah pada hari Sabtu.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa perubahan kepada jadual perlumbaan setiap minggu:

Jumaat

  • Dua sesi latihan yang mengambil kira masa yang dicatat oleh pelumba, iaitu P1 dan P2 (namanya ditukar daripada FP1 dan FP2).
  • 10 pelumba dengan masa terpantas akan layak ke sesi kelayakan Q2 secara automatik.
  • Pelumba yang mencatatkan masa ke 11 terpantas dan seterusnya akan memasukki sesi kelayakan Q1.

Sabtu

  • Aksi bagi kelas MotoGP dimulakan dengan sesi latihan bebas (Free Practice atau FP), iaitu masa yang mereka catat tidak mempengaruhi kedudukan grid mereka.
  • Sesi Q1 akan dimulakan 10 minit setelah tamatnya sesi FP.
  • 2 pelumba terpantas dalam sesi Q1 akan melayakkan diri ke sesi Q2. Pelumba-pelumba yang lain akan memulakan perlumbaan daripada tempat grid ke-13 dan ke bawah.
  • Sesi Q2 akan bermula 10 minit selepas tamatnya sesi Q1.
  • Sesi Q2 ini akan menentukan petak grid daripada yang pertama ke tempat ke-12.
  • Pelumba-pelumba akan memulakan perlumbaan Sprint Race serta Race utama daripada tempat grid permulaan yang ditentukan di dalam sesi Q1 dan Q2.
  • Sprint Race akan bermula pada pukul 3 petang, waktu tempatan.

Ahad

  • Sesi Free Practice 4 (FP4) telah dilupuskan.
  • Race utama akan bermula pada pukul 2, waktu tempatan.

Jarak perlumbaan Sprint Race

Jarak perlumbaan Sprint Race ialah separuh daripada jarak Race utama di setiap pusingan. Contohnya, Race utama di Litar Antarabangsa Sepang ialah 26 lap, jadi Sprint Race akan berlangsung untuk 13 lap.

Mata

Pelumba akan diberikan separuh daripada mata penuh yang boleh diperoleh di dalam Race utama. Contohnya, tempat pertama di dalam Sprint Race memberikan 12 mata hingga 1 mata bagi tempat ke-9, berbanding dengan 25 mata bagi pemenang sehingga 1 mata bagi pelumba yang mendapat tempat ke-15 di dalam Race utama.

Namun, apa yang peliknya ialah mata-mata yang dikumpul di dalam Sprint Race tidak dicampurkan dengan mata yang diperolehi di dalam Race utama bagi kedudukan kejuaraan. Ini bermaksud terdapat Kejuaraan Sprint Race yang tersendiri, berbeza dengan WSBK dan F1.

Peraturan teknikal

Kerana Sprint Race hanya berlangsung untuk separuh daripada jarak Race utama, bahanapi yang dibenarkan ialah 12 liter (tambah 1 liter) daripada 22 liter yang dibenarkan untuk Race utama.

Tiada pemberian tayar yang khusus untuk Sprint Race, tidak seperti WSBK. Ia bergantung kepada bagaimana sesuatu pasukan untuk menguruskan jumlah tayar yang dibenarkan untuk setiap pusingan.

Peraturan jumlah enjin bagi setiap musim tetap sama kerana FP4 telah digantikan dengan Sprint Race.

Penalti

Peraturan penalti untuk kesalahan ketika Sprint Race kekal sama, iaitu ia akan diberikan ketika perlumbaan itu ataupun ketika Race utama.

Popular

  • Dari Litar

    Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

  • Warta Roda

    Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

  • Warta Roda

    SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

  • Warta Roda

    KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

  • Berita Kelab

    KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Artikel berkaitan

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Qabil Irfan & Nguyen Viet Tuan Juara FIM MiniGP Malaysia 2024

Bagnaia 'Tahan' Martin Dari Terus Mara...Jurang Mata Kian Dekat!

David Alonso Juara Moto3 2024, Pelumba Columbia Pertama Raih Takhta di GP Dunia!

Gelaran Juara CP150 Semakin Hampir Menjadi Milik Akid

Jorge Martin Makin Dekat Bergelar Juara Dunia

CP150: Mampukah Pelumba Lain Menggugat Kedudukan 1-2 Pasukan CKJ Racing?

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mforce Bike Perkenalkan CFMOTO 500SR VOOM. Harga asas RM35,888

Bersempena dengan perasmian CFMOTO Flagship Store yang beroperasi di Bandar Rinching, Semenyih baru-baru ini, pihak Mforce Bike Holdings Sdn Bhd dengan bangganya melancarkan model neo-retro baru iaitu 500SR Voom.

Dari Litar

Bagnaia 'Tahan' Martin Dari Terus Mara...Jurang Mata Kian Dekat!

Perlumbaan kelas prima di Litar Motegi semalam membuktikan keupayaan Francesco Bagnaia (Pecco) selaku juara bertahan untuk membawa pulang 25 mata, menewaskan Jorge Martin dengan kawalan jentera yang cukup mengagumkan.

Dari Litar

Gelaran Juara CP150 Semakin Hampir Menjadi Milik Akid

Gelaran juara keseluruhan CP150 semakin hampir menjadi milik Md Akid Aziz selepas mengesahkan kemenangannya di litar Jempol.

Warta Roda

Nyaris maut motosikal terbabas elak lori tiba-tiba membelok

Seorang penunggang motosikal nyaris maut selepas melanggar sebuah lori yang membelok secara mengejut dalam kejadian di Kilometer 48.7 Lebuhraya Dengkil-Puchong pada Ahad.