Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Mac 2023

Marc Marquez Tetap akan Jalani Penalti di COTA

Pelumba Repsol Honda MotoGP, Marc Marquez tetap akan menjalani hukuman Long Lap Penalty bila beraksi di  Grand Prix of the Americas di litar Circuit of the Americas (COTA) kelak. Berita ini disahkan oleh pihak pengelola MotoGP.

Kontroversi tertimbul apabila hukuman yang diberikan kepada Marquez, juara dunia 8 kali yang berasal daripada Sepanyol itu, ditulis dengan kata-kata, "... penalti akan dijalani ketika berlangsungnya perlumbaan di Argentina." Namun, Marquez mengumumkan bahawa dia akan menarik diri daripada pusingan tersebut kerana terpaksa menjalani pembedahan ke atas tulang tangan kanannya yang patah. Pihak FIM pula tidak menyiarkan apa-apa berita ketika Marquez membuat pengumumannya, dan ia membawa kepada prasangka bahawa dia terlepas daripada hukuman.

Hukuman itu akan menjejaskan rekod Marquez yang telah mejuarai kesemua perlumbaan di COTA sejak MotoGP bermula di sana.

Marquez telah melanggar dua pelumba ketika perlumbaan pembukaan musim 2023 di Portugal pada Ahda lepas. Salah satunya ialah Jorge Martin yang telah patah tulang jari kaki. Seorang lagi ialah Miguel Oliveira yang pada mulanya mengalami kesakitan namun akhirnya disahkan mengalami kecederaan tendon kaki dan juga terpaksa menarik diri daripada pusingan yang seterusnya.

Marquez sedang dikecam hebat oleh beberapa pelumba MotoGP, pihak media yang membuat liputan, serta peminat-peminat sukan permotoran di atas aksinya yang membahayakan pelumba-pelumba lain. Mereka juga meluahkan rasa pelik kenapa Marquez bertindak begitu agresif pada peringkat awal lagi (Lap 3) walaupun masih ada 19 lap untuk menamatkan perlumbaan. Marquez berkata perlanggaran itu disebabkan oleh kesilapannya sendiri kerana tayar depannya masih terlalu sejuk dan telah terkunci apabila dia cuba membrek dengan keras. Namun, dia bertegas bahawa dia bukan cuba untuk memotong Martin. Penjelasannya pula membuka bekung bagi dikecam bahawa seorang juara dunia 8 kali tidak sepatutnya membuat kesilapan yang begitu serius.

Tambahan lagi, pemerhati perlumbaan telah nampak bahawa Marquez telah hampir melanggar beberapa pelumba lagi pada lap-lap sebelumnya, dan ini bukan kali pertama Marquez melakukan tindakan seperti begini bermula daripada awal kariernya di dalam kelas Moto3 serta Moto2. Bukan itu sahaja, pihak FIM serta Dorna dinampak seperti sering melindungi Marquez kerana pelumba itu selalu tidak dihukum, apatah lagi dengan pemberian penalti yang tidak konsistan.

Turut mengecam Marquez dengan hebat adalah Valentino Rossi yang menjadi pesaing utama kepada Marquez. Pelumba lagenda itu berkata Marquez tidak pernah menghormati pelumba lain, dan juga cuba "memusnahkan saya."

Pasukan Oliveria, RNF Racing juga telah meminta agar pihak FIM menghukum Marquez dengan lebih serius lagi, seperti digantung daripada berlumba untuk sekurang-kurangnya satu pusingan kerana penalti Long Lap itu sama seperti hukuman bagi kesalahan jump start (memulakan perlumbaan ketika lampu merah masih padam). 

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.