Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Mac 2023

Francesco Bagnaia Cemerlang Di Portugal.... Marc Marquez Kena Penalti!

Perlumbaan pembukaan tirai saingan MotoGP musim 2023 di Litar Potimao, Portugal berlangsung dengan penuh drama. Perebutan tempat di hadapan cukup sengit sehinggakan berlakunya sentuhan dan perlanggaran. Apa pun, kita ucapkan tahniah kepada juara sulung 2023 iaitu Francesco Bagnaia atau Pecco yang berjaya menepati sasarannya untuk berada di tangga tertinggi podium.

Dari kiri: Bezzecchi, Bagnaia & Vinales.
Dari kiri: Bezzecchi, Bagnaia & Vinales.

Namun begitu, kemenangan yang diraih oleh Pecco bukan mudah kerana telah diberi tentangan hebat oleh Maverick Vinales dari awal hingga ke saat-saat akhir. Turut mencabar kedua-dua pelumba di depan itu ialah Marco Bezzecchi dari pasukan Mooney VR46 Racing.

Marco Bezzecchi
Marco Bezzecchi
Marc Marquez memohon maaf atas kesilapannya.
Marc Marquez memohon maaf atas kesilapannya.
Alex Marquez '73' nampak cukup pantas dengan jentera Ducatinya.
Alex Marquez '73' nampak cukup pantas dengan jentera Ducatinya.

Drama kelas prima ini terjadi di awal-awal saingan. Kelompok hadapan diketuai oleh Pecco, dikuti rapat oleh pelumba tuan rumah iaitu Miguel Oliveira dan Jorge Martin. Marquez cuba menyerang Martin dari dalam dengan gaya yang agak agresif.

Akibatnya dia hilang kawalan dan terbabas ke tepi 'membawa' Oliveira bersama. Berikutan daripada insiden itu, dikhuatiri Marquez keretakan tangan kanannya manakala Oliveira hanya cedera ringan. Melihat kepada insiden itu, pihak 'steward' MotoGP telah membuat keputusan untuk mengenakan penalti 'Double Long Lap' di atas kesalahannya.

Pembukaan tirai MotoGP 2023.
Pembukaan tirai MotoGP 2023.
Fabio Quartararo tamatkan saingan perlumbaan pertamanya di tempat kelapan.
Fabio Quartararo tamatkan saingan perlumbaan pertamanya di tempat kelapan.

Di depan, Vinales terus mengejar Pecco sehingga jarak di antara kedua-dua pelumba ini sangat rapat. Walaupun telah melakukan segalanya untuk mengatasi jaguh Ducati itu, Vinales terpaksa akur dengan kekalahannya kali ini.

Apa pun, dia dan pasukan perlu berbangga dan kekal positif kerana prestasi jenteranya yang semakin memberangsangkan. Tempat ketiga telah dimenangi oleh Marco Bezzecchi selepas menewaskan Johann Zarco dan Alex Marquez yang turut bekerja keras mencari posisi terbaik.

Joan Mir peroleh pengalaman berharga bersama jentera barunya.
Joan Mir peroleh pengalaman berharga bersama jentera barunya.
Brad Binder, tempat keenam.
Brad Binder, tempat keenam.

Turut meraih pengalaman berharga ialah Joan Mir yang baru sahaja menyertai pasukan Repsol Honda pada musim ini. Selain itu, Jack Miller dan Alex Rins turut meraih tempat yang agak baik bersama pasukan baru masing-masing. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Model Baru

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami (RR) akan di kilang SYM di Taiwan untuk melihat dan menunggang uji skuter adventure terbaru iaitu ADXTG 400. Tapi... adakah SYM TTLBT pun akan masuk ke pasaran negara?

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.