Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 Mac 2023

WSBK Indonesia 2023: Hafizh Syahrin Tambah Satu Mata Lagi....

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdulllah dapat menambah satu mata lagi walaupun dalam situasi yang cukup sukar pada minggu lalu. Selepas Phillip Island, para pelumba berkumpul semula di Litar Antarabangsa Mandalika iaitu pada 3-5 Mac baru-baru ini. Pasukan PETRONAS MIE Racing kembali untuk memberi cabaran tetapi masalah cengkaman tayar mengganggu prestasi Hafizh dalam Perlumbaan 1. Walaupun cuba membetulkan keadaan di sepanjang perlumbaan, catatan masanya masih tidak dapat diperbaiki. Hafizh tamat saingan P1 di posisi ke-16 manakala rakan sepasukannya, Eric Granado mengalami 'gastroenteritis' atau dikatakan jangkitan virus usus, tidak dapat untuk beraksi.

Hafizh Syahrin.
Hafizh Syahrin.

Eric terus bergelut dengan virus usus telah menghalangnya daripada bersaing dalam Perlumbaan 2. Hafizh terpaksa berdepan dengan 'dua episod' kemalangan yang melibatkan beberapa pelumba lain. Pertama ialah ketika dalam saingan Superpole yang melibatkan Alex Lowes, Loris Baz dan Danilo Petrucci seawal lap kedua. Apabila perlumbaan dimulakan semula, jumlah persaingan dikurangkan kepada hanya lapan lap. Ia memang cukup sukar khususnya untuk para pelumba di belakang untuk mendapatkan rentak untuk mengejar pesaing di depan dan Hafizh terpaksa berpuas hati di tempat ke-17.

Sekali lagi perlumbaan dihentikan apabila Michael Van Der Mark dan Philipp Oettl pula terlibat dalam kemalangan. Selepas Perlumbaan 2 (P2) Kedudukan Hafizh beberapa kali berubah tetapi memiliki sedikit kelebihan untuk meraih satu mata lagi untuk dibawa pulang. Hafizh dan pasukannya kini hanya ada sekitar enam minggu untuk melakukan segala persiapan dan peningkatan untuk saingan pusingan ketiga yang akan berlangsung di Litar Assen, Belanda pada 21-23 April nanti.

Alvaro Bautista sudah menang 5 daripada 6 perlumbaan.
Alvaro Bautista sudah menang 5 daripada 6 perlumbaan.
Toprak Razgatlioglu '54' muncul juara dalam saingan Superpole.
Toprak Razgatlioglu '54' muncul juara dalam saingan Superpole.

“Perlumbaan hari ini (P2) agak sukar walaupun kami dapat melakukan beberapa peningkatan. Saya masih jauh dengan kumpulan di depan, hanya mampu bersama mereka di peringkat awal sahaja. Rentak saya makin perlahan lebih-lebih lagi ketika keluar dari selekoh. Saya harap kami dapat lakukan yang lebih baik pada perlumbaan seterusnya,” Hafizh Syahrin.

Hafizh sekali lagi menamatkan saingan di tempat ke-15.
Hafizh sekali lagi menamatkan saingan di tempat ke-15.

Saingan di Indonesia ini diungguli oleh Bautista yang meraih dua kemenangan daripada tiga perlumbaan. Bautista hanya tewas di tangan Razgatlioglu pada perlumbaan Superpole slepeas terlibat dalam kemalanga. Pelumba dari Sepanyol itu kini berada di tangga teratas dengan 112 mata diikuti Toprak Razgatlioglu dengan 75 mata dan Jonathan Rea 70 mata di tangga ketiga. Hafizh kini berada di tangga ke-19 dengan dua mata. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.