Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 November 2022

Malaysia Motocross International Festival 2022

Iskandar Puteri: Seramai 111 orang peserta dari Malaysia dan 10 orang peserta dari Singapura bersaing pada Kejohanan Malaysia Motocross Internasional Festival 2022 yang berlangsung di Litar Motocross Medini, Johor Bahru pada 17 dan 18 haribulan September yang lalu.

Pengurus kejuaraan, Hazlan Shah Mohd Noor berterima kasih kepada pihak Tourism Malaysia atas penganjuran tersebut.

“Ia sebagai platform terbaik untuk memberi pendedahan kepada pelumba-pelumba negara untuk bersaing bersama pelumba dari negara jiran. Kita juga mahu menggalakkan aktiviti beriadah yang bermanfaat dan melahirkan belia yang mempunyai semangat jati diri dan kemahiran tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Litar Motocross Medini, Gateway Garden, Lebuh Medini Utama berdekatan bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor.

Kejuaraan ini kesinambungan daripada Malaysian Motocross Championship anjuran Tourism Malaysia yang dilaksanakan oleh PGM Tech 23 Racing Sdn Bhd.

Kejuaraan ini adalah penganjuran berlesen dan diiktiraf oleh Motorsport Association of Malaysia (MAM). Ia juga mendapat kerjasama baik daripada pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Iskandar Investment Berhad.

Terdapat 9 kategori yang dipertandingkan iaitu MX2, MX Novice, MX Senior, MX 85cc, MX 65cc, MX 50cc, MX Women, Kawasaki KLX 150 dan juga Cubcross Johor. Dari sembilan kategori tersebut, empat daripadanya adalah kategori yang disertai oleh pelumba dari Singapura iaitu MX Novice, MX Senior, MX Women dan MX 85cc.

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil Adun Kota Iskandar Puteri iaitu YB Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad. Terdapat beberapa gerai jualan daripada pembekal-pembekal barangan motosikal dan jualan makanan pada hari tersebut. Seramai 3000 orang pengunjung dari pelbagai golongan umur termasuk Racing Team, keluarga dan golongan belia yang datang untuk meriahkan acara tersebut. RR

- Haslam Mohd Noor, Setiausaha Kelab Motocross TQMX

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.