Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Januari 2023

Pasukan Ducati: MotoGP & WSBK Sedia Untuk Musim Baru

Musim baru untuk dua perlumbaan motosikal tersohor, MotoGP dan WSBK bakal tiba sedikit sahaja lagi. Mengukit kalendar perlumbaan 2023, pusingan pertama WSBK akan diadakan di Litar Philip Island pada 24 Februari diikuti dengan pembukaan tirai saingan MotoGP di Litar Autodromo, Portugal pada 27 Mac 2023 nanti.

Dari kiri, Francesco Bagnaia, Enea Bastianini, Alvaro Bautista & Michael Ruben RInaldi.
Dari kiri, Francesco Bagnaia, Enea Bastianini, Alvaro Bautista & Michael Ruben RInaldi.

Pasukan Ducati selaku penyandang juara untuk kedua-dua saingan baru sahaja mempersembahkan barisan pelumba, warna dan livery terbaru yang memang cukup padu. Pasukan Ducati Lenovo menampilkan Juara MotoGP 2022 iaitu Francesco Bagnaia (Pecco) yang kini digandingkan dengan pelumba muda, Enea Bastianini yang telah mempamerkan prestasi cukup cemerlang pada musim lalu.

Dari kiri: Francesco Bagnaia & Enea Bastianini.
Dari kiri: Francesco Bagnaia & Enea Bastianini.

Dalam saingan WSBK pula, pasukan Ducati Aruba.it Racing diketuai oleh Juara 2022 iaitu Alvaru Bautista yang bakal menggalas cabaran bersama Michael Ruben Rinaldi. Kedua-dua pelumba ini bakal menunggang jentera Ducati Panigale V4R yang disempurnakan dengan enjin V4, 4 lejang, 998cc berkuasa lebih 235bhp pada 16,000rpm dan kemampuan memecut lebih daripada 315km/j.

Alvaro Bautista 'kiri' & Michael Ruben Rinaldi.
Alvaro Bautista 'kiri' & Michael Ruben Rinaldi.

Paling padu apabila Pecco dan Bautista memilih untuk menggunakan nombor '1' pada jentera masing-masing dan ini adalah antara lakaran sejarah yang cukup bermakna buat Ducati. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.