Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Januari 2014

Petronas CubPrix 2013 Pusingan Akhir - Shah Alam Selangor : Saat Gemilang Buat Fuad

Tahniah kepada Ahmad Fuad Baharuddin atau lebih popular dengan gelaran ‘Abang Power’ selepas menjuarai kategori prima CP130 buat kali ketiga selepas melakukannya pada musim 2002 dan 2009 lalu. Walaupun dalam keadaan kurang sihat, semangat yang ditunjukkan Fuad cukup luar biasa dengan berjaya membuat catatan terpantas sejak di peringkat ujian masa.

Ahmad Fuad - Juara CP130 2013.
Ahmad Fuad - Juara CP130 2013.

Prestasi Fuad agak hambar di pusingan ke-9, menamatkan keputusan di tempat kelima, tetapi cukup baik dari segi mata untuk merapatkan diri dengan Norizman yang gagal menamatkan perlumbaan di litar Sepang. Cuma perbezaan satu mata di antara mereka. Pastinya litar Shah Alam menjadi ‘gelanggang’ terakhir untuk dua pejuang ini membuktikan kehebatan satu sama lain.

Di sessi Superpole, Norizman dari pasukan Y-TEQ SCK Honda Racing turun terlebih dahulu dan terus mendapatkan keputusan yang cemerlang, 58.667 saat tetapi ia masih belum cukup untuk menahan kemaraan ‘Abang Power’ yang berjaya mencatatkan masa 0.641 lebih pantas. Pelumba muda, Mohd Fitri sekali lagi menunjukkan keupayaannya apabila berjaya mendapatkan ke-dudukan di petak ketiga dengan catatan masa ketiga terpantas.

Norizman (4) terpaksa berpuas hati di tangga kedua keseluruhan apabila gagal menyinar di pusingan akhir akibat masalah mekanikal. Tahniah buat Ahmad Fuad (26).

Pertarungan sengit antara Norizman dan Fuad bermula seawal lap pertama. Fuad terkenal dengan kepantasan manakala Norizman pakar dalam membuat serangan di selekoh. Kedua-dua pelumba ini cuba menguji kehandalan masing-masing tetapi kekecewaan menimpa Norizman dan pasukannya apabila mesin mengalami masalah di pertengahan saingan. Norizman gagal mendapatkan kejuaraan dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.

Pertarungan untuk merebut tempat kedua dan ketiga lebih menarik. Tanpa disangka bekas jagoan, Fazli Sham berjaya meloloskan diri untuk berada di tempat kedua diikuti oleh dua pelumba muda iaitu Fitri dan Adib. Adib yang baru sahaja menang di Indonesia dalam perlumbaan Yamaha Asean Cup jelas lebih matang dan agresif.

Walaupun bermula dengan baik, Hafiz (99) gagal menamatkan perlumbaan sementara Ilham sekadar di tempat ke-11.

Beberapa kali Adib cuba tetapi bukan mudah untuk memintas Fitri yang sudah empat kali ke podium musim ini. Apabila kedua-dua pelumba ini sibuk bertarung, Fazli mula membuka jarak seterusnya berjaya mendapatkan podium keduanya selepas litar Batu Kawan. Adib dan Fitri terus bertarung hinggalah ke garisan penamat yang memihak kepada Fitri dengan perbezaan masa 0.046 saat sahaja.

Shariffudin (52) menunjukkan kemampuan sebenarnya selepas menjuarai pusingan akhir CP115 manakala Tengku (18) di tempat ketiga.

“Saya cukup gembira dengan kemenangan ini selepas mengharungi satu musim yang sukar. Selepas Afif berjaya menjadi juara keseluruhan, pasukan kami ada lebih masa untuk menyediakan jentera buat saya yang ternyata membantu kejayaan hari ini,” komen Shariffudin, juara pusingan ke-10.

Tiada lagi saat paling bermakna buat Shariffudin selepas mengharungi musim yang agak sukar. Pada perlumbaan akhir, kemenangannya ini bukanlah mudah kerana dia telah diberikan persaingan yang cukup hebat daripada dua pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang iaitu Izzat Zaidi dan Tengku Amirul.

Pasukan Motul YY Pang sibuk mengatur strategi untuk menjuarai perlumbaan akhir CP115
Pasukan Motul YY Pang sibuk mengatur strategi untuk menjuarai perlumbaan akhir CP115

Lap ke-5, Izzat hampir-hampir terbabas ketika cuba memintas Shariffudin. Selepas itu Izzat terpaksa memintas seorang demi seorang untuk kembali bersama kelompok di hadapan yang kini diungguli oleh Shariffudin, Tengku dan Amirul. Shariffudin berjaya menjadi juara manakala Izzat menunjukkan kehebatannya memintas Tengku dan Amirul untuk meraih tempat kedua.

Juara keseluruhan kelas ini telah dimenangi oleh Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Yamaha CKJ dengan jarak perbezaan mata yang besar berbanding pemenang tempat kedua, Md Amirul Ariff Musa dari pasukan GIVI Honda Yuzy Pachie.

Walaupun hampir terbabas, Izzat (28) masih sempat memintas Haiekal dan Zaidy serta beberapa orang pelumba lain untuk mendapatkan podium di tempat kedua. Airul (1) akhirnya berjaya memintas Syamim untuk memenangi tempat kelapan kelas Honda Future

Mohd Adam Norrodin akhirnya berjaya sekali lagi memenangi perlumbaan kelas ini selepas memberikan persembahan hebat di litar Shah Alam sepanjang 1,070 meter ini. Walaupun juara keseluruhan telah pun dinobatkan, ini langsung tidak menjejaskan prestasi para pelumba lain seperti Kasma Daniel, Syafiq, Che Ku Amriq dan ramai lagi.

Bermula di petak paling hadapan ternyata memberi kelebihan untuk memecut laju meninggalkan para pelumba lain. Kasma Daniel yang pada awalnya sedikit tertinggal di belakang mengemaskan tunggangan untuk menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 12:20.853 saat, hampir dua saat di belakang Adam.

Dalam carta keseluruhan, Adam berjaya menambah 25 lagi mata penting untuk berada di tangga ke-6 manakala Syafiq kekal di tangga kedua dengan 135 mata.

Jangan lepaskan hendal...nanti jatuh bang!
Jangan lepaskan hendal...nanti jatuh bang!

Suhaizarul Suhaizat ternyata memberikan kejutan selepas cemerlang di sessi ujian masa tetapi juga selepas muncul juara pada perlumbaan terakhir musim ini. Sebelum ini, kedudukan terbaik buatnya ialah di Jempol, tempat keempat.

Airul (1) akhirnya berjaya memintas Syamim untuk memenangi tempat kelapan kelas Honda Future

Walaupun bermula di petak kedua, Suhaizarul memecut pantas untuk memimpin perlumbaan namun masih berjaya diekori rapat oleh Huzairie di tempat kedua. Pertarungan sengit antara dua pelumba ini telah membuka jarak yang cukup jauh berbanding para pencabar lain. Senario pintas memintas berterusan hingga ke garisan penamat yang dimenangi oleh Suhaizarul.

Huzairie berjaya mendapatkan 20 mata lagi yang melayakkan dirinya memenangi tempat kedua. Md Akid Aziz pula sekadar menamatkan persaingan di tempat keenam untuk menambah 10 lagi mata. Dia berada di tempat ketiga keseluruhan dengan jumlah 134 mata.

Mohd Azam Omar terbukti antara pelumba paling konsisten pada persaingan musim ini dengan kejayaan berada di tempat tertinggi sebanyak lapan kali. Dia hanya gagal dua kali ke podium iaitu pada pusingan keempat (Muar, Johor) dan pada pusingan ketujuh (Temerloh, Pahang).

Para pemenang keseluruhan Cabaran Yamaha 135 Super Series Petronas. Dari kiri: Md Ibrahim, Md Azam dan Kasma Daniel.
Para pemenang keseluruhan Cabaran Yamaha 135 Super Series Petronas. Dari kiri: Md Ibrahim, Md Azam dan Kasma Daniel.

Azam yang juga mewakili negara baru-baru ini langsung tidak memberi ruang untuk para pencabar lain merapatinya termasuklah seteru utamanya, Kasma yang akhirnya menunjukkan persembahan hebat ketika berentap dengan Mohd Helmi. Kasma menamatkan persaingan terakhirnya musim ini di tempat kedua dengan 10:31.999 saat diikuti oleh Helmi di tangga ketiga dan Iqbal Amri di tempat keempat.

Walaupun gagal mencapai impiannya bergelar juara keseluruhan, Zulkefli Ali nyata ingin namanya tertulis sebagai salah satu juara dalam kelas ini. Walaupun berlakunya insiden di awal perlumbaan, Zulkefli dan Tengku Syahmi ternyata berjaya melepas halangan itu terus memecut ke garisan penamat.

Para pelumba Suzuki bersedia untuk memulakan cabaran
Para pelumba Suzuki bersedia untuk memulakan cabaran

Zulkefli tidak memperlahankan kelajuan sebaliknya menunjukkan tunggangan yang mantap apabila diberi tekanan hebat oleh Tengku yang ternyata cukup licik mencari ruang tetapi akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Zulkefli pada perlumbaan kali ini. Tempat ketiga dimenangi oleh Md Izham Shah manakala Md Aznil dan Md Hafiz masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima. RR
 

Isu Pada

Januari 2014

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Pandu Uji

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Tempat-tempat yang sempat aku singgah kali ini bersama Suzuki V-Strom 800RE. Ya....model kembara 800cc dari Suzuki ini adalah kesinambungan daripada model DE yang telah kami uji tahun lalu. Kini, lengkapkan siri keluarga V-Strom 800 dengan benar-benar bersedia di pasaran dan mampu merentasi kepelbagai rupa bumi, cuaca dan destinasi pengembaraan.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Dari Litar

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Menurut Pengurus Pasukan SIC Racing, "Prestasi dalam sesi Latihan Bebas dan Kelayakan juga kurang memuaskan, namun masih terdapat ruang yang luas untuk penambahbaikan. Peningkatkan persiapan serta memperkukuhkan latihan agar kedua-dua pelumba lebih bersedia dan mampu memberi saingan sengit di Pusingan 2,dijadualkan berlangsung di Qatar pada April ini."