Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 5 Disember 2022

PETRONAS Malaysian Cub Prix Musim ke-29 Menutup Tirai di Batu Kawan

Perlumbaan yang berlangsung di litar Stadium Batu Kawan, Penang merupakan aksi penutup tirai bagi kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix untuk musim ke-29. Walaupun juara keseluruhan CP150 telah diumumkan dalam saingan pusingan kesembilan yang dimenangi oleh Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, para pelumba lain tetap bersemangat untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik di perlumbaan pusingan akhir ini.

Dalam perebutan tempat kedua keseluruhan, Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team telah mempamerkan aksi yang cukup hebat di dalam litar untuk memberi saingan kepada pelumba pendahulu, Md Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing. Manakala Kasma yang berada di kedudukan kedua tampak yakin dengan kedudukanyan. Namun pada akhir lap ketiga Azroy menyambar kedudukan beliau.

Sebanjang perlumbaan, Azroy terus memberi tekanan terhadap Akid untuk merampas kedudukan sebagai pemimpin perlumbaan. Kasma yang pada ketika itu berada di tempat ketiga membuat percubaan menutup jurang di antarannya dengan Azroy. Namun, misi tersebut tidak kesampaian.

Azroy mula meningkatkan kelajuan jenteranya di selekoh terakhir. Beliau melepasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 17’10:908s. Azroy pula menamatkan perlumbaannya di tangga kedua dengan 17’12:961s diikuti Kasma dengan catatan masa 17’16:427s.

Walaubagaimanapun, Kemenangan Md Akid Aziz di litar ini terpaksa dibatalkan selepas perlumbaan tamat atas faktor isu teknikal.

Kategori CP125, Md Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor menamatkan perlumbaannya di tempat pertama di pusingan akhir kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022.

Pada awal perlumbaan akhir, Khairi terus memecut bersama jenterannya untuk memimpin perlumbaan. Manakala Haziq dan Syafiq masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga. Syafiq kemudian berjaya memintas dua pelumba di hadapannya pada penghujung lap kedua. Haziq pula mara ke kedudukan kedua pada akhir lap ketiga sebelum merampas kedudukan pertama.

Sepanjang tujuh lap, Haziq mengukuhkan kedudukannya di P1 manakala kedudukan kedua di kuasai oleh Syafiq dari akhir lap keempat sehingga lap keenam. Syafiq yang berada di kedudukan ketiga pada akhir lap keenam berjaya memintas Syafiq di lap ketujuh sehingga dua lap seterusnya.

Pada akhir lap kesembilan, Syafiq berjaya merampaskedudukan pertama selepas memberi tekanan terhadap Haziq. Perlumbaan CP125 semakin sengit apabila para pelumba lain ingin menamatkan saingan mereka di kedudukan yang terbaik. Namun, Syafiq kekal tenang di sepanjang perlumbaan.

Berbaki lagi dua lap, Syafiq telah meninggalkan pelumba-pelumba lain di belakangnya. Pada ketika itu, Syafiq Rasol berada di P2 manaka Haziq di P3. Di selekoh akhir, Haziq hampir berjaya menewaskan Syafiq Rasol untuk menamatkan perlumbaan di tangga kedua. Namun beliau telah melakukan kesilapan dan di pintas kembali oleh Syafiq. Kesilapan itu sekaligus memberi peluang buat Hafiza berada di kedudukan ketiga.

Syafiq menamatkan perlumbaan di tangga pertama dengan catatan masa 13’42:962s. Duo pasukan ONEXOX TKKR Racing Team iaitu Md Syafiq Rasol dan Md Hafiza Rofa mengakhiri perlumbaan mereka di tempat kedua dan ketiga yang masing-masing mencatatkan masa 3’47:368s dan 13’47:513s.

Sementara itu, bagi kelas WIRA KBS, Md Syamil Amysar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing telah memulakan perlumbaan dengan baik untuk menguasai perlumbaan pusingan penutup tirai ini.

Pada akhir lap ketiga, Syamil berjaya memperkukuhkan kedudukannya selaku pendahulu dengan mempertingkatkan kelajuan jentera untuk menjarakkan jurang dengan pelumba dibelakangnya. Sementara itu, pelumba dibelakangnya merupakan rakan sepasukannya, Adam manakala Farish di kedudukan ketiga.

Di pertengahan perlumbaan, jarak di antara Syamil dengan Adam semaki jauh. Adam yang berada di P2 gagal mempertahankan kedudukannya dan dipintas oleh Farish. Pada lap-lap seterusnya, Syamil meneruskan perlumbaan dengan tenang.

Syamil berajaya menggunakan strategi dengan baik untuk mempertahankan kedudukan P1 di sepanjang perlumbaan. Md Farish Izmal Khayrul Elyas dari pasukan Honda KC Racing pula diberi tentangan hebat oleh Adam yang mencari peluang untuk memintasnya. Walaubagaimanapun Farish tidah berputus asa. Usaha beliau untuk pertahankan kedudukannya mebuahkan hasil selepas dia berjaya menamatkan perlumbaan di tangga kedua dengan catatan masa 1’10:287s.

Md Adam Haikal Jahar dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing yang merupakan juara keseluruhan kelas WIRA KBS musim 2022 melepasi garisan penamat di tangga ketiga dengan 11’10:324s.

Syamil menamatkan perlumbaan yang sepanjang 12 lap ini di tempat pertama dengan catatan masa 11'08:161s. Sepanjang hujung minggu ini beliau telah mempamerkan semangat kukuh dalam persembahannya yang hebat di aksi perlumbaan akhir ini. RR

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.