Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 November 2022

CFMOTO Pertontonkan 'NK-C22 Concept'

CFMOTO mengumumkan ketibaan 10 model baharu untuk pasaran tahun 2023 nanti dengan kemantapan strategi dan kejuruteraan yang benar-benar mengagumkan. Bertempat di 'pesta' Pameran Antarabangsa EICMA tempohari, CFMOTO dengan bangganya mempertontonkan model konsep terbaru iaitu NK-C22.

Model konsep ini merupakan sebuah roadster yang menampilkan rekabentuk yang agresif, tegap dan mangap. Kemunculannya juga memberi kita sedikit sebanyak tentang gambaran barisan jentera baharu yang bakal berada di dalam keluarga NK. Rekabentuknya cukup aerodinamik - jelas dapat kita lihat menerusi rekaan fairing, tangka, winglet dan beberapa bahagian yang direka dengan bentuk tirus.

Panel meternya sudah pasti dari jenis TFT berwarna penuh yang dipadankan pula dengan lampu hadapan jenis LED. Ya...bentuknya memang unik dan moden. Posisi menunggang yang natural membolehkan NK-C22 ditunggang untuk apa juga keadaan dan untuk ke mana-mana sahaja.

Apa yang menarik perhatian ialah rekabentuk 'Y' yang kelihatan dalam penciptaan model ini. Pandangan sisi dan belakang lebih anggun dengan rekacorak sistem ekzos berkembar, madgad dan bentuk 'ekor' yang tajam. Sistem saspensi belakang jenis tunggal itu memberi pendekatan CFMOTO dari segi sifat 'sporty' dan mirip kepada jentera perlumbaan.

Mengenai enjin, tiada ada lagi sebarang maklumat rasmi tetapi hanya kalau kita 'dengar' dengan khabar angin yang bertiup agak kencang, model ini didatangkan dengan enjin 800cc yang berasal dari KTM. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya (LLM) kini sedang membangunkan kemudahan asas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal di negara ini.

Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.