Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 November 2022

Azroy Hakeem Menang di Litar Sepang, Afif Amran Juara CP150 Musim Ke-29

Perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang didominasi oleh pelumba dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team dengan kemenangan 1-2.

Di perlumbaan akhir, Izzat Zaidi memulakan perlumbaanya di petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas di sesi Pole. Manakala Azroy Hakeem dan Haziq Fairus masing-masing di petak kedua dan ketiga.

Pada lap pertama dan kedua, Izzat berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai pendahulu perlumbaan. Namun di lap ketiga kedudukan beliau dirampas oleh Iqbal Amri. Tidak lama selepas itu, Aiman pula muncul ke P1 pada lap kelima dan keenam diikuti Idlan Haqimi pada lap ketujuh.

Dengan berbaki lagi empat pusingan, Azroy memulakan langkahnya untuk menguasai pelumbaan. Beliau berjaya merampas kedudukan pertama pada lap kelapan walaupun pelumba-pelumba CP150 sukar untuk mempertahankan kedudukan mereka di setiap lap. Azroy kemudia di pintas oleh rakan sepasukannya, Idlan di lap kesembilan manakala Haziq pula mengambil kedudukan P2.

Namun, Azroy mengatur strategi dengan baik untuk kembali di kedudukan teratas pada lap kesepuluh. Perlumbaan kemudian bertambah sengit apabila kelompok pelumba lain mula merapatkan kedudukan. Pada selekoh terakhir, Azroy mengerahkan tenaga jentera Honda RS-X dan membuka jurang dengan kelompok belakang untuk melintasi garisan penamat.

Azroy mencatatkan masa terpantas 14'08:068s dikedudukan pertama diikuti rakan pasukannya, Md Idlab Haqimi di tangga kedua dengan catatan masa 14’08:414s. Manakala tempat ketiga menjadi milik Md Iqbal Amri Abd Malek dari pasukan Yamalube Gen Blu Ahm Motor Sports (14’08:490s).

Walaupun tidak mendapat sebarang kemenangan di pusingan kesembilan ini, Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP150 untuk musim 2022 dengan kutipan 157mata. Sepanjang musim ini, beliau meraih podium sebanyak enam kali termasuk tiga kemenangan di pusingan pertama, kedua dan kelapan.

"Saya sangat bersyukur dan ini adalah rezeki saya untuk bergelar juara sekali lagi. Tidak lupa juga buat pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing yang telah bekerja keras dan para krew yang sentiasa mencari cara serta jalan untuk memaksimakan prestasi jentera saya. Apa yang kita “target” telah dikecapi hari ini", kata Afif Amran.

Bagi kategori CP125 pula, Syafiq memulakan perlumbaan di petak pertama diikuti Firdaus Hamdan di petak kedua manakal Fareez Afeez di petak ketiga. Pada penghujung lap pertama, Firdaus berjaya memintas pelumba di hadapannya untuk berada di kedudukan pertama. Namun pada lap kedua, Md Adie Putra yang bermula di petak kelapan belas berjaya merampas kedudukan pendahulu.

Syafiq yang gagal mempertahankan kedudukannya pada awal perlumbaan tidak berputus asa. Beliau kembali sebagai pendahulu perlumbaan pada pengujung lap ketiga diikuti Adie dibelakangnya dan Firdaus di kedudukan ketiga.  Pada pertengahan perlumbaan, Adie kembali di tangga teratas manakala Syukran di tempat kedua dan Fareez mengambil P3.

Saingan CP125 semakin sengit walaupun ada beberapa kejadian yang berlaku. Para pelumba bersaing dengan bersungguh-sungguh untuk berada di kedudukan yang terbaik. Pada lap ketujuh, Idli yang berada di tangga ketujuh berjaya berada di kelompok hadapan.

Pada lap terakhir, perlumbaan semakin mencabar di mana pada waktu itu Irfan Haykal memimpin perlumbaan. Walaupun beliau cuba pertahankan kedudukannya untuk bergelar juara pusingan ini, Idli yang berada di kelompok empat teratas berjaya memintas beberapa pelumba di bahagian selekoh. Idli melepasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 11’08:977s. Tempat kedua menjadi milik Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team (11’09:068s) dan Md Haziq di tangga ketiga.

Sahfiq juga telah digelar sebagai juara keseluruhan kelas CP125. Untuk musim ini, beliau telah menaiki podium sebanyak enam kali termasuk tiga kemenangan di pusingan kelima, keenam dan ketujuh. Jumlah mata yang berjaya dikumpul sebanyak 159 mata.

Sementara itu, Md Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinuta Yamaha – 31 Racing mendapatkan kemenangan di tempat pertama dalam saingan WIRA KBS.

Dalam perlumbaan akhir, Farish Iqmal dari Honda KC Racing bermula di petak pertama selepas sesi "Shoot Out" manakala Syamil yang mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan di petak keenam. Adam yang kini mendahului carta keseluruhan berada di petak kelima.

Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Syamil terus memecut untuk memimpin perlumbaan. Para pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing berada di tempat tiga teratas iaitu Syamil di tangga pertama, Amirun kedudukan kedua dan Adam di tempat ketiga. Namun, pada lap kedua, Syamil dipintas oleh rakan sepasukannya tetapi belia dengan pantas merampas kembali.

Dua lap seterusnya, perlumbaan bertambah rancak apabila pelumba-pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing bersaing mencari peluang untuk merebut kedudukan pertama. Pada lap keenam, Amirun sekali lagi berjaya memintas Syamil. Adam juga mendapat peluang berada di kedudukan kedua.

Amirun berjaya mempertahankan kedudukannya sehingga akhir perlumbaan dengan catatan masa 9’50:298s. Manakal raka sepasukannya Adam dan Syamil masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 9’50:339s dan 9’50:398s.

Saingan WIRA KBS untuk musim 2022 menutup tirai selepas Adam menjadi juara keseluruhan di kelas ini. Beliau menaikin podiumdi setiap pusingan dengan satu kemenangan. Adam berjaya mengumpil sebanak 177 mata. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.