Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 November 2022

Francesco Bagnaia Juara MotoGP 2022

Tahniah buat pelumba muda dari Itali, Francesco Bagnaia (Pecco) yang mengakhiri penantian pasukan Ducati selama 15 tahun dengan kejayaan menobatkan dirinya sebagai Juara MotoGP musim ini. Selepas bekerja keras untuk kekal konsisten di sepanjang musim, Pecco berjaya meraih tujuh kemenangan di tempat pertama, sekali di tempat kedua, dua kali di tempat ketiga dan selebihnya di kedudukan yang berbeza.

Selepas mencipta kemenangan di Litar Sepang, Pecco mempunyai kelebihan sebanyak 23 mata berbanding Fabio Quartararo yang berada di tangga kedua. Ini bererti kedudukannya itu sudah cukup selesa selagi mana dia tidak terbabas di pertengahan saingan. Sesi ujian masa menunjukkan Pecco bermula di petak ke-8 manakala pencabarnya pasukan pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP di petak ke-4.

Pecco mencipta banyak sejarah baru dengan kejayaannya menjadi Juara MotoGP terbaru.
Pecco mencipta banyak sejarah baru dengan kejayaannya menjadi Juara MotoGP terbaru.

Perebutan tempat terbaik di antara Pecco (depan) dan Quartararo.

Fabio Quartararo, naib juara MotoGP 2022.
Fabio Quartararo, naib juara MotoGP 2022.

Saingan akhir bermula dengan pecutan yang luar biasa ditunjukkan oleh Alex Rins (Suzuki Esctar) untuk memimpin perlumbaan. Berada di belakangnya ialah Jorge Martin, Jack Miller, Marc Marquez, Quartararo dan Pecco. Memandangkan Rins sudah mula membuka jarak, Quartararo cuba sedaya upayanya untuk mengatasi Miller tetapi ia bukanlah satu tugas mudah. Kepantasan jentera Ducati di laluan lurus sukar ditewaskan. Dalam pergelutan untuk mencari ruangan memintas, Pecco mencelah...dan telah berlaku sentuhan di antara jentera merah dan biru yang menyebakan 'winglet' Ducati Pecco terbang melayang.

Alex Rins '42' cuba menahan serangan daripada Jorge Martin '89' & Jack Miller.
Alex Rins '42' cuba menahan serangan daripada Jorge Martin '89' & Jack Miller.
Alex Rins.
Alex Rins.

Rentak Quartararo cukup mengagumkan dengan kemampuan mencatatkan masa terpantas hampir di setiap lap. Walaupun dia sedar masa mungkin sudah terlambat, semangat juangnya wajar mendapat pujian. Pecco tidak lagi terlalu agresif untuk ke hadapan tetapi sekadar mengekalkan posisinya dengan baik.

Di depan, Rins mengawal jenteranya dengan cemerlang untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama dan ini sudah pasti merupakan hadiah terbaik dari dirinya buat pasukan Suzuki Ecstar yang akan meninggalkan saingan MotoGP. Rins dijangkakan akan meneruskan kariernya bersama pasukan LCR Honda pada musim akan datang.

Marc Marquez gagal ke podium selepas terbabas di pertengahan saingan.
Marc Marquez gagal ke podium selepas terbabas di pertengahan saingan.
Jorge Martin berjaya tamatkan saingan di tempat kedua.
Jorge Martin berjaya tamatkan saingan di tempat kedua.

Dalam perebutan akhir kali ini, Marc Marquez cuba menyaingi kepantasan Brad Binder tetapi sayangnya dia telah terbabas dan gagal menyambung semula. Brad Binder di tempat kedua diikuti Jorge Martin ketiga dan Quatararo keempat.

Hasrat Jack Miller untuk raih kejayaan tidak kesampaian apabila terbabas.
Hasrat Jack Miller untuk raih kejayaan tidak kesampaian apabila terbabas.
Luca Marini.
Luca Marini.

Pecco akhirnya melintasi garisan penamat di tempat ke-9 dan sudah memiliki cukup mata untuk bergelar juara keseluruhan. Pecco merupakan pelumba Ducati pertama bergelar Juara MotoGP selepas Casey Stoner pada tahun 2009. Bukan setakat itu saja, Pecco juga mencipta sejarah sebagai pelumba Itali pertama menjadi juara bersama jentera Itali selepas Giacomo Agostini melakukannya kira-kira 50 tahun yang lalu menggunakan jentera MV Agusta.

Dari kini: Alex Rins, Jorge Martin, Francesco Bagnaia & Brad Binder.
Dari kini: Alex Rins, Jorge Martin, Francesco Bagnaia & Brad Binder.

Sebelum musim ini ditamatkan secara rasminya, para pelumba akan menjalani sesi ujian 'Valencia Test' terlebih dahulu. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.