Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Disember 2015

Petronas CubPrix Pusingan 9 - Jempol, Negeri Sembilan : Fazrul Capai Impian Bergelar Juara

Pelumba bernombor 11, Ahmad Fazrul Sham terpaksa menunggu 11 tahun untuk muncul sebagai Juara Keseluruhan kelas prima musim 2015 pada perlumbaan di litar Jempol, Negeri Sembilan pada 1 November lalu. Walaupun hanya mampu menamatkan cabaran di tempat keenam, jumlah matanya yang tinggi sudah tidak dapat lagi dikejar oleh mana-mana pelumba.

Fazrul (11) diasak  oleh bekas juara 2014,  Zhaquan Zaidi (1).

Kemampuan Fazrul semakin terserlah sejak muncul juara tiga kali berturut-turut iaitu pada perlumbaan di pusingan 4 (Terengganu), 5 (Melaka) dan 6 (Kangar). Pencapaiannya di Serdang tidak begitu baik namun dia kembali memberikan tunggangan meyakinkan di litar Jempol pada sesi Superpole dengan mencatatkan masa terpantas untuk mendapatkan posisi petak paling hadapan, diikuti Sasitharen dan Md Hafiz di petak kedua dan ketiga.

Tengku Amirul (18)  terjatuh ketika mengejar  Kasma Daniel (27)  dalam perlumbaan  CP115.

Meski pun bermula di petak pertama, Fazrul gagal menyaingi Sasi, Hafiz dan Fitri yang terlebih dahulu tiba di selekoh pertama. Insiden perlanggaran di selekoh pertama yang turut melibatkan pencabar terdekat iaitu Abdul Muhaimin (Along) dan Fazli Sham membuka peluang untuk Fazrul menjarakkan diri bersama-sama kumpulan hadapan. Perebutan tempat pertama antara Hafiz dan Fitri kadang kalanya mendebarkan terutama sekali apabila kedua-duanya cuba memintas satu sama lain.

Perlanggaran antara Azhar Abd Jalil, Rozaiman  Md Said dan Ahmad Afif Amran dalam CP130.
Perlanggaran antara Azhar Abd Jalil, Rozaiman Md Said dan Ahmad Afif Amran dalam CP130.

Fazrul yang pada mulanya agak selesa di tempat ketiga akhirnya menerima tekanan demi tekanan daripada pelumba yang lebih pantas Penantian selama 11 tahun akhirnya, Fazrul menjadi juara CP130 2015. Tengku Amirul (18) terjatuh ketika mengejar Kasma Daniel (27) dalam perlumbaan CP115. Fazrul (11) diasak oleh bekas juara 2014, Zhaquan Zaidi (1). Menteri Belia & Sukan, En. Khairy Jamaluddin (berbaju putih) turut hadir memberi sokongan kepada perlumbaan Cub Prix. seperti Adib, Affendi dan Zaqhwan. Menyedari takhta juara boleh berpihak kepadanya jika dia terus kekal hingga ke garisan penamat, Fazrul mengemaskan tunggangan untuk menamatkan persaingan di tempat kelima.

Penantian selama 11 tahun  akhirnya, Fazrul menjadi  juara CP130 2015.
Penantian selama 11 tahun akhirnya, Fazrul menjadi juara CP130 2015.

Fitri akhirnya berjaya mengulangi kecemerlangannya di Serdang tempoh hari untuk menjuarai CP130 pusingan 9 dengan catatan masa 14:16.677s diikuti Affendi di tempat kedua dan Adib yang meraih podium pertamanya dalam kelas ini. Fazrul yang melintasi bendera penamat di posisi keenam berjaya meraih 10 mata paling bernilai untuk meletakkan namanya sebagai salah seorang juara kelas prima dalam sejarah perlumbaan cub prix.

Md Fitri Ashraff  (12) sudah dua  kali menang  kategori CP130

“Saya amat bersyukur dan gembira dengan kejayaan ini selepas 11 tahun berada dalam dunia perlumbaan dan segalanya tidak dapat dilakukan tanpa sokongan daripada seluruh pasukan, keluarga dan para penyokong. Begitu juga dengan abang saya, jika bukan kerana dia, saya hampir memutuskan untuk bersara pada tahun ini. Kemenangan ini juga adalah doa daripada ibu dan arwah ayah saya yang sentiasa mahukan kami berdua berjaya dalam karier ini,” jelas Juara CP130 2015, Ahmad Fazrul Sham.

Podium CP130 di Jempol. Dari  kiri: Md Affendi Rosli, Md Fitri  Ashraff dan Md Adib Rosley
Podium CP130 di Jempol. Dari kiri: Md Affendi Rosli, Md Fitri Ashraff dan Md Adib Rosley

CP115

Saingan kelas CP115 di antara Kasma Daniel dan Tengku Amirul dari pasukan Motul Yamaha YY Pang berakhir di Litar Jempol apabila pelumba Petronas Yamaha Maju Motor itu muncul juara buat kali kelima seterusnya mengesahkan gelaran Juara CP115 untuk musim ini.

Selepas berjaya menjuarai pusingan kelapan di Serdang, Tengku ternyata lebih yakin dan bersemangat untuk memberi saingan. Dia yang bermula di petak pertama gagal mengambil peluang sebaik-baiknya untuk memimpin sebaliknya membenarkan Kasma untuk berada di hadapan. Melihat akan pecutan pencabarnya yang semakin pantas, Tengku cuba beberapa kali untuk memintas tetapi sayangnya dia pula terbabas di awal-awal saingan. Kesilapan itu telah membuka ruang buat Kasma memecut tanpa sebarang gangguan dan menamatkan cabaran 15 pusingan itu dengan masa 12:03.948s.

Kasma Daniel (duduk) sudah bergelar  Juara keseluruhan CP115.

Juara Wira 2015, Mohd Farhan yang pertama kali beraksi dalam kelas CP115 membuat kejutan apabila mampu beraksi dengan cemerlang sekali untuk meraih tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Md Muzakkir.

Wira

Ketiadaan Farhan yang cuba bersaing dalam CP115 amat 'disukai' oleh para pelumba kelas ini terutamanya Khairul Ikhwan, Saiful Izman dan Md Izzat yang pastinya kepingin posisi tertinggi tangga podium. Perebutan antara CP115 Wira Md Fitri Ashraff (12) sudah dua kali menang kategori CP130. Syawal Md Noor dari pasukan MODENAS. Podium CP130 di Jempol. Dari kiri: Md Affendi Rosli, Md Fitri Ashraff dan Md Adib Rosley. Kasma Daniel (duduk) sudah bergelar Juara keseluruhan CP115. Azroy Hakeem Anuar (tengah). Perlanggaran antara Azhar Abd Jalil, Rozaiman Md Said dan Ahmad Afif Amran dalam CP130. ketiga-tiga pelumba ini cukup sengit sehinggalah Saiful terbabas di pertengahan saingan.

Ketiadaan  Harith Farhan  memberi ruang  kepada Khairul  Ikhwan untuk  menang  kategori Wira.
Ketiadaan Harith Farhan memberi ruang kepada Khairul Ikhwan untuk menang kategori Wira.

Khairul yang mendapat rentak akhirnya berjaya menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama manakala Izzat yang ketinggalan lima saat di belakang turut berbangga dengan kejayaan podium pertamanya.Tempat ketiga telah dimenangi oleh pelumba pasukan Felda AFB dengan catatan masa 9:54.833s. Kemenangan ini juga membantu Khairul untuk naik ke tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul sebanyak 115 mata diikuti dengan rapat oleh Saiful Izman (110 mata).

Para pemenang podium Yamaha Petronas  Super Series bersama piala masing-masing.
Para pemenang podium Yamaha Petronas Super Series bersama piala masing-masing.

Petronas Yamaha Super Series

Sempurna! Itulah perkataan yang layak diberikan kepada Muhd Haziq yang dinobatkan sebagai juara buat kali kesembilan berturut-turut. Walaupun begitu, pujian harus juga diberikan kepada Aiman Tahiruddin, satu-satunya pelumba yang mampu memberi saingan. Aiman berjaya memimpin perlumbaan tetapi tekanan tanpa henti yang Haziq berikan menyebabkan dia terbabas dan terpaksa bersara lebih awal.

Md Aiman  Tahiruddin  (1) tersungkur  di lap kedua  dan tiada  siapa mampu  menyaingi Md  Haziq Md Fairues  (2) untuk menjuarai  Yamaha Petronas Super  Series.

“Pada awal perlumbaan, saya ada melakukan kesilapan mengakibatkan Aiman berjaya memintas. Selepas itu saya hanya memberi tekanan dan melakukan cubaan memintas di penghujung perlumbaan. Saya berjaya!” Kata Haziq yang mengakui perlumbaan kali ini agak mencabar.

Cabaran Honda Future

Selepas dua musim mencari kejuaraan dalam kelas ini, Mohd Aznil pastinya berasa lega apabila hasratnya bergelar juara kini menjadi kenyataan walaupun sekadar menamatkan cabaran di Negeri Sembilan di tempat kedua.

Md Aznil Md Ali (3) menunjukkan prestasi  yang konsisten dan akhirnya berjaya menjuarai  Cabaran Honda Future.

Perlumbaan yang berlangsung sebanyak 10 pusingan itu telah dimenangi oleh pemenang litar Muar dan Melaka, Md Firdaus yang memberikan tunggangan cukup cemerlang. Firdaus berjaya meninggalkan Aznil sejauh 1.460 saat untuk menang di litar ini manakala tangga ketiga podium diisi oleh Ahmad Idham dengan catatan masa 8:30.855s.

Zulfahmi (kiri) turut  memberi sokongan kepada  adiknya Ahmad Idham

“Saya begitu gembira dengan kemenangan ini, akhirnya usaha saya selama ini berhasil. Pengalaman musim lalu banyak membantu saya untuk muncul juara,” kata Aznil. Walaupun juara sudah menjadi milik Aznil, namun begitu kekosongan tempat naib juara perlu diisi oleh mereka yang benar-benar layak. Pusingan berikutnya dan yang juga terakhir diadakan di Litar Pasir Gudang pada 22 November 2015. RR

Isu Pada

Disember 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.