Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 Disember 2015

MotoGP 2015 : Pusingan 17 & 18 (Sepang/Valencia) Lorenzo Juara MotoGP 2015!!!

Perebutan takhta juara keseluruhan antara Lorenzo (99) dan  Rossi berlanjutan hingga ke pusingan akhir di Valencia

Tahniah diucapkan kepada pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo dari pasukan Yamaha Racing yang dinobatkan selaku Juara MotoGP 2015 selepas mencapai kemenangan di litar Valencia, Sepanyol pada 8 November lalu. Ia juga merupakan rekod juara keseluruhan kelima buat Lorenzo selepas dua kali menjadi juara dalam kelas 250cc (2006 dan 2007) serta dua kali juga dalam kelas prima iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

Juara-juara 2015 di Valencia. Kiri: Dany Kent (Moto3), Jorge  Lorenzo (MotoGP), Johan Zarco (Moto2). Foto: Yamaha Racing.

Ternyata untuk memiliki takhta juara sedunia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi apabila terpaksa bersaing dengan rakan sepasukannya yang juga bekas juara, Valentino Rossi. Perebutan antara kedua-dua pelumba Yamaha ini semakin sengit terutamanya pada tiga pusingan terakhir. Lorenzo memberikan persembahan cemerlang di litar Phillip Island dengan memimpin perlumbaan dari awal tetapi di akhir saingan, dia dipintas oleh Marquez untuk memenangi cabaran di Australia diikuti pelumba pasukan Ducati, Iannone di tempat ketiga dan Rossi di tempat keempat.

Dani Pedrosa menang  di litar Sepang.
Dani Pedrosa menang di litar Sepang.
Andrea Dovizioso menamatkan saingannya  pada musim ini di tempat ketujuh.
Andrea Dovizioso menamatkan saingannya pada musim ini di tempat ketujuh.

Para pelumba meninggalkan Australia untuk menyambung 'urusan kerja' yang belum selesai di Litar Antarabangsa Sepang pada 25 Oktober lalu dan di sinilah drama antara Rossi, Marquez dan Lorenzo bermula. Sidang media yang melibatkan ketiga-tiga pelumba ini menjadi agak panas apabila Valentino Rossi membuat kenyataan pedas bahawa terdapatnya kerjasama di antara dua pelumba Sepanyol (Marquez dan Lorenzo) yang dilakukan semata-mata untuk menyekat hasratnya menjulang kemenangan MotoGP buat kali ke-10. Kenyataan ini disangkal sekeras-kerasnya oleh Jorge Lorenzo dan Marc Marquez itu.

Prestasi Aleix Espargaro dan  jentera Suzukinya pada tahun  ini amat memberangsangkan.
Prestasi Aleix Espargaro dan jentera Suzukinya pada tahun ini amat memberangsangkan.

Walaupun negara diuji dengan masalah ekonomi yang tidak menentu serta jerebu yang tebal, jumlah penonton yang hadir ke perlumbaan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix amat-amat mengagumkan dengan catatan keseluruhan untuk tiga hari perlumbaan iaitu seramai 150,500 orang.

Pameran Yamaha menggamit para pengunjung  dengan model-model lama hingga yang terkini
Pameran Yamaha menggamit para pengunjung dengan model-model lama hingga yang terkini

Rossi yang berada di petak ketiga berjaya bermula dengan baik tetapi kedudukan ini tidak kekal lama apabila Lorenzo yang semakin pantas berjaya membuat pintasan. Seperti persaingan sebelum ini, Rossi dan Marquez saling memintas dan aksi inilah yang ditunggu-tunggu oleh ribuan penonton di seluruh dunia. Sedang cuba mengatasi satu sama lain, berlakulah insiden ‘menarik’ yang akhirnya menyebabkan Marquez terbabas. Pelumba pasukan Repsol Honda itu tidak meneruskan cabarannya lagi dan kembali ke paddock.

Aksi ‘magic’ Aaron Twite di tapak promosi High  n Lubricant memukau para penonton.
Aksi ‘magic’ Aaron Twite di tapak promosi High n Lubricant memukau para penonton.

Marquez terpaksa menunggu  musim 2016 untuk mencari  kemenangan mutlak.
Marquez terpaksa menunggu musim 2016 untuk mencari kemenangan mutlak.

Perlumbaan di Litar Sepang dimenangi oleh Dani Pedrosa diikuti oleh Jorge Lorenzo dan The Doctor. Sebaik sahaja upacara penyampaian hadiah selesai, Marc Marquez dan Valentino Rossi telah dipanggil oleh pihak Dorna untuk menghadiri mesyuarat berkaitan insiden yang berlaku. Keputusan terakhir yang dicapai mengejutkan ramai pihak terutamanya Rossi dan pasukan Yamaha Racing. Rossi telah dikenakan penalti sebanyak 4 mata (1 di Misano dan 3 di Sepang) dan pada perlumbaan di Valencia, dia terpaksa bermula di kedudukan paling belakang.

‘Predator’ pun datang  tengok MotoGP
‘Predator’ pun datang tengok MotoGP

Litar Valencia adalah peluang terbaik buat Lorenzo untuk bergelar juara. Dengan ketinggalan cuma tujuh mata di belakang Rossi, Lorenzo yang bermula di petak pertama hanya perlu konsisten dan memimpin perlumbaan dengan baik hingga ke garisan penamat. Bagi Rossi pula, dia terpaksa bekerja dengan lebih keras demi mencapai impian yang agak mustahil itu.

Mana satu tarikan utama?  Atas atau bawah?

Sebaik sahaja lampu merah dipadamkan, Rossi memilih laluan kiri sekali untuk memintas beberapa pelumba sebelum tiba di selekoh pertama. Sorakan gemuruh para penyokong jentera '46' itu kedengaran dengan jelas setiap kali Rossi memintas lawannya. Pada masa yang sama kumpulan hadapan yang diketuai oleh Lorenzo , Marquez dan Pedrosa semakin jauh meninggalkan para pelumba lain.

PJ1 turut tidak melepaskan peluang  memeriahkan pesta MotoGP Malaysia
PJ1 turut tidak melepaskan peluang memeriahkan pesta MotoGP Malaysia

Walaupun mendapat rentak yang lancar, Rossi tidak dapat memintas kelompok kedua Pameran Yamaha menggamit para pengunjung dengan model-model lama hingga yang terkini. yang terdiri daripada ramai pelumba hebat dan sukar ditewaskan seperti Bradley Smith, Pol dan Aleix Espargaro. Di sini dia kehilangan banyak masa!

Ruang promosi Benelli  Keeway tidak pernah sunyi  dengan kehadiran penonton
Ruang promosi Benelli Keeway tidak pernah sunyi dengan kehadiran penonton

Rossi memerlukan 13 lap untuk memintas para pelumba lain dan akhirnya berjaya berada di posisi keempat, di belakang Pedrosa. Segala pengalaman dan tenaga dikerahkan agar dapat menyangi tempo para pelumba di hadapan tetapi sayangnya segala sudah terlambat. Lorenzo akhirnya berjaya menjadi juara diikuti oleh Marquez dan Pedrosa manakala Rossi di tempat keempat. Menerusi kemenangan tempat pertama itu, Lorenzo berjaya menambah sebanyak 25 mata lagi kepada 330 mata seterusnya memintas pungutan mata keseluruhan milik Rossi yang hanya sebanyak 325 mata.

Para petugas UMW  Lubricant ceria menyambut  para pengunjung di  khemah Repsol
Para petugas UMW Lubricant ceria menyambut para pengunjung di khemah Repsol
KTM Malaysia  mempamerkan model-model dari jentera  motocross hinggalah  model sport
KTM Malaysia mempamerkan model-model dari jentera motocross hinggalah model sport

Pasukan Repsol Honda pula tidak kurang gembiranya apabila melihat kedua-dua pelumba mereka berada di podium. Walaupun gagal muncul sebagai juara keseluruhan, prestasi yang ditunjukkan oleh para pelumba cukup membanggakan terutamanya Dani Pedrosa pada tiga perlumbaan terakhir. Marc Marquez berjaya memungut sebanyak 242 mata untuk meraih tempat ketiga keseluruhan manakala Dani Pedrosa di tempat keempat dengan 206 mata.

Pemilik-pemilik topi keledar LS2 gembira mendapat  peluang bergambar bersama Yonny Hernandez.
Pemilik-pemilik topi keledar LS2 gembira mendapat peluang bergambar bersama Yonny Hernandez.
Senangnya nak  ‘wheelie’ motor ni!
Senangnya nak ‘wheelie’ motor ni!

Tahniah buat Iannone pasukan Ducati Racing yang menunjukkan kemahiran yang cukup tinggi untuk bersaing bersama kelompok hadapan sebaik sahaja berada di dalam pasukan factory. Rakan sepasukan, Dovizioso menyifatkan perlumbaan akhir di Valencia cukup sukar kerana berlakunya ketidak serasian antara penunggang dan jentera.

Pemilik-pemilik topi keledar LS2 gembira mendapat  peluang bergambar bersama Yonny Hernandez.
Pemilik-pemilik topi keledar LS2 gembira mendapat peluang bergambar bersama Yonny Hernandez.

Pasukan Suzuki yang muncul kembali dalam perlumbaan MotoGP tahun ini ternyata membuka mata setiap pencinta sukan ini. Ternyata jentera GSX-RR yang ditunggangi dua pelumba berbakat iaitu Aleix Espargaro dan Maverick Vinales bukan sahaja cantik tetapi juga pantas membelah angin. Walaupun prestasi terbaik kedua-dua pelumba ini sekitar tempat keenam dan ketujuh, ia sudah cukup untuk pasukan Suzuki mencari dan menyelesaikan segala kelemahan agar mampu memberikan keputusan lebih cemerlang pada musim hadapan.

Para pelumba pasukan Suzuki, Aleix Espargaro (kiri) dan Maverick  Vinales sibuk melayan kerenah dan permintaan para penyokong mereka

Tahun 2015 kini sudah menutup tirai dengan penuh drama dan kontroversi. Masing-masing ada pendapat tersendiri tetapi yang pasti dunia perlumbaan MotoGP sangat-sangat mengujakan kita semua. Musim 2016 pastinya memberikan kejutan kerana akan ada para pelumba yang bertukar khemah dan ada juga yang terus kekal mencari kemenangan yang belum kunjung tiba. Sama-sama kita nantikan! RR

Laporan: Azuan

Foto: Firdaus

Isu Pada

Disember 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Dari Litar

Pasukan Repsol Honda Tiba Di Buriram. Joan Mir Perlu Buat 'Come Back'!

Selepas gagal menamatkan perlumbaan (DNF) sudah ketiga berturut-turut, Joan Mir perlu kembalikan prestasinya ke tahap terbaik sempena perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand minggu ini.