Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Oktober 2022

Alex Rins & Joan Mir Luangkan Bersama Pemilik Suzuki

Bersempena dengan perlumbaan MotoGP yang bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini, Suzuki Malaysia telah menganjurkan sesi Meet & Greet bersama para pelumba Suzuki Ecstar iaitu Alex Rins dan Joan Mir. Acara yang berlangsung di Central i-City, Shah Alam ini dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengurus Besar Suzuki Malaysia, En. Awalludin bin Md Lip.

Alex Rins 'kiri' & Joan Mir.
Alex Rins 'kiri' & Joan Mir.

Dalam sesi soal-jawab bersama pihak media, kedua-dua pelumba Suzuki tersebut menyatakan mereka cukup gembira dapat kembali ke Malaysia dan cuba sebaik-baiknya untuk memberikan keputusan yang cemerlang. Memandangnya ini adalah musim terakhir pasukan Suzuki dalam saingan MotoGP, Alex Rins dan Joan Mir ingin melakarkan kenangan manis dan kegembiraan bersama pasukan ini.

Selepas menang di Litar Phillip Island minggu lepas, Rins lebih bersemangat untuk mengulangi kejayaan itu tetapi segalanya bergantung pada talaan, kemantapan enjin dan cuaca. Bagi Alex Rins dan Joan Mir, kedua-dua mereka berharap cuaca baik dan tidak hujan.

Turut ditanya ialah selekoh kegemaran mereka. Alex Rins gemar dengan Selekoh 3. Menurutnya, dia dapat membaringkan mesin sambil memecut ke tahap maksimum sebelum membrek keras untuk masuk ke Selekoh 4.

Joan Mir pula berbeza. Padanya Selekoh 4 memang menarik untuk tujuan fotografi (katanya sambil ketawa). Mir suka dengan teknik untuk masuk ke Selekoh 15 yang memerlukannya membrek dengan sangat keras dan mengawal pergerakan jentera untuk masuk ke selekoh dengan pantas.

Aksi Alex Rins di Litar Sepang ketika sesi ujian 'Winter Test' awal tahun lalu.
Aksi Alex Rins di Litar Sepang ketika sesi ujian 'Winter Test' awal tahun lalu.
Joan Mir ketika menguji jentera pasukan Suzuki Esctar di Malaysia.
Joan Mir ketika menguji jentera pasukan Suzuki Esctar di Malaysia.

Kedua-dua pelumba itu sempat meluangkan masa untuk sesi autograf dan bergambar kenangan dengan kakitangan Suzuki Malaysia dan para pemilik Suzuki yang hadir. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.