Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 12 Oktober 2022

Pelumba WorldSSP300, Victor Steeman Meninggal Dunia

Berikutan insiden serius dalam Perlumbaan 1 Kejuaraan Dunia FIM Supersport 300 (WSSP300) semasa Pusingan Pirelli Portuguese di Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini, dengan rasa sedih pihak WSBK melaporkan pemergian penunggang muda Victor Steeman (MTM Kawasaki).

Victor Steeman terlibat dalam insiden bersama-sama beberapa orang di Selekoh 14, telah menyebabkan bendera merah dikibarkan serta-merta. Kakitangan perubatan dan kenderaan tiba di lokasi dan pelumba tersebut dibawa ke tepi litar, kemudian ke pusat perubatan litar sebelum dipindahkan ke Hospital Faro dengan menaiki helikopter.

Walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan sebaiknya oleh kakitangan perubatan litar, marshal dan kakitangan hospital, pelumba yang berasal dari Belanda itu gagal diselamatkan.

Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak keluarga Victor: “Sesuatu yang anda selalu takuti sebagai ibu bapa kepada pelumba motosikal kini telah berlaku. Victor tidak dapat memenangi 'perlumbaan terakhir' ini. Walaupun kehilangan dan kesedihan yang tidak tertanggung, kami amat berbesar hati untuk berkongsi bersama-sama anda bahawa melalui pemergiannya, ia telah menyelamatkan lima orang lain dengan pendermaan organnya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. Kami akan sangat merindui Victor."

Steeman sedang berada dipuncak Kejuaraan Supersport 300 FIM 2022 pada usia 22 tahun. Dia juga hadir ke Pusingan Pirelli Portugis kali ini dengan peluang untuk merangkul kemenangan. Steeman juga mencatatkan namanya dalam buku sejarah apabila meraih kedudukan petak pertama di Litar de Barcelona-Catalunya seterusnya merupakan pelumba paling banyak meraih petak pertama dalam kelas Supersport 300 Dunia. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.