Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 27 September 2022

Qabil Irfan Mendominasi di Pusingan 4 FIM MiniGP Malaysia

Pelumba dari terengganu, Qabil Irfan mendominasi saingan pusingan 4 FIM MiniGP Malaysia Championship yang berlangsung di Litar Go Kart MORAC Adventure Park, Cenang, Langkawi . Kemenangan ini juga untuk mengesahkan salah satu tiket sebagai wakil negara di Kejuaraan FIM MiniGP Wolrd Finals yang berlangsung di Valencia pada bulan November nanti.

Malaysia diberikan dua tempat dalam saingan itu yang dianjurkan oleh Dorna dan merupakan pentas tertinggi saningan kumpulan umur remaja yang merupakan sebahagian daripada program 'Road to MotoGP'.

Pada sesi kelayakan Qabil Irfan telah mencatatkan masa terpantas 1 minit 11.675 saat di litar yang sepanjang 1,230 meter. Pelumba berusia 10 tahun ini juga turut dianugerahkan Pirelli Position Award dan berjaya mengutip sebanyak 186 mata secara keseluruhan selepas berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan dalan saingan pusingan pada kali ini.

Tangga kedua keseluruhan milik Adi Putra dengan 154 mata diikuti Akif Abdullah di tempar ketiga keseluruhan dengan 129 mata. Pada pusingan keempat ini juga, Adi dan Akif terpaksa berpuas hati di mana masing-masing menamatkan cabaran di kedudukan kedua dan ketiga dalam kedua-dua perlumbaan.

Saingan SIC Ohvale Championship 110cc, Airel Marzuki turut memenangi dua perlumbaan untuk mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pendahulu kejuaraan. Beliau telah mengumpul sebanyak 171 mata untuk mendahului Qayyim Razin dengan jurang 21 mata. Qayyim yang menamatkan cabarannya di tangga ketiga dalam perlumbaa 1 berjaya mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakkan untuk memenangi Pirelli Pole Position Award, manakala perlumbaan 2 di tempat kedua.

Tempat ketiga keseluruhan dipegang oleh Shazrel Aqief yang kini mengumpul 131 mata selepas menamatkan perlumaan dalam kelas ini di tempat kelima pada perlumbaan 1 dan tangga keempat dalam perlumbaan 2.

Untuk pusingan kelima dan akhir FIM MiniGP Malaysia Championship akan diadakan di Litar Go-Kart Sepang pada 15hb dan 16hb Oktober 2022. RR

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.