Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 November 2015

MotoGP 2015 : Pusingan 14 & 15, Aragon & Motegi : Makin Dekat Makin Panas!

Ini bukan kali pertama dan pastinya bukan kali terakhir! Perebutan takhta juara sedunia MotoGP 2015 antara Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo terus memberi tanda tanya buat seluruh peminat sukan permotoran di seluruh dunia. Mata di antara kedua-dua pelumba ini pernah sama tinggi, selepas itu Lorenzo sedikit ketinggalan selepas terjatuh di litar Misano. Namun begitu, Lorenzo bangkit di Aragon dengan kemenangan penuh bergaya.

Dani Pedrosa  dan kru pasukan  meraikan  kemenangannya  di Motegi,  Jepun.
Dani Pedrosa dan kru pasukan meraikan kemenangannya di Motegi, Jepun.

Di Aragon, Marquez yang menempah petak pertama tidak bermula dengan sempurna dan memberi peluang untuk Lorenzo memecut terus ke hadapan. Marquez mengerahkan seluruh tenaga jenteranya untuk mengejar Lorenzo yang semakin lama semakin pantas tetapi malang sekali dia terbabas dalam lap kedua. Ini adalah kemalangan kelima buat juara bertahan itu dan kekecewaan jelas terpapar menerusi gerak tubuhnya.

Jorge Lorenzo perlu berusaha  lebih gigih untuk mengatasi  rakan sepasukannya
Jorge Lorenzo perlu berusaha lebih gigih untuk mengatasi rakan sepasukannya

Melihat akan ketiadaan Marquez, Lorenzo mengemaskan kedudukan untuk muncul juara tanpa mempedulikan apa yang berlaku di belakangnya. Perebutan tempat kedua antara pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa dan Rossi cukup sengit. Sememangnya kita semua merindui persembahan hebat daripada Pedrosa dan segalanya dipertonton pada detik itu.

Di Motegi lain pula ceritanya! Di awal perlumbaan skrip pertarungan di Aragon bagaikan muncul kembali apabila Lorenzo yang bermula dengan cemerlang berjaya mendominasi saingan akhir. Jika dia menang manakala Rossi di tempat kedua, jurang mata di antara mereka berdua dapat dikurangkan daripada 14 kepada 9 mata sahaja.

Wajah ceria  Valentino Rossi  selepas tamat  perlumbaan di  Aragon
Wajah ceria Valentino Rossi selepas tamat perlumbaan di Aragon

Sekali lagi litar yang basah memerlukan pengiraan tepat agar pemilihan tayar yang sempurna. Rentak Lorenzo nyata tidak dapat diikuti oleh sesiapa pun kecuali Dani Pedrosa yang mempunyai strategi tersendiri. Bermula dari posisi keempat, Dani Pedrosa dan kru pasukan meraikan kemenangannya di Motegi, Jepun. Wajah ceria Valentino Rossi selepas tamat perlumbaan di Aragon. Jorge Lorenzo perlu berusaha lebih gigih untuk mengatasi rakan sepasukannya. Dani akhirnya berjaya mengekori Rossi seperti yang dilakukannya di Aragon.

Seperti biasa, Rossi akan mengekori lawannya sehingga tiba masa yang sesuai untuk membuat serangan. Memandangkan tunggangan Pedrosa cukup sempurna, Rossi hanya mendapat sedikit peluang dalam lap terakhir dan diambil sebaik-baiknya oleh The Doctor untuk memintas. Walaupun berjaya, Rossi tidak mampu kekal lama kerana Pedrosa dengan mudah menggunakan kekuatan Honda RC213Vnya untuk kembali ke hadapan dan menamatkan saingan di tempat kedua.

Bradley Smith  mendapat  tempat ketujuh  di litar Motegi,  Jepun
Bradley Smith mendapat tempat ketujuh di litar Motegi, Jepun


Keadaan tayar hadapan jentera Rossi agak teruk apabila beberapa bahagian di litar sudah kering sepenuhnya dan masalah ini turut dialami Lorenzo yang sedang memecut jauh di hadapan. Pedrosa bijak dengan menghadkan penggunaan tayar di awal perlumbaan dan menggunakan sebaik-baiknya ketika perlumbaan berbaki kurang daripada 10 lap. Rossi terlebih dahulu dipintas Pedrosa, dan mangsa seterusnya ialah Lorenzo.

Pastinya Lorenzo lebih ‘murka’ apabila Rossi pula memintas ketika perlumbaan hanya tinggal lima lap sahaja lagi dan jika dia gagal melakukan serangan balas bermakna Rossi berjaya mendapatkan lebih mata berbandingnya. “Saya melakukan kesilapan dengan menunggang bermati-matian di awal saingan. Jika tidak kering, saya pasti menang di sini tetapi apakan daya. Apa yang penting ialah juara keseluruhan dan saya akan terus fokus untuk menang di ketiga-tiga pusingan akan datang.”

Aksi hebat para pelumba MotoGP  dengan motosikal mini elektrik.
Aksi hebat para pelumba MotoGP dengan motosikal mini elektrik.

Pedrosa akhirnya berjaya ke podium tertinggi pada musim ini dan ia juga merupakan pencapaian podium ke-50 miliknya sejak menceburi perlumbaan ini. “Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, sudah terlalu lama saya tidak mengecapinya. Ia adalah perlumbaan yang cukup menyeronokkan kerana strategi yang dirancang berjalan dengan lancar. Perasaan ini lebih istimewa juga kerana Honda meraih kemenangan di litar sendiri,” kata Dani dengan penuh kegembiraan.

Pendahulu perlumbaan, Rossi pula menyifatkan saingan kali ini berlalu dengan cukup lama sekali dan sangat sukar hampir di setiap keadaan. “Saya bagaikan berada di dalam lautan. Keadaan yang sukar seperti ini membuka ruang yang cukup besar untuk melakukan kesilapan tetapi kejayaan ini amat bermakna dalam usaha mencari kejuaraan mutlak,” komennya.

Pelumba wildcard Yamaha di Motegi, Katsuyuki Makasuga  berjaya menamatkan saingan di tempat kelapan
Pelumba wildcard Yamaha di Motegi, Katsuyuki Makasuga berjaya menamatkan saingan di tempat kelapan

Prestasi pasukan Ducati pada kedua-dua pusingan tidak menghampakan. Di Aragon, kedua-dua pelumba pasukan Ducati iaitu Iannone dan Dovizioso masing-masing menamatkan perlumbaan ke tempat keempat dan kelima manakala di Motegi pula keadaan sedikit berlainan kerana hanya Dovizioso berjaya menamatkan saingan sementara rakan sepasukannya terbabas di pertengahan perlumbaan.

Selepas Motegi, saingan antara Rossi dan Lorenzo berterusan hingga ke Litar Phillip Island (18 Oktober) dan Sepang (25 Oktober) sebelum perlumbaan akhir yang akan berlangsung di Valencia pada 8 November nanti. Walaupun berada di hadapan, Rossi perlu berwaspada dan perbaiki segala kelemahannya kerana Lorenzo juga pernah menang di litar Australia ini iaitu pada tahun 2013 dan muncul naib juara pada musim lepas.

Andrea Dovizioso.
Andrea Dovizioso.

Bercerita mengenai pencapaian kedua-dua seteru dan rakan itu di SIC juga cukup menarik. Sejak tahun 2010, Lorenzo sudah empat kali berada di podium dengan tiga kali di tempat ketiga dan sekali di tempat kedua manakala Rossi hanya dua kali, sekali juara dan sekali naib juara.

Persoalannya sekarang, siapa lebih layak merangkul kejuaraan musim ini? Adakah Rossi atau Lorenzo? Oleh kerana RR tidak sempat melaporkan perlumbaan di Phillip Island dan di Sepang, pastinya keputusan dan kedudukan pungutan mata akan berubah. Kita tunggu siapa orangnya. RR

Isu Pada

November 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.