Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 1 Jun 2022

Bagnaia Terbabas Di Hujung Saingan, Enea Bastianini Menang Lagi

'The Beast' atau nama sebenarnya, Enea Bastianini sekali lagi merampas tangga tertinggi podium apabila meraih kemenangan ketiganya musim ini di Litar Le Mans pada pertengahan Mei lalu. Kejayaan pelumba berusia 25 tahun ini dikecapinya selepas mengharungi pertarungan cukup sengit dengan Francesco Bagnaia yang kemudiannya terbabas ke luar litar.

Di awal saingan, Jack Miller terlebih dahulu memimpin perlumbaan selepas bermula dengan sempurna. Bastianini sedikit ketinggalan di posisi kedua diikuti rapat oleh Bagnaia, Alex Rins dan Joan Mir. Kumpulan kedua dibarisi oleh Takaaki Nakagami, Aleix Espargaro dan juara bertahan, Fabio Quartararo.

Para pemenang Litar Assen. Dari kiri: Jack Miller, Enea Bastianini & Aleix Espargaro.
Para pemenang Litar Assen. Dari kiri: Jack Miller, Enea Bastianini & Aleix Espargaro.

Perlumbaan serta merta menjadi cukup sengit. Bagnaia dan Rins berjaya memintas Bastianini tetapi nasib tidak menyebelahi pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins gagal menyambung perlumbaan apabila terjatuh pada lap ketiga. Berikutan insiden itu, tiga tempat terdepan dibarisi oleh para pelumba Ducati tetapi dibayangi oleh jaguh-jaguh Suzuki, Yamaha dan Honda.

Bagnaia selesa di hadapan dan bermula pada lap ke-12, Bastianini mula menyerang untuk mengenepikan para pelumba di hadapannya. Jack gagal mempertahankan kedudukannya di tempat kedua manakala Joan Mir yang cuba merapatkan diri hilang kawalan menyebabkan kedua-dua pelumba Suzuki gagal memungut sebarang mata kali ini.

Fabio masih di tangga teratas walaupun tamat di tempat keempat.
Fabio masih di tangga teratas walaupun tamat di tempat keempat.
Pecco sekali lagi gagal ke podium di saat-saat akhir.
Pecco sekali lagi gagal ke podium di saat-saat akhir.

'The Beast' terus memberi tekanan sehinggalah giliran Bagnaia pula terbabas kira-kira tujuh lap sebelum tamat. Dari saat itu, Bastianini mengemaskan tunggangannya untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama buat kali ketiga pada musim ini. Ketinggalan 2.718s di belakang ialah Jack Miller diikuti Aleix Espargaro yang berjaya mengatasi Quartararo di tempat ketiga.

Joan Mir hangat diperkatakan bakal berpindah ke pasukan Repsol Honda musim hadapan!
Joan Mir hangat diperkatakan bakal berpindah ke pasukan Repsol Honda musim hadapan!
Pol Espargaro '44' kurang menyerlah pada pusingan kali ini dengan kedudukan tempat ke-11 manakala Luca Marini '10' di tempat kesembilan.
Pol Espargaro '44' kurang menyerlah pada pusingan kali ini dengan kedudukan tempat ke-11 manakala Luca Marini '10' di tempat kesembilan.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan ini kerana ia di luar jangkaan saya. Minggu memang sukar, dengan tiga kali kemalangan . Namun begitu, rentak saya ketika berlumba cukup baik. Bila saya nampak Pecco, saya mengejar dan cuba memintas untuk memberinya tekanan. Apabila dia terbabas, saya kekalkan rentak untuk meraih kemenangan,” komen Enea Bastianini.

Moto2

Kemarau kemenangan yang diharungi Augusto Fernandez telah berakhir di Litar Le Mans selepas pelumba yang berasal dari Madrid itu memenangi perlumbaan pusingan kelima Moto2 dengan penuh bergaya. Fernandez dan rakan sepasukan, Pedro Acosta mendominasi saingan ini di peringkat awal tetapi sayangnya pelumba rookie telah terbabas di Lap 11 sewaktu sedang memimpin perlumbaan.

Aron Canet menduduki tempat kedua untuk satu lagi podium yang mengagumkan. Kejayaannya itu diraih selepas berjaya menangkis setiap serangan pelumba Thailand, Somkiat Chantra (Idemitsu Honda Team Asia) dan Cameron Beaubier. Pendahulu Kejuaraan Dunia Celestino Vietti (Mooney VR46 Racing Team) pula harus berpuas hati walaupun di tempat ke-8 memandang dia bermula di tempat ke-18.

Para pemenang Moto2. Dari kiri: Aron Canet, Augusto Fernandez & Chantra Somkiat.
Para pemenang Moto2. Dari kiri: Aron Canet, Augusto Fernandez & Chantra Somkiat.

“Berada di sini memberikan perasaan yang cukup menggembirakan selepas menunggu saat ini lebih daripada dua tahun. Saya dapat rasakan minggu ini cukup baik sejak dari hari Jumaat lagi dan terus mengekalkan momentum hinggalah ke saat akhir. Pedro memang seorang pelumba yang cemerlang dan saatnya juga akan tiba nanti,” komen Fernandez.

Chantra yang pada awalnya mampu untuk mendapatkan tempat kedua tetapi kesilapan pada Lap 18 menyebabkan jenteranya melebar. Peluang tersebut diambil oleh Canet dan Beaubier untuk menikmati posisi yang lebih selesa. Berbekalkan semangat yang kental, Chantran akhirnya berjaya juga membuat serangan untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, di belakang Aron Canet.

Kedudukan Keseluruhan Moto2

  1. Celestina Vietti 108 mata
  2. Ai Ogura 92 mata
  3. Aron Canet 89 nata
  4. Tony Arbolino 70 mata
  5. Augusto Fernandez 69 mata
Jaume Masia '5' berjaya menewaskan Ayumu Sasaki '71' untuk muncul juara Moto3.
Jaume Masia '5' berjaya menewaskan Ayumu Sasaki '71' untuk muncul juara Moto3.

Moto3

Tahniah diucapkan buat Jaume Masia yang berjaya meraih kemenangan keempatnya berturut-turut pada musim ini. Namun begitu, pertarungan untuk kedudukan tangga-tangga podium sangat sengit. Ayumu Sasaki, Izan Guevara, Dennis Foggia dan Diogo Moreira adalah antara pelumba yang memiliki keberanian yang benar-benar luar biasa.

Saingan awal terpaksa dihentikan seketika apabila hujan turun di sektor akhir telah menyebabkan beberapa pelumba terjatuh. Apabila litar disahkan selamat, pertarungan kembali sengit dengan aksi potong memotong di antara para pelumba di hadapan. Litar yang semakin kering membolehkan para pelumba kembali mempamerkan kemantapan meratah setiap selekoh dengan cemerlang.

Para pemenang moto3.
Para pemenang moto3.

Masia akhirnya terlebih dahulu melintasi garisan penamat hanya 0.0150s di depan Ayumu Sasaki manakala Izan Guevara tetap berpuas hati di tempat ketiga dengan jarak masa hanya 0.220s.

Perlumbaan pusingan seterusnya akan diadakan di Litar Mugello pada 29 Mei 2022 diikuti Litar Catalunya pada 5 Jun 2022. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.