Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 September 2022

Francesco Bagnaia Raih Kemenangan Keempat Berturut-Turut

Perlumbaan MotoGP pusingan ke-14 di Grand Prix San Marino menyaksikan kemenangan buat pelumba dari pasukan Lenovo Ducati, Francesco Bagnaia selepas berjaya menghalang kemaraan Enea Bastianini dan Maverick Vinales untuk perebutan tempat pertama.

Pecco merupakan pelumba Ducati pertama yang berjaya meraih kemenangan empat kali berturut-turut dalam kelas perdana. Kedudukan beliau kini semakin hampir dengan pendahulu carta keseluruhan iaitu Fabio Quartararo dengan jurang 30 mata.

Dari kiri: Enea Bastianini, Francesco Bagnaia & Maverick Vinales merikan kemenangan masing-masing.
Dari kiri: Enea Bastianini, Francesco Bagnaia & Maverick Vinales merikan kemenangan masing-masing.

Pecco yang bermula di petak kelima berjaya memulakan perlumbaan dengan cukup baik untuk berada di kelompok tiga teratas. Di belakang terdapat beberapa drama yang melibatkan tiga pelumba iaitu  Johann Zarco (Prima Pramac Racing), Pol Espargaro (Repsol Honda Team) dan Michele Pirro (Aruba.it Racing) yang masing-masing kemalangan di selekoh pertama.

Enea Bastianini
Enea Bastianini

Manakala rakan sepasukan Pecco, Jack Miller yang bermula di petak pertama gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabas pada pusingan kedua. Tidak lama selepas itu, Marco Bezzecchi dari pasukan Mooney VR46 Racing Team pula terbabas di selekoh ke-10.

Maverick Vinales
Maverick Vinales

Pada pusingan ketiga, Pecco berjaya memintas pendahulu perlumbaan, Bastianini yang gagal mengekalkan kedudukannya di tempat pertama. Vinales kemudian mengambil peluang untuk memotong beliau dan mula mengekori rapat Bagnaia. Walaubagaimanapun kedudukan Vinales di tempat kedua di rampas kembali oleh Bastianini.

Juara dunia, Fabio menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Juara dunia, Fabio menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Berbaki lagi beberapa pusingan, pertembungan di antara Pecco dan Bastianini semakin rancak. Kedua-dua pelumba ni bersaing untuk merebut gelaran juara. Manakala Vinales semakin ketinggalan di belakang di tempat ketiga. Pada lap terakhir Bastianini cuba untuk memintas Pecco sebelum melepasi garisan penamat. Namum Pecco berjaya mengesahkan kemenangan beliau di tempat pertama dengan jarak 0.034s di hadapan Bastianini. Manakala kedudukan ketiga menjadi milik Maverick Vinales.

Alex Rins
Alex Rins

Juara Dunia, Fabio Quartararo terpaksa berpuas hati selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelima apabila gagal melakukan percubaan memintas Luca Marini yang berada di tempat keempat. Aleix Espargaro menamatkan perlumbaannya di tempat keenam diikuti pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins melepasi garisan penamat di kedudukan ketujuh.

Andrea Dovizioso akan bersara selepas GP San Marino.
Andrea Dovizioso akan bersara selepas GP San Marino.

Smentera itu, Andrea Dovizioso dari pasukan WithU Yamaha RNF berjaya membawa pulang mata di tempat ke-12 dalam perlumbaan terakhir beliau selepas membuat keputusan untuk bersara. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.