Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Ogos 2022

Marc Marquez Pulih Sepenuhnya, Bakal Kembali Ke Litar...

Pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dibenarkan kembali ke litar untuk meneruskan latihannya dengan motosikal selepas melakukan pemeriksaan terbaru pada bahagian lengan kanannya.

Sumber gambar: FB Marc Marquez
Sumber gambar: FB Marc Marquez

Seperti yang kita tahu, juara dunia lapan kali MotoGP ini telah mengalami kecederaan serius pada lengan kananya sejak awal musim. Oleh itu, beliau terlepas beberapa perlumbaan dan terpaksa bercuti panjang dari pentas MotoGP selepas melakukan pembedahan di Amerika Syarikat.

Pelumba dari Sepanyol itu telah menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya di Hospital Ruber Internacional, Madrid, Spain oleh pasukan perubatan dipercayai yang terdiri daripada Dr. Joaquin Sánchez Sotelo, Dr. Samuel Antuña dan Dr. Angel Cotorro. Mereka juga turut mengatakan rasa gembira dengan perkembangan lengan kanan Marc Marquez yang sebelum ini dibedah.

Menurut Dr. Joaquin Sánchez Sotelo, tahap kecedraan Marc Marquez semakin pulih dan tulang di bahagian lengan kananya yang patah sebelum ini sudah bercantum semula.

Pasukan Repsol Honda akan menilai langkah-langkah berikut yang diperlukan. Bilakah pelumba pasukan itu akan kembali beraksi di pentas MotoGP masih belum dinyatakan. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.