Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Ogos 2022

Selepas 10 Minggu Pembedahan. Marc Marquez Semakin Giat Jalani Latihan

Proses pemulihan terus memberikan tanda yang sangat positif untuk pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez. Bekas juara itu sedang meningkatkan latihannya, mula merancang untuk masa depan dan sentiasa berhubung dengan pasukannya.

Sepuluh minggu selepas pembedahan, pelumba Marquez terus menunjukkan kemajuan apabila keadaannya ternyata bertambah baik. Selepas beberapa minggu berehat dan fisioterapi ringan, rutin pelumba bernombor '93 mula dipergiatkan semula. Marquez kini semakin kerap berada di gimnasium, berusaha untuk mengekalkan kecergasan bermula dengan menguatkan lengan kanannya.

Marquez sentiasa bekerja rapat dengan pasukan doktor, fisio dan penasihatnya agar keseluruhan proses pemulihan dapat dipantau dan diuruskan dengan teliti.

Perjalanan latihan memberi tumpuan kepada larian, berenang dan beberapa pergerakan di gym. Setiap minggu berat akan ditambah perlahan-lahan untuk meningkatkan kekuatan tanpa meletakkan terlalu banyak bebanan pada badan.

“Selangkah demi selangkah saya berasa lebih kuat, dan bahagian tulang juga semakin pulih – itu merupakan berita terbaik untuk semua. Kami masih dalam mod pemulihan dan pada penghujung bulan Ogos, saya mempunyai sesi pemeriksaan perubatan lagi. Dari situ kita boleh menilai tahap kesihatan dan melakukan pembinaan otot. Setiap hari pastinya akan lebih baik daripada hari lain, tetapi ini semua adalah sebahagian daripada perjalanan untuk kembali sihat. Saya optimis, tetapi saya tidak mahu bercakap tentang jangka masa sehinggalah saya jalani pemeriksan selanjutnya nanti,” jelas Marquez.

Bercakap mengenai prestasi pasukannya, Marquez menjelaskan bahawa Honda kini perlu segera menyelesaikan segala masalah berkaitan situasi dan jentera 2022. Dia bersedia ke Austria untuk berjumpa dengan semua kakitangan HRC dari Jepun.

“Kami semua adalah satu pasukan. Jatuh bangun bersama-sama. Saya juga banyak berbual dengan Stefan Bradl dan sememangnya saya perlu terus berkomunikasi dengan pasukan, tidak boleh leka agar bila masanya tiba, kami akan lebih bersedia,” tambah Marquez. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.