Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Ogos 2022

Azroy Cemerlang di Litar Sepang - Lakar Kemenangan Pertamanya Untuk Musim 2022

Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu dinobatkan sebagai juara pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix kelas CP150 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad lalu.

Beliau akhirnya berjaya menunaikan hasratnya untuk mendapatkan podium pertama selepas lima pusingan berjuang.

Azroy telah memulakan perlumbaannya di petak kedua selepas sesi "Super Pole" dengan catatan masa 1'18:223s. Perlumbaan CP150 tampak sengit dengan kehadiran para pelumba yang handal. Peluang Azroy untuk menguasai litar agak tipis kerana perlu bersaing dengan pelumba-pelumba lain. Namun, beliau tetap mempamerkan persembahan yang hebat.

Pada pusingan kelapan, Azroy semakin ketinggalan ke kelompok di belakang. Dengan semangat juang yang ada dalam diri beliau, Azroy berjaya berada di kelompok tiga teratas. Peluang untuk menawan kedudukan pertama akhirnya berjaya di selekoh terakhir untuk bergelar juara dengan catatan masa 14'29.364s.

Manakala tempat kedua menjadi milik pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Haziq Md Fairues dengan catatan masa 14'29:376s dan tangga ketiga dimenangi oleh Md Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing (14'29:387s).

Kelas CP125, Md Shafiq Rasol meraih tempat pertama buat pasukannya ONEXOX TKKR Racing Team.

Pada awal perlumbaan, Shafiq menempatkan dirinya di kelopok hadapan selepas memulakan perlumbaan di petak kesepuluh. Walaupun diberi tentangan sengit pada pertengahan perlumbaan, beliau tetap tidak berputus asa.

Shafiq akhirnya berjaya menguasai perlumbaan pada pusingan keenam. Perlumbaan semakin sengit selepas selekoh terakhir, Shafiq tekad untuk memecut laju. Tiga pelumba lain di belakang berusaha untuk merampas kedudukan Shafiq. Namun, beliau tidak mengalah dan berjaya melepasi garisan pemanat di tempat pertama dengan catatan 11'22.595s. Tempat kedua dimenangi oleh Adullah Qayyum Abd Razak dan tempat ketiga menjadi milik Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff.

Sementara itu, pelumbaan akhir kelas Wira dimenangi oleh Md Syamil Amsyar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing.

Syamil yang bermula di petak kedua telah memecut ke hadapan untuk berada di tempat pertama. Kedudukan beliau sebagai pemimpin perlumbaan dirampas oleh Md Adam Haikal Jahar pada lap ketiga. Namun, Syamil mengekalkan momentumnya dan kembali di kedudukan P1 pada lap keempat.

Sehingga ke penamat, Syamil berjaya menamatkan pelumbaannya selaku juara dengan catatan 10’05:720s. Md Adam pula melepasi garisan penamat di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Md Danish Aiman Zamrul.

Saingan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pusingan ketujuh akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu pada 26hb hingga 27hb Ogos 2022. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.