Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Ogos 2022

Francesco Bagnaia, Juara Litar Silverstone 2022

Francesco Bagnai (Pecco) mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga untuk meraih kemenangan pada perlumbaan pusingan 12 yang diadakan di Litar Silverstone, Great Britain semalam. Tangga kedua podium telah diisi oleh Maverick Vinales yang kini dilihat semakin serasi mengendalikan jentera Aprilianya.

Bagnaia puas hati dengan pencapaiannya di Silverstone.
Bagnaia puas hati dengan pencapaiannya di Silverstone.
Dari kiri: Maverick Vinales, Pecco & Jack Miller.
Dari kiri: Maverick Vinales, Pecco & Jack Miller.

Rakan sepasukan Pecco, Jack Miller pula cukup berpuas hati di tempat ketiga manakala pendahulu carta, Fabio Quartararo hanya mampu berpuas hati di tempat kelapan selepas dikenakan penalti 'Long Lap' berikutan insidennya dengan Espargaro di Litar Essen pada Jun lalu.

Alex Rins hampir membuat kejutan dengan tunggangan yang cukup cemerlang.
Alex Rins hampir membuat kejutan dengan tunggangan yang cukup cemerlang.
Fabio Quartararo terpaksa berpuas hati di tempat ke-8.
Fabio Quartararo terpaksa berpuas hati di tempat ke-8.
Vinales kembali mendapat rentak untuk berada di pentas podium.
Vinales kembali mendapat rentak untuk berada di pentas podium.

Saingan kelas prima ini dimulakan dengan pecutan sempurna oleh Johann Zarco dari petak pertama. Quartararo tangkas mengekori dari belakang diikuti oleh doa pasukan Ducati iaitu Miller dan Pecco. Sebaik sahaja Quartararo keluar daripada laluan penalti, dia telah tertinggal di tempat kelima. Pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins membuat kejutan mengatasi beberapa pelumba untuk bersama-sama dengan kelompok hadapan.

Hasrat Zarco untuk menang musnah apabila terbabas pada Lap 5. Alex Rins tidak lama di depan, dia kemudiannya dipintas oleh Miller, Pecco dan Vinales yang semakin yakin dengan ketangkasan jenteranya. Vinales kemudiannya mengujakan lebih daripada 40,000 orang penonton yang hadir apabila berjaya mengejar dan memintas Miller untuk berada di posisi kedua.

Permulaan yang cukup mendebarkan!
Permulaan yang cukup mendebarkan!
Andrea Dovizioso '04'.
Andrea Dovizioso '04'.

Aksi kejar mengejar di antara Pecco dan Vinales berlanjutan hingga ke penghujung saingan yang akhirnya telah dimenangi oleh Pecco, 0.426s di depan. Tahniah buat Vinales atas persembahan yang cukup mantap dan tempat ketiga dimenangi oleh Miller.

Aksi Pecco ketika mengatasi Miller & Jorge Martin.
Aksi Pecco ketika mengatasi Miller & Jorge Martin.
Joan Mir terbabas di tengah saingan.
Joan Mir terbabas di tengah saingan.
Miguel Oliveira melintasi garisan penamat di tempat keenam.
Miguel Oliveira melintasi garisan penamat di tempat keenam.

Dengan kutipan 25 mata. Pecco kini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 131 mata. Fabio Quartararo masih agak selesa di tangga teratas dengan 180 mata diikuti Aleix Espargaro di tangga kedua dengan 158 mata. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan pengenalan kepada 3 warna terbaru untuk model Y16ZR ABS 2025. Warna-warna menarik tersebut terdiri ialah Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl.

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.