Kasma Daniel Raih Dua Kemenangan di Pusingan 1, MSBK 2022
Pusingan 1, Perlumbaan 3 - Perlumbaan akhir bagi pusingan 1 Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) dimenangi oleh pelumba pasukan Yamaha GEN BLU Racing Team, Kasma Daniel Kasmayudin dalam kelas MSBK1000 A semalam.
Kasma ternyata mempamerkan prestasi yang cemerlang pada hujung minggu lalu dengan kemenangan berganda di kedudukan teratas manakala satu lagi kemenangan di tangga kedua. Perlumbaan 2 telah memberikan beliau beberapa cabaran apabila gagal meraih podium pertama. Namun, Kasma kembali membuat kemunculan semula dengan mengerahkan seluruh tenaganya dalam perlumbaan 3 untuk bergelar juara.
Pada pelumbaan 3, Kasma telah memimpin perlumbaan dari awal dan meluru tepat di hadapan sehingga menjarakkan jurang yang luas di antara Azlan Shah. Dengan beberapa pusingan lagi sebelum melepasi garisan penamat, Kasma tetap mengekalkan rentaknya agar dia tidak mengalami masalah seperti perlumbaan sebelum ini.
Kasma akhirnya berjaya menamatkan perlumbaanya di tempat pertama dengan catatan masa 17’23:245s. Manakala Azlan Shah Kamaruzaman melepasi garisan penamat di tangga kedua buat kali kedua musim ini dengan catatan masa 17’24:674s. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Ahmad Daniel Haiqal lebih kurang 5 saat di belakang Azlan.
"Pada perlumbaan 3 saya lebih berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Saya sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan perlumbaan ini dengan kemenangan," kata Kasma.
MSBK1000 B, Osma Mareai memperolehi mata terbanyak dalam tiga perlumbaan akhir untuk pusingan 1 ini. Walaupun jentera beliau mempunyai masalah teknikal seperti brek sepanjang perlumbaan, Osma tetap mengekalkan rentaknya dengan mempamerkan persembahan yang baik walaupun pencabarnya merapatkan jurang.
Sepanjang pelumbaan sebanyak 8 pusingan, beliau menggunakan segala kebolehan untuk menggerakkan jenteranya serta membuat keputusan yang tepat. Osma mencatatkan masa 18'24:819s selaku juara perlumbaan tiga. Tempat kedua dimenangi oleh Teo Yew Joe (18’25:854s) dan kedudukan ketika menjadi milik pelumba pasukan Mobilub Suzuki Racing Team, Khoo Chee Yen.
Dalam perlumbaan MSBK650, pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Team, Aroy Hakeem Anuar akhirnya berjaya menempatkan dirinya di tangga teratas podium pada pelrumbaan 3. Selepas ditewaskan dalam dua perlumbaan 1 dan 2 oleh rakan pasukannya Khairul Idham Pawi, Azroy akhirnya meraih kemenangan dengan sedikit tuah beserta ketangkasan dari segi teknikal dan ketangkasan jentera CBR600RR yang ditunggangnya.
Awal perlumbaan, KIP dengan yakin mengorak langkah di kedudukan pertama. Azroy kemudian mendapat rentak untuk memintasnya pada pertengahan perlumbaan. Pada dua pusingan terakhir, KIP mendapatkan momentumnya dan mendahului sekali lagi. Pertempuran di antara Azroy dan KIP berterusan di selekoh.
Walaubagaimanapun, Jentera yang ditunggang KIP hilang kawalan ketika ingin merampas semula kedudukan pertama. Namun beliau dengan pantas dapat mengawal jenteranya dari pada terbabas. Azroy menngambil peluang meluru ke hadapan apabila KIP terpaksa memperlahankan jenteranya.
Azroy berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21'52:519s. Tempat kedua dan ketiga jatuh ke tangan pelumpa pasukan SIC Racing, Muhd Ibrahim Mohd Noroddin dan M Danial Syahmi A Shahril.
MSBK250 A, kemenangan hatrik buat pelumba pasukan SIC Racing, M. Farish Hafiy apabila menamatkan pusingan 1 Kejohanan Superbike Malaysia dalam perlumbaan 3. Ini merupakan sati lagi kemenangan beliau di tempat pertama.
Farish mempamerkan aksi yang luar biasa dengan menunggang jentera Kawasaki Ninja 250 untuk memimpin perlumbaan. Beliau dengan selesa menjaga kedudukannya sambil meningkatkan kelajuan. Manakala tiga pelumba lain di belakangya sedang berentap untuk merebut kedudukan teratas. Muhammad Irfan Haykal Amidi dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team yang bermula di petak terakhir berjaya mengerahkan tenaganya untuk berada di kedudukan empat teratas sebaik sahaja perlumbaan dimulakan.
Emil dan Farres berganding bahu untuk menewaskan Irfan. Walaupun Irfan melakukan beberapa kesilapan dalam beberapa pusingan terakhir, beliau berjaya mendapatkan momentumnya semula untuk meneruskan pencapaiannya.
Sementara itu, Farish yang berada di hadapan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 20'19:050s. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Irfan Haykal Amidi diikuti tempat ketiga, Emil Idzhar Ezuan.
Perlumbaan kelas MSBK250 B, Muhammad Fauzi Hassan berjaya merangkul gelaran juara dalam perlumbaan 3 selepas melepasi garisan penamat dengan catatan masa 21’59:579s. Tempat kedua pula dimenangi oleh Muhd Nur Haikal M Nur Fikri dan tempat ketiga jatuh ke tangan Ahmad Fariz Zafri.
Muhammad Fareez Afeez A Rahman dari pasukan Singdeca Racing meraih kemenangan dalam perlumbaan 2 Yamalube Yamaha Y16ZR Race MasterClass sekali gus menamatkan pusingan 1 MSBK 2022. Manakala kedudukan kedua, Muhd Faiz Azmi dari pasukan Sheng Kong Motor dan tangga ketiga ialah pelumba pasukan Liang Soon Racing Union, Abdullah Qayyum Abd Razak.
Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) pusingan 2 akan berlangsung pada 2hb hingga 4hb September 2022. RR