Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Jun 2022

Peluang Terakhir Buat Repsol Honda Sebelum 'Summer Break'

Minggu ini cukup penting buat Pol Espargaro, Stefan Bradl dan pasukan mereka, Repsol Honda. Inilah saingan terakhir sebelum perlumbaan 'berehat seketika' untuk Cuti Musim Panas.

Pol Espargaro
Pol Espargaro

Kedua-dua pelumba itu tahu apa yang perlu dilakukan, lebih-lebih lagi apabila melihat kepada keputusan yang dicapai pada musim ini yang tidaklah begitu cemerlang. Litar Assen menawarkan perubahan radikal jika dibandingkan dengan Sachsenring. Litar Jerman itu mempunyai selekoh-selekoh tajam melawan arah jam dan minggu ini, para pelumba akan berjuang di laluan litar Belanda yang pantas.

Pol Espargaro
Pol Espargaro

Sejak menganjurkan perlumbaan motosikal pada tahun 1949, Litar TT Assen menjadi cukup istimewa dengan pelbagai sejarah perlumbaan. Litar ini juga telah melalui beberapa pengubahsuaian di sepanjang hayatnya.

Pol Espargaro perlu mendapatkan posisi yang jauh lebih baik untuk menamatkan kemarau kejayaan yang sedang dialaminya. Gabungan nasib yang kurang menyebelahi dan kecederaan telah melanda pelumba bernombor 44 sejak akhir-akhir ini menyebabkannya gagal mendapatkan kedudukan yang baik dalam tiga perlumbaan sebelum ini. Pada masa lalu, Espargaro sering menjadi penyumbang mata yang konsisten khususnya di Belanda ini dengan meraih tempat ke-10 tahun lalu bersama Honda RC213V.

Stefan Bradl
Stefan Bradl

Bagi Stefan Bradl, perlumbaan terakhir sebelum Cuti Musim Panas adalah peluang untuk membuktikan keupayaannya untuk mencatatkan masa terbaik seperti yang selalu dia lakukan di sesi latihan GP Jerman. Ini adalah kali pertama Bradl berlumba di trek ini dalam MotoGP sejak 2016 dan pada edisi pertama perlumbaannya dulu, Bradl menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Cuaca pada hujung minggu ini dijangka akan jauh lebih sejuk dan berkemungkinan lebih basah berbanding di Jerman minggu lepas. Apa pun...selamat maju jaya! RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.