Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Ogos 2015

MotoGP 2015 : Pusingan 9, Sachsenring, Jerman. Persaingan Semakin Sengit!

Separuh musim sudah berlalu! Ini bermakna setiap pasukan kini pastinya sudah mengetahui kelemahan dan kelebihan jentera masing-masing mahu pun jentera pihak lawan. Bagi tiga pelumba tersohor iaitu Valentino Rossi, Jorge Lorenzo dan Marc Marquez, gelaran juara dunia masih terus diimpikan dan menjadikan persaingan antara mereka bertiga semakin lama, semakin sengit. Entah siapa juara musim ini?

Waktu untuk ‘selfie’. Dari kiri:  Pedrosa, Marquez dan Rossi.
Waktu untuk ‘selfie’. Dari kiri: Pedrosa, Marquez dan Rossi.

Pada perlumbaan di Sachsenring Julai lalu, pasukan Honda mula menunjukkan taringnya apabila sesi kelayakan diungguli oleh Marquez dan Pedrosa yang menunjukkan tunggangan yang mantap, pemilihan tayar yang bijak dan talaan enjin yang tepat. Marquez mencatatkan masa terpantas untuk menempah petak paling hadapan diikuti oleh seorang lagi pelumba Honda yang telah 'menyepi' agak lama iaitu Pedrosa manakala Lorenzo di petak ketiga.

Serangan bijak daripada Lorenzo (99)  di awal perlumbaan memberikannya  posisi paling hadapan.

Walaupun begitu, kedua-dua wakil Repsol Honda itu pastinya terkejut apabila Lorenzo yang sedang berusaha mencari kemenangan membuat tindakan yang cukup bijak ketika perlumbaan dimulakan. Dari petak ketiga, Lorenzo yang memintas dari luar di selekoh pertama telah membuahkan hasil untuk meletakkan dirinya di hadapan sekali. Walapun memerah pendikit sehabis-habisnya, agak mustahil buat Lorenzo untuk membuka jarak kerana di belakangnya bukan calang-calang pelumba.

Ianonne (29) kini berada di  tangga ketiga keseluruhan

Litar Sachsenring yang sepanjang 3.7km itu ternyata memberi sedikit kelebihan buat jentera Honda berbanding para pencabarnya. Marquez akhirnya berjaya memintas seterusnya memimpin perlumbaan. Melihat akan usaha Marquez untuk melarikan diri, Rossi yang tadinya berada di posisi keempat dengan berani membuat serangan demi serangan untuk menewaskan Pedrosa dan Lorenzo. Jentera M1 kali ini terpaksa akur dengan kepantasan pesaingnya apabila ditinggalkan hampir empat saat di hadapan.

'Bintang' sebenar perlumbaan ini harus diberikan kepada Dani Pedrosa yang kembali mempamerkan kecemerlangan selepas beberapa lama berada di dalam keadaan fizikal yang tidak cergas dan sempurna. Selepas 13 lap di belakang Rossi, Pedrosa akhirnya menggunakan segala kelebihan untuk memintas pencabarnya itu. Ini membakar semangat juang Rossi untuk mengejar dan merampas kembali kedudukan.

“Perlumbaan ini amat menyeronokkan. Walaupun cuba sebaik-baiknya untuk memberi cabaran, Pedrosa terlalu laju terutamanya di laluan lurus menyebabkan saya tidak dapat  mengekorinya. Berada di podium sekali lagi adalah suatu perkara penting buat saya untuk terus mendapatkan mata-mata penting.

Pol (kiri) perlu bekerja lebih  keras untuk dapatkan podium

Marc Marquez akhirnya memenangi perlumbaan ini dengan catatan masa 41'01.087 saat – begitu selesa sekali manakala tempat kedua diisi oleh rakan sepasukannya Dani Pedrosa. Dua pelumba Yamaha, Rossi dan Lorenzo menamatkan cabaran masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Walaupun jarak pungutan mata antara Marquez dan Rossi sejauh 65 mata tetapi di litar Jerman ini Honda telah membuktikan bahawa mereka sememangnya patut digeruni.

Rossi sempat melambai  kepada para penonton di Litar  Sachsenring
Rossi sempat melambai kepada para penonton di Litar Sachsenring

“Dari permulaan saingan saya sudah merasakan segalanya bakal berjalan dengan lancar dan selepas berjaya membuka jarak, saya terus mengekalkan rentak untuk kekal di hadapan. Saya amat gembira kerana minggu ini memberikan keputusan yang sangat cemerlang. Saya sentiasa di hadapan sekali.... sudah lama tidak dapat merasakan sedemikian. Inilah hadiah terbaik buat saya sebelum bercuti tetapi saya masih inginkan keputusan yang lebih baik,” jelas Marquez.

Maverick Vinales  semakin teruja  bersama jentera  Suzuki.
Maverick Vinales semakin teruja bersama jentera Suzuki.

“Apabila tangki petrol semakin ringan, saya rasa lebih selesa dan berjaya memintas Lorenzo dan terus mengejar Rossi. Dia memang sukar untuk dipintas terutamanya apabila berada di selekoh kerana di sinilah kelebihan jentera Yamaha. Selepas membuat pintasan, saya memerah tenaga sehabis-habisnya hingga ke garisan penamat kerana mengetahui dia mengejar tanpa henti,” komen Pedrosa yang kini berada di tangga ketujuh keseluruhan dengan 67 mata.

Bagi pasukan Ducati pula, perlumbaan kali ini memberikan perasaan bercampur baur. Pastinya kemampuan Iannone menamatkan cabaran di tempat kelima amat membanggakan tetapi kemalangan yang menimpa Dovizioso menyebabkan mereka kehilangan mata berharga. Iannone jelas gembira dengan kemampuan jenteranya tetapi beberapa peningkatan masih perlu dilakukan agar lebih kompetitif.

Aleix Espargaro  (41) dan Vinales  belum dapat  memecut Suzuki  GSX-RR ke tahap  maksimum

Suzuki? Walaupun ini musim baru buat mereka tetapi prestasi yang ditunjukkan oleh Aleix Espargaro dan Maverick Vinales semakin membanggakan. Litar Sachsenring telah menguji kemampuan jentera 'biru' ini dan hasil keputusan yang dicapai adalah penambahbaik yang perlu dilakukan terutamanya pada masalah untuk membuat pecutan yang mungkin dapat diatasi dengan penggunaan enjin baru seamless gearbox. “Apabila prestasi enjin meningkat, keyakinan para pelumba juga akan meningkat,” kata Ketua Projek Pasukan Suzuki, Satoru Terada.

Perlumbaan seterusnya sudah semesti lebih menarik kerana 'musim cuti' ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk menguji, mencari kelemahan dan membuat penyelidikan. Jentera manakah akan kembali ke litar dengan daya pecutan dan pengendalian lebih hebat? Yamaha M1... Honda RC215V... Ducati Desmosedici GP5 atau Suzuki Factory GSX-RR? Sama-sama kita tunggu! RR

Isu Pada

Ogos 2015

Popular

  • Warta Roda

    Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

  • Warta Roda

    Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

  • Warta Roda

    Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

  • Dari Litar

    MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Artikel berkaitan

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

Model Baru

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Untuk tahun 2025, Harley-Davidson menyenaraikan beberapa model yang telah diberikan nafas serba baru. Jom kita mulakan dengan model bobber 'otai' iaitu Street Bob. Street Bob ialah bobber yang kurus dan ramping dengan bar hendal jenis mini-ape yang dipadankan dengan enjin Milwaukee-Eight® 117 Classic V-twin bersesaran 1,923cc yang cukup padu!