Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 10 April 2019

Alvaro Bautista Beri Amaran Awal

Selepas beberapa musim mencipta nama di perlumbaan MotoGP, pelumba penuh berpengalaman dari Sepanyol, Alvaro Bautista kini menggalas tanggungjawab buat pasukan Aruba.it Racing Ducati bersama seorang lagi jagoan iaitu Chaz Davies. Adalah menjadi impian setiap pasukan termasuklah Pata Yamaha WorldSBK, BMW Motorrad WorldSBK dan Moriwaki Althea Honda untuk menewaskan juara yang mengungguli persaingan ini untuk sekian lama iaitu Kawasaki Racing Team WorldSBK yang diterajui oleh Jonathan Rea bersama rakan sepasukannya yang baru iaitu Leon Haslam.

Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Rea, Bautista & Melandri.
Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Rea, Bautista & Melandri.

Pada perlumbaan sulung musim ini yang diadakan di litar Phillip Island Februari lalu, pasukan Kawasaki Racing tersentak apabila sang juara mereka, Rea telah berjaya ditewaskan oleh 'orang baru WSBK', tidak lain dan tidak bukan.... Alvaro Bautista. Pelumba Sepanyol itu mula mempamerkan kemantapan tunggangannya sejak di sesi kelayakan dan seterusnya dalam Perlumbaan 1.

Perlumbaan 1:

Bermula di barisan depan sememangnya memberi peluang buat Bautista untuk memecut lebih awal. Walaupun pada awalnya diberi tentangan oleh dua pelumba Kawasaki, Bautista berjaya mengerahkan tenaga jenteranya untuk ke hadapan. Sedikit demi sedikit dia berjaya membuka jarak sehingga lebih daripada lapan saat apabila masuk 2/3 persaingan.

Pertarungan posisi podium kedua dan ketiga lebih rancak! Rea, Haslam, Sykes, Melandri dan Lowes saling mengatasi satu sama lain. Sedang cuba membuat serangan, Haslam terbabas menyebabkan dia gagal menyambung semula. Rea mula selesa di depan dan membiarkan Lowes dan Melandri bersaing sengit untuk merebut tempat ketiga.

Permulaan saingan WSBK yang cukup mendebarkan.
Permulaan saingan WSBK yang cukup mendebarkan.

Bautista melintasi garisan penamat 14 saat di hadapan pemenang kedua, Rea dan berjaya mencipta dua rekod penting pada hari tersebut. Bautista adalah pelumba Rookie pertama menang perlumbaan WSBK pada kemunculan pertamanya dan antara kemenangan paling selesa (jarak 14 saat) seperti yang dilakukan oleh Anthony Gobert di Phillip Island pada tahun 2000 yang lalu.

Gaya dan skrip hampir sama berlaku dalam Perlumbaan 2 apabila Alvaro Bautista sekali lagi mendominasi kelas prima tanpa sebarang masalah. Dengan gaya tunggangan yang bertenaga, Bautista berjaya menerima kibaran bendera penamat dengan kelebihan 12 saat di hadapan Rea yang terlebih dahulu menerima tentangan hebat daripada Haslam hampir di sepanjang perlumbaan. Walaupun sekadar di tempat ketiga, ia adalah satu kejayaan yang cukup membanggakan.

Permulaan yang cukup positif untuk Bautista dan pasukan Ducati.
Permulaan yang cukup positif untuk Bautista dan pasukan Ducati.

Kemenangan dua kali berturutturut di perlumbaan pertama membolehkan Bautista menyamai rekod yang dicapai oleh John Kocinski (juga pelumba Ducati) di litar Misano pada tahun 1996.

“Sebelum datang ke Australia, saya tidak menyangka dapat menikmati kegembiraan dan pencapaian sehebat ini. Rentak saya dalam kedua-dua perlumbaan cukup mantap yang membolehkan jarak dibuka setiap masa. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat seluruh rakan sepasukan yang bertungkus lumus menyediakan sebuah jentera hebat pada minggu ini,” komen Alvaro Bautista.

“ Saya agak berpuas hati dengan apa yang dicapai minggu ini kerana Phillip Island bukanlah litar yang begitu saya gemari. Saya juga ingin mengucapkan tahniah buat Bautista yang berjaya meraih kemenangan berganda pada kemunculan pertamanya dalam WSBK,” komen Jonathan Rea.

Cresson (84) bermati-matian mengekang kemaraan Herrera (6) dalam perebutan tempat ke-10.

WorldSSP

Tahniah buat pelumba dari Switzerland, Randy Krummenacher selepas menunjukkan tunggangan yang cukup mantap untuk bergelar juara sulung musim ini. Dalam perlumbaan akhir, Jules Cluzel dari pasukan GMT94 Yamaha mendapat holeshot untuk memimpin perlumbaan tetapi diekori rapat oleh Federico Caricasulo dan Krummenacher.

Ketika masuk ke lap kedua, Cluzel sudah mula ketinggalan ke belakang selepas dipintas oleh dua pelumba di belakangnya.

Krummenacher cemerlang dengan Yamaha YZF R6 untuk muncul juara pada pusingan pertama lalu.
Krummenacher cemerlang dengan Yamaha YZF R6 untuk muncul juara pada pusingan pertama lalu.

Apabila persaingan masuk ke lap ketiga, Federico Caricasulo dan Krummenacher saling cuba mengatasi satu sama lain. Ini membolehkan Cluzel kembali mendapat rentak untuk mengekori sedikit demi sedikit. Dengan penuh keazaman, Cluzel akhirnya berjaya menewaskan Caricasulo untuk mendapat tempat kedua. Juara pusingan pertama WSSP akhirnya dimiliki oleh Krummenacher dan berjaya membawa pulang 25 mata penting untuk musim ini.

“Inilah saat paling gembira dalam hidup saya kerana hari ini adalah harijadi saya dan semua ahli keluarga ada di sini. Pasukan saya telah melakukan yang sempurna dan saya juga dapat bertenang di sepanjang perlumbaan. Ini adalah pembakar dan kemenangan yang amat berharga untuk memulakan tahun 2019 ini,” kata Randy Krummenacher.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chiang, Thailand pada 16 Mac diikuti oleh Aragon (5-7 April) dan Assen, Netherlands pada 12-14 April nanti. RR

Isu Pada

April 2019

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.