Fabio Quartararo Kekal Bersama Yamaha Sehingga 2024
Yamaha Motor Co., Ltd telah mengumumkan penyambungan kontrak Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo untuk terus bersama pasukan Yamaha Factory Racing MotoGP sehingga 2024.
Menurut Yamaha, Quartararo menunjukkan semangat, skill dan tahap konsistensi yang tinggi sepanjang bersama pasukan mereka sehingga membawa kejayaan merangkul takhta juara pada tahun lalu. Kecemerlangan pelumba muda dari Perancis itu juga tidak dinafikan apabila kini berada di tangga tertinggi kejuaraan dengan 8 mata.
Sehingga kini, Quartararo telah meraih 6 kemenangan dan 14 podium bersama pasukan factory termasuk tiga kali juara dengan 10 kedudukan podium ketika bersama pasukan satelit. Kemantapan tunggangannya memberikan posisi di petak pertama sebanyak 16 kali dan ia adalah pencapaian yang benar-benar mengagumkan.
Pihak Yamaha turut memuji sikapnya yang ceria dan penuh motivasi walaupun baru berusia 23 tahun. Inilah antara kunci utama mengapa Fabio Quartararo memiliki ciri-ciri seorang juara. RR