Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Mei 2022

Suzuki Keluar Dari MotoGP?

Berita ‘panas’ terbaru yang berlegar dalam dunia perlumbaan MotoGP ialah mengenai keputusan Suzuki untuk keluar daripada saingan kelas prima tahun hadapan ternyata menggemparkan semua pihak. Keputusan yang cukup mengejutkan ini dikatakan dibuat oleh pihak Suzuki Japan dan telah memberi impak besar buat pasukan Suzuki Ecstar yang sedang memberi cabaran cukup sengit pada musim ini.

Dengan keputusan tersebut, operasi pasukan Suzuki Ecstar yang telah menjuarai saingan kelas prima ini pada tahun 2020 lalu berkemungkinan besar akan ditamatkan pada penghujung musim 2022.

Joan Mir, Juara MotoGP 2020.
Joan Mir, Juara MotoGP 2020.

Keputusan ini juga menyebabkan status dua pelumba mereka iaitu Joan Mir dan Alex Rins serta krew pasukan agak kucar-kacir. Ada juga khabar angin yang mengatakan Joan Mir akan akan sertai pasukan Repsol Honda sebagai pelumba kedua dengan menggantikan Pol Espargaro (tidak ada kenyataan rasmi lagi). Namun begitu, tidak ada lagi sebarang info mengenai nasib Alex Rins dan ke mana pula arah yang ditujunya.

Kita akan menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Suzuki Ecstar mengenai isu ini dalam masa terdekat.

Alex Rins
Alex Rins

Terkini, pihak Dorna Sport telah menghubungi Suzuki untuk mendapatkan info yang lebih tepat mengenai ‘berita’ sensasi ini dan pada masa yang sama menegaskan tentang syarat serta kondisi kontrak perlumbaan yang perlu dihormati oleh semua pihak/pengeluar/pasukan.

Sebarang keputusan untuk berada/keluar daripada perlumbaan perlu dibuat dengan perbincangan serta persetujuan kedua-dua pihak. Ini disebabkan dengan pengaturan jumlah pelumba dan pasukan yang bakal beraksi pada tahun 2023.

Alex Rins, antara pelumba terbaik 2022.
Alex Rins, antara pelumba terbaik 2022.

Dorna Sport turut memaklumkankan bahawa pihaknya menerimotoma banyak permohonan daripada pasukan kilang (factory) dan  persendirian untuk berada di grid MotoGP memandangkan sukan ini berkembang hamper ke seluruh dunia dengan jumlah penonton/peminat mencecah ratusan juta. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.