Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Mac 2022

Pasukan Suzuki Kembali Beraksi di NHRA Drag Race Gatornational

Pembukaan musim baru saingan NHRA Gatornationals untuk kategori Pro Stock Motorcycle pada asasnya tidak memberikan keputusan cemerlang seperti mana yang diharapkan oleh pasukan Vance & Hines/Mission Suzuki Pro Stok pada penampilan sulungnya.

Angelle Sampey.
Angelle Sampey.
Angelle Sampey 'kiri'.
Angelle Sampey 'kiri'.

Namun begitu, saingan penghujung minggu lalu berakhir dengan keputusan positif untuk penunggang Suzuki yang lain iaitu Karen Stoffer, yang membuat dua Catatan Masa Terpantas dalam sejarah.

Saingan yang dijalankan dalam keadaan sejuk dan dibasahi hujan menyebabkan pusingan kelayakan pada hari Jumaat dan Sabtu terpaksa dibatalkan kerana cuaca buruk. Oleh itu, susunan perlumbaan untuk penyingkiran akhir pada hari terakhir (Ahad) terpaksa ditetapkan berdasarkan kutipan mata akhir musim lalu.

Ini telah meletakkan pelumba Vance & Hines/ Mission Suzuki Angelle Sampey yang selaku Naib Juara 2021 berada di tangga kedua. Rakan sepasukannya, Eddie Krawiec yang juga juara enam kali di Gainesville, bermula di kedudukan keempat. Cuaca bertambah baik pada hari perlumbaan dan keadaan trek juga lebih sempurna menjadikannya masa yang tepat untuk pecutan dijalankan.

Karen Stoffer. Kredit foto: https://www.nhra.com/nhra
Karen Stoffer. Kredit foto: https://www.nhra.com/nhra
Karen Stoffer.
Karen Stoffer.

Juara empat kali, Krawiec memulakan era baru dalam kariernya sebagai pelumba Suzuki berjaya meraih kemenangan 6.884 saat/ 320km/j ke atas Michael Phillips dalam pusingan penyingkiran pertama. Bagaimanapun, pecutan 6.92 saat/318km/j pada pusingan keduanya tidak cukup laju untuk mara menentang Stoffer yang telah mencipta 6.66 saat/323km/j. Suzuki mengucapkan tahniah atas pencapaian yang cukup luar biasa seterusnya mencatat rekod.

 Eddie Krawiec.
Eddie Krawiec.

“Udara hari ini sungguh luar biasa. Keadaan trek sangat bagus dan anda juga perlu memahami bagaimana untuk memecut di atasnya. Kami tidak mempunyai banyak data mengenai jentera ini dan apabila tidak berpeluang untuk menyempurnakan sesi kelayakan, ia adalah satu masalah yang besar. Saya berharap kami diberikan lima atau enam lap sebelum turun bertarung,” kata Krawiec.

Bagi Angelle Sampey, acara Gatornationals bagai meraikan kembalinya sebagai penunggang Suzuki. Sampey kalah di pusingan pertama di tangan Marc Ingwersen dengan kelajuan 8.30 saat/106km/j. Walaupun begitu, juara kelas tiga kali itu masih cukup gembira kerana dapat kembali beraksi bersama-sama para pencinta dunia perlumbaan ini. RR

Kredit foto: https://www.nhra.com/nhra dan https://www.suzuki-racing.com/

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.