Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 2 Disember 2021

Makin Ke Penghujung Makin Sengit

Persaingan WSBK sudah hampir ke penghujungnya. Namun begitu masih agak sukar untuk kita meneka siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara musim ini. Dengan kutipan sebanyak 531 mata, kedudukan Toprak Razgatlioglu di tangga teratas carta masih belum betul-betul selamat kerana Jonathan Rea hanya ketinggalan 30 mata di belakang dan dalam dunia perlumbaan motosikal, apa pun boleh terjadi.

Tiga pelumba tersengit musim ini. Dari kiri: Jonathan Rea, Scott Redding dan Toprak Razgatlioglu.
Tiga pelumba tersengit musim ini. Dari kiri: Jonathan Rea, Scott Redding dan Toprak Razgatlioglu.

Pada perlumbaan di Argentina Oktober lalu, Razgatlioglu telah mempamerkan tunggangan cukup bertenaga untuk muncul juara R1 dengan menewaskan Rea dan Michael Ruben Rinaldi. Razgatlioglu menerima tekanan daripada Rea di awal saingan tetapi dengan pengendalian yang sempurna, pelumba dari Turki ini berjaya membuka jarak sehingga lima saat sebelum melintasi garisan penamat.

Selepas beberapa tahun mendominasi saingan WSBK, Rea akhirnya menerima tentangan yang cukup sengit.
Selepas beberapa tahun mendominasi saingan WSBK, Rea akhirnya menerima tentangan yang cukup sengit.

Rea yang sekali lagi kurang berpuas hati dengan situasi itu cuba bangkit dalam R2 tetapi kali ini, dia terpaksa berdepan pula dengan Scott Redding yang mempunyai keazaman tinggi untuk menambah koleksi kemenangan.

Rinaldi -21- berjaya mengejar dan memintas Van Der Mark -60- dalam perebutan tempat ke-6.
Rinaldi -21- berjaya mengejar dan memintas Van Der Mark -60- dalam perebutan tempat ke-6.

Rea bermula dengan baik dari petak ketiga untuk mengejar Toprak yang sedang mencari kemenangan keduanya. Di belakang, Redding semakin laju sehingga berupaya menewaskan Rea sebelum menjadikan Razgatlioglu mangsa yang seterusnya. Ketiga-tiga calon podium ini saling cabar mencabar. Jentera mana lebih power? Yamaha? Kawasaki? Ducati?

Apabila Rea dan Razgatlioglu berebut kedudukan, Redding mengambil peluang untuk menjarakkan diri dan mengakhiri saingan di tempat pertama. Rea puas hati di tempat kedua kerana berjaya menewaskan seteru utamanya.

Toprak Razgatlioglu -tengah- perlu konsisten mendapatkan mata sempurna jika ingin bergelar juara.
Toprak Razgatlioglu -tengah- perlu konsisten mendapatkan mata sempurna jika ingin bergelar juara.

Kedudukan Selepas Pusingan 12

  1. Toprak Razgatlioglu 531 mata
  2. Jonathan Rea 501 mata
  3. Scott Redding 465 mata
  4. Michael Ruben Rinaldi 278 mata
  5. Andrea Locatelli 270 mata
Juara WorldSSP 2021, Dominique Aergerter.
Juara WorldSSP 2021, Dominique Aergerter.

World SSP

Dengan rekod 10 kali menang dan 14 kali podium memang sudah cukup jelas betapa mantapnya prestasi pelumba Ten Kate Racing Yamaha, Dominique Aegerter yang kini mendapat pujian seluruh pencinta sukan motor dengan kejayaannya menjadi Juara WorldSSP 2021. Sebelum menempa nama sebagai juara WorldSSP, Aegerter merupakan pelumba 125cc dan Moto2 yang cukup berjaya.

Jules Cluzel berjaya memenangi saingan akhir dengan cukup bergaya.
Jules Cluzel berjaya memenangi saingan akhir dengan cukup bergaya.

Dengan kelebihan sebanyak 68 mata berbanding Steven Odendaal, Aegerter merupakan pelumba Switzerland kedua meraih kejayaan ini selepas Randy Krummenacher pada tahun 2019 lalu. Kemenangan ini juga mengembalikan takhta juara buat Ten Kate Racing yang ke-10 dan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara pasukan Supersport paling berjaya di sepanjang zaman.

Can Oncu -61- berjaya menewaskan Gonzalez -81- untuk kemenangan tempat kedua.
Can Oncu -61- berjaya menewaskan Gonzalez -81- untuk kemenangan tempat kedua.

Dalam saingan akhir di Argentina, Jules Cluzel telah berjaya menundukkan Can Oncu dan Aegerter Dominique untuk menerima kibaran bendera penamat dengan catatan masa yang mengagumkan. RR

Kedudukan Keseluruhan Selepas Pusingan 12

  1. Dominique Aegerter 381 mata
  2. Steven Odendaal 313 mata
  3. Manuel Gonzalez 275 mata
  4. Jules Cluzel 241 mata
  5. Philipp Oettl 163 mata
Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.