Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 3 Disember 2021

Pecco Hadiahkan Kemenangan Buat VR46

Tidak dinafikan, ia adalah minggu yang cukup sempurna dan bermakna buat Francesco Bagnaia (Pecco) selepas memenangi perlumbaan pusingan penutup tirai 2021 di Litar Valencia pada 14 November lalu.

Lebih istimewa, kemenangan Pecco dikecapi pada perlumbaan terakhir gurunya, Valentino Rossi di MotoGP.

Ketiga-tiga juara keseluruhan musim 2021. Dari kiri: Remy Gardner, Fabio Quartararo dan Pedro Acosta.
Ketiga-tiga juara keseluruhan musim 2021. Dari kiri: Remy Gardner, Fabio Quartararo dan Pedro Acosta.

Perlumbaan akhir berlangsung dengan cukup sengit. Jorge Martin memecut sempurna dari kedudukan pole untuk tiba di selekoh pertama terlebih dahulu. Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir bertindak agresif untuk menyerang Francesco Bagnaia dan Jack Miller untuk merebut tempat kedua. Rossi juga bermula dengan cukup baik untuk berada di posisi kesembilan manakala Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo di tempat keenam.

Tidak lama kemudian, Pecco yang memakai topi keledar rekacorak khas buat Rossi memintas Mir dan segala usaha Suzuki untuk merampas kedudukan telah dipatahkan oleh kekuatan tenaga jentera Ducati khususnya di laluan lurus. Kelompok depan kemudiannya turut disertai oleh Alex Rins yang memiliki rentak lebih baik berbanding rakan sepasukan. Sayangnya, Rins yang begitu bersemangat untuk mencabar keupayaan Pecco terbabas pula di pertengahan saingan.

Hari terakhir Valentino Rossi di dunia GP diraikan dengan penuh meriah.
Hari terakhir Valentino Rossi di dunia GP diraikan dengan penuh meriah.

Martin, Pecco, Mir dan Jack Miller memiliki kepantasan yang luar biasa. Quartararo kemudiannya berjaya menggunakan kelincahan jenteranya untuk memintas Miller dari dalam. Walaupun begitu, kedudukan ini tidak lama apabila Miller berjaya untuk berada di depan beberapa lap kemudian.

Ketika saingan tinggal 13 lap sahaja lagi, Pecco makin rapat dan berjaya memintas Martin untuk merebut kedudukan yang diidam-idamkan. Nasib yang sama menimpa Mir empat lap kemudian apabila dia tidak mampu lagi untuk mengekang kemaraan Miller yang ternyata lebih laju.

Joan Mir terpaksa berpuas hati di tangga ketiga keseluruhan.
Joan Mir terpaksa berpuas hati di tangga ketiga keseluruhan.

Pecco berjaya membuka jarak sejauh 0.914 saat pada lap terakhir seterusnya menerima kibaran bendera penamat musim ini dengan catatan masa 41'15,481 saat. Jorge Martin yang meraih posisi kedua dan telah dinobatkan sebagai Rookie of the Year manakala tempat ketiga menjadi milik Jack Miller yang melengkapkan kemenangan 1-2-3 pertama buat Ducati dalam sejarah.

Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dengan penuh emosi dan semua pelumba berkumpul untuk memberi penghormatan dan ucapan tahniah padanya. 'Grazie Vale' dari peminat-peminat di seluruh dunia.

Franco Morbidelli mengenakan topi keledar khas dengan rekacorak Valentino Rossi.
Franco Morbidelli mengenakan topi keledar khas dengan rekacorak Valentino Rossi.

“Dengan memakai topi keledar khas VR46 ini serta kejayaan di tempat pertama adalah saat paling bermakna buat saya. Kemenangan ini buat Valentino dan terima kasih atas segala yang beliau lakukan di akademi. Kami hadir ke litar dengan jentera antara yang terpantas untuk meraih kemenangan dengan penuh bergaya,” kata Francesco Bagnaia.

Sehubungan itu, Valentino Rossi telah dianugerahkan MotoGP Hall of Fame dan dengan rasminya diiktiraf sebagai Lagenda MotoGP. Juara sembilan kali itu ternyata terkejut dengan anugerah yang disampaikan di Majlis Anugerah FIM MotoGP yang telah diadakan di sebelah malam pada hari perlumbaan.

Andrea Dovizioso -04- cuba menahan kemaraan Alex Marquez.
Andrea Dovizioso -04- cuba menahan kemaraan Alex Marquez.

Pelumba dari Itali itu kini tersenarai bersama-sama Lagenda MotoGP lain seperti Giacomo Agostini, Mick Doohan, Geoff Duke, Wayne Gardner, Mike Hailwood, Daijiro Kato, Eddie Lawson, Anton Mang, Angel Nieto, Wayne Rainey, Phil Read, Jim Redman, Kenny Roberts, Jarno Saarinen, Kevin Schwantz, Barry Sheene, Marco Simoncelli, Freddie Spencer, Casey Stoner dan ramai lagi.

Moto2

Sekalung tahniah buat pelumba Australia, Remy Gardner yang dinobatkan sebagai Juara Moto2 musim ini walaupun menamatkan saingan terakhir di tempat ke-10. Perlumbaan akhir terpaksa dijalankan dua kali selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan tiga orang pelumba iaitu Marco Bezzecchi, Xavi Vierge dan Lorenzo Baldassarri.

Hafizh Syahrin akan berpindah ke saingan WSBK pada tahun 2022.
Hafizh Syahrin akan berpindah ke saingan WSBK pada tahun 2022.

Apabila perlumbaan dimulakan semua, Augusto Fernandez dan Raul Fernandez cuba untuk membuka jarak dengan lebih awal tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. Tidak lama kemudian, Fabio Di Giannantonio pula berjaya menghampiri mereka berdua dan berjaya memberi tekanan yang tinggi.

Kedudukan lima pelumba paling depan cukup rapat dan saling pintas memintas sehinggalah pada lap terakhir apabila Raul berjaya membuka jarak tetapi masih tidak selamat kerana Fabio dan Augusto terus berusaha untuk tewaskannya. Dengan kawalan jentera yang mantap serta kekuatan mental, Raul Fernandez menang di Valencia diikuti Fabio di tempat kedua manakala Agusto ketiga.

Pertarungan sengit di antara para pelumba Moto3 memang cukup mendebarkan.
Pertarungan sengit di antara para pelumba Moto3 memang cukup mendebarkan.

Moto3

Pedro Acosta (Red Bull KTM Ajo) sah dinobatkan sebagai Juara Moto3 untuk musim 2021! Kejayaan pelumba rookie sensasi itu dicapai menerusi perlumbaan akhir pusingan ke-17 di Litar Autodromo pada 7 November lalu. Dalam saingan tersebut, satu-satunya pesaing yang mampu menyekat kejuaraan Pedro iaitu Dennis Foggia tapi telah gagal ke garisan penamat selepas terbabit dalam insiden di pertengahan perlumbaan.

Dalam pusingan akhir musim ini, ketiga-tiga tangga podium telah diisi oleh para pelumba Sepanyol iaitu Xavier Artigas, Sergio Garcia dan Jaume Masia selepas berjaya mengenepikan para pencabar lain dalam satu episod pertarungan yang cukup sengit.

Sekurang-kurangnya lima orang pelumba mengetuai perlumbaan kali ini dan jujurnya, mereka berpeluang menjadi juara kerana kedudukan antara satu sama lain sangat rapat. Keberanian pelumba-pelumba muda ini memberi keterujaan puluhan ribu penonton yang hadir pada hari itu.

Selamat tinggal 2021... hingga kita jumpa lagi. Menurut sumber, jika keadaan mengizinkan, sesi Winter Test untuk pelumba MotoGP akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun hadapan. Harap benar ia menjadi kenyataan. RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.