Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 Mac 2022

Dua Pasukan Boon Siew Honda Bakal Bersaing Dalam Perlumbaan ARRC 2022.

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya akan menghantar dua pasukan mereka dalam saingan FIM Asia Road Racing 2022 yang bakal beraksi dalam kategori SuperSport 600 dan Asia Priduction AP250cc.

Para pelumba pasukan BSH SS600. Dari kiri: Azroy, Khairul Idham & Helmi.
Para pelumba pasukan BSH SS600. Dari kiri: Azroy, Khairul Idham & Helmi.

BSH Racing Team yang bersaingan dalam SS600 dibarisi oleh Azroy Hakeem Anuar, Helmi Azman dan Khairul Idham Pawi yang juga popular dengan gelaran SuperKIP. Khairul Idham Pawi merupakan antara pelumba yang berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia selepas meraih kemenangan di dua pusingan pada tahun 2016 lalu menerusi kelas Moto3.

Untuk mencabar saingan kelas 600cc musim ini, pasukan BSH akan menggunakan sepenuhnya jentera lumba Honda CBR600RR. Jentera mantap ini telah pun membuktikan kecemerlangan prestasinya dalam kejuaraan motosikal di Jepun dengan menjadi juara selama dua tahun berturut-turut.

Honda CBR600RR
Honda CBR600RR

Pada masa yang sama, BSH juga akan memberi kepercayaan penuh buat bintang baru iaitu Idlan Haqimi untuk mempamerkan tunggangan mantap bersama-sama dua lagi pelumba dalam saingan AP250.

Idlan Haqimi - AP250
Idlan Haqimi - AP250

“Ini merupakan musim ketiga saya dalam saingan SS600 dan kali ini bersama jentera baru CBR600RR. Saya sudah bersedia untuk menempuh segala cabaran dan menyasarkan kedudukan paling tinggi dalam carta keseluruhan. Saya amat menghargai kepercayaan dan sokongan daripada BSH untuk terus berada dalam ARRC,” komen Azroy.

“Saya memiliki banyak memori indah bersama jentera Honda dan sangat gembira dapat kembali bersama BSH. Saya perlu sedikit masa untuk mencari keserasian tetapi dengan pengalaman serta komitmen dari pasukan, kami sasarkan untuk berada posisi terbaik,” kata SuperKIP.

Saingan ARRC akan bermula di Thailand pada Mac 2022 ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami (RR) akan di kilang SYM di Taiwan untuk melihat dan menunggang uji skuter adventure terbaru iaitu ADXTG 400. Tapi... adakah SYM TTLBT pun akan masuk ke pasaran negara?

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.