Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Februari 2022

Pasukan Repsol Honda 2022 Dilancarkan Dengan Corak Liveri Baru

Marc Marquez dan Pol Espargaro telah melancarkan corak livery serba baru untuk jentera pasukan Repsol Honda Team 2022. Musim baru ini akan dimulakan dengan motivasi yang lebih segar untuk memberi cabaran dalam persaingan kelas prima yang semakin sengit. Walaupun mengalami kesukaran di sepanjang musim 2021, masih terdapat kenangan manis dan detik kejayaan yang luar biasa sepanjang tahun lalu 12 termasuklah kedudukan petak pertama, tiga kemenangan dan lima podium secara keseluruhan.

Marc Marquez.
Marc Marquez.

Tahun 2021 turut menyaksikan kejayaan kembali bersaing untuk Marc Marquez, kembali ke arah kemenangan 581 hari selepas kemenangan terakhirnya dan Pol Espargaro mencapai keputusan perlumbaan MotoGP terbaiknya dan memperoleh kedudukan pertamanya di atas RC213V. Kini....kedua-dua pelumba Honda ini berazam untuk mengembalikan  takhta kejuaraan ke tangan Honda.

Marc Marquez telah pulih sepenuhnya daripada diplopia yang telah menjadikan salah satu punca selain kecederaan dek kemalangan yang merosakkan rancangan dan impiannya musim lalu. Juara Dunia lapan kali itu bertekad untukmembuktikan keupayaan pada musim ke-10nya bersama Repsol Honda. Sejak berada ke kelas perdana pada 2013, Marquez telah memperoleh enam gelaran Kejuaraan Dunia MotoGP, memenangi 59 perlumbaan, menamatkan podium sebanyak 99 kali, dan mendapat posisi pole sebanyak 62 kali – dan semuanya bersama Pasukan Repsol Honda yang ikonik.

Pol Espargaro.
Pol Espargaro.

Pol Espargaro pula memasuki tahun kedua bersama pasukan ikonik  ini selepas sudah tamat sesi pembelajaran musmim lalu. Kedudukan posisi pole di GP Britain dan pencapaian tamat di tempat kedua ke pusingan GP Emilia Romagna memang cukup membanggakan. Untuk saingan musim serba baru, Pol harus memberikan peningkatan prestasi di kalangan pelumba terkemuka pada setiap perlumbaan serta pusingan agar matlamat pelumba bernombor #44 untuk membawa kejayaan buat Pasukan Repsol Honda dapat dicapai.

Corak livery baru jentera Repsol Honda Team RC213V 2022 telah dikemas kini dengan sangat baik. Ia adalah jentera konsep baharu dengan harapan untuk kembalikan kedudukan mereka di puncak dunia perlumbaan motosikal. Casis dan enjin untuk jentera 2022 telah dikemas kini termasuklah dari segi aerodinamik yang direka semula untuk mengimbangi prestasi enjin yang lebih mantap.

Selepas sesi ujian di SIC, Marc Marquez semakin berkeyakinan untuk memberi cabaran.
Selepas sesi ujian di SIC, Marc Marquez semakin berkeyakinan untuk memberi cabaran.

Dengan kejayaan sesi ujian di Sepang, Marc Marquez dan Pol Espargaro kini bersedia untuk cabaran baharu di Litar Mandalika, Indonesia pula. Kedua-dua pelumba akan mempunyai tiga hari menunggang sebelum MotoGP Dunia 2022 bermula di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada Ahad, 6 Mac 2022 nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

MODENAS melancarkan skuter maksi Modenas Elegan EX facelift yang tampil dengan rekaan estetik serta ciri-ciri moden terkini.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.