Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Oktober 2021

Perebutan Di Antara Toprak & jonathan Terus Sengit

Perlumbaan pusingan 8 yang diadakan di Litar Magny-Cours, Perancis pada awal September lalu pastinya memberi kenangan manis dan pembakar semangat buat Toprak Razgatlioglu (Pata Yamaha with Brixx World SBK) selepas berjaya meraih kemenangan berganda.

Ia adalah minggu yang cukup sempurna buat pelumba dari Turki itu dengan menewaskan seteru utamanya dan juga penyandang juara iaitu Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing Team. Walaupun begitu, kemenangan yang dicapainya tidak semudah yang disangka.

Para pemenang GP Perancis. Dari kiri: Jonathan Rea, Toprak Razgatlioglu dan Andrea Locatelli.
Para pemenang GP Perancis. Dari kiri: Jonathan Rea, Toprak Razgatlioglu dan Andrea Locatelli.
Jonathan Rea terus mencabar kemaraan Toprak demi mempertahankan kejuaraan.
Jonathan Rea terus mencabar kemaraan Toprak demi mempertahankan kejuaraan.

Perlumbaan 1: Persembahan para pelumba kelas prima di sepanjang 21 lap persaingan sememangnya mengagumkan tetapi Toprak memiliki rentak dan konsistensi yang sangat hebat. Jonathan dapat memberi saingan di peringkat awal tetapi lama-kelamaan, dia mula ketinggalan sehingga tidak mampu lagi mengejar catatan masa yang Toprak lakukan di setiap lap.

Dengan kelebihan empat saat di depan, Toprak selesa mengepalai saingan untuk meraih kemenangan ketujuhnya pada musim ini (tidak termasuk Perlumbaan Superpole). Jonathan Rea melintasi garisan penamat di tempat kedua manakala seorang lagi pelumba Yamaha iaitu Andrea Locatelli di tempat ketiga.

Alvaro Bautista dan rakan sepasukannya, Leon Haslam -55- berentap cukup sengit ketika merebut tempat keenam.
Alvaro Bautista dan rakan sepasukannya, Leon Haslam -55- berentap cukup sengit ketika merebut tempat keenam.
Tom Sykes berjaya meletakkan dirinya sebagai 10 pelumba terbaik musim ini.
Tom Sykes berjaya meletakkan dirinya sebagai 10 pelumba terbaik musim ini.

Dalam perlumbaan kedua pula, Toprak sekali lagi bermula di petak paling depan dan berjaya mendapatkan rentak seperti mana yang dirancang untuk memimpin.

Kesilapannya di selekoh membolehkan Rea mendekatkan diri dan bermulalah episod kejar-mengejar di antara kedua-dua pelumba ini. Kumpulan depan ini kemudiannya cuba dikejar oleh Scott Redding dan Alex Lowes.

Scott Redding -45- akhirnya berjaya mendapatkan kedudukan di podium dalam Perlumbaan 2.
Scott Redding -45- akhirnya berjaya mendapatkan kedudukan di podium dalam Perlumbaan 2.

Toprak mendapat peluang pada lap ke-11 untuk memintas ketika berada di hairpin (selekoh 5) tetapi segera dibalas semula oleh Rea di selekoh chicane Imola. Walaupun cuba untuk kekal di depan, Rea akhirnya akur dengan kemantapan tunggangan Toprak di beberapa lap selepas itu untuk melayakkan dirinya menerima 25 mata sempurna buat kali kedua di Perancis.

Toprak kini semakin yakin di tangga teratas keseluruhan dengan 370 mata diikuti Jonathan Rea di tangga kedua (363 mata) dan Scott Redding ketiga dengan 298 mata.

Gonzalez -81- dan Aegerter berentap untuk meraih tempat pertama.
Gonzalez -81- dan Aegerter berentap untuk meraih tempat pertama.

WorldSSP

Dalam saingan ini, pelumba Ten Kate Racing Yamaha Dominique Aegerter kembali mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas apabila berjaya meraih kemenangan dalam Perlumbaan 1 dan naib juara di saingan kedua.

Perlumbaan asal yang sepatutnya dijalankan sebanyak 19 lap terpaksa dihentikan berikutan kemalangan yang melibatkan Michel Fabrizio (G.A.P. MOTOZOO Racing by Puccetti). Fabrizio telah dibawa ke pusat perubatan dan disahkan mengalami kekejangan dan kecederaan kecil. Selepas litar dipastikan selamat, Perlumbaan 1 dimulakan semula dengan berbaki 12 lap.

Dominique yang berada di depan telah diberi tentangan agak sengit oleh Steven Odendaal dan Jules Cluzel yang kedua-duanya juga menunggang jentera Yamaha R6 hampir di sepanjang perlumbaan. Walau bagaimana pun, mereka akhirnya terpaksa mengangkat bendera putih apabila gagal untuk mencabar kepantasan Dominique bagi meraih kemenangan kesembilannya musim ini.

Para pemenang WSSP Perlumbaan 1. Dari kiri: Steve Odendaal, Dominique Aegerter dan Jules Cluzel.
Para pemenang WSSP Perlumbaan 1. Dari kiri: Steve Odendaal, Dominique Aegerter dan Jules Cluzel.

Perlumbaan 2 pula memberikan kenangan penuh bersejarah buat Manuel Gonzales dengan kejayaan yang berjaya menewaskan Dominique dengan perbezaan masa yang cukup rapat. Kemenangan ini juga menjadikannya pelumba termuda kedua yang memenangi kelas ini. Tahniah juga diucapkan buat bintang dari Turki, Can Öncü yang mempamerkan ketangkasan memacu jentera Kawasaki ZX-6R untuk berada di podium.

Dominique kini berada di tangga teratas keseluruhan dengan 302 mata diikuti oleh Steven Odendaal 240 mata, Philipp Oettl 178 mata dan Luca Bernardi di tangga keempat dengan 161 mata.

Adrian Huertas -99- berjaya mempamerkan tunggangan yang cukup mantap untuk menang di GP Aragon
Adrian Huertas -99- berjaya mempamerkan tunggangan yang cukup mantap untuk menang di GP Aragon

WorldSSP300

Pelumba Sepanyol, Adrian Huertas berjaya menambah 50 mata sempurna dalam koleksinya selepas berjaya muncul juara dalam kedua-dua saingan kali ini. Dalam Perlumbaan 1, Adrian dipaksa bekerja keras oleh Tom Booth-Amos yang turut memiliki corak tunggangan serta serangan yang mantap. Namun begitu, Adrian tenang mengawal keadaan dari awal hingga akhir.

Tom tidak menyerah kalah dan berusaha gigih dalam saingan kedua untuk menghentikan dominasi lawannya itu. Walaupun tidak dapat menewaskan Adrian, Tom yang ketinggalan hanya 0.326 saat di belakang harus berbangga dengan kemantapan tunggangannya. Kali terakhir Tom peroleh kemenangan ialah pada GP Belanda pada Julai lalu.

Adrian Huertas -tengah- Juara WSSP300 diapit oleh Tom Booth-Amos -kiri- dan Samuel Di Sora.
Adrian Huertas -tengah- Juara WSSP300 diapit oleh Tom Booth-Amos -kiri- dan Samuel Di Sora.

Tempat ketiga dimenangi oleh Jeffrey Buis manakala pelumba Yamaha, Dean Berta Vinales di tempat keempat dengan jarak masa hanya 0.892 saat.

Pusingan kesembilan diadakan di Litar Catalunya pada 17-19 September diikuti Litar Jerez pada 24-26 September 2021. RR

Isu Pada

Oktober 2021

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.