Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Ogos 2021

Adam Norrodin Semakin Bersemangat

Saingan Moto2 ternyata cukup sengit. Antara pelumba yang mencuri tumpuan sejak pusingan pertama di Estoril April lalu ialah Fermin Aldeguer, Alonso Lopez, Adam Norrodin, Xavier Cardelus dan Lukas Tulovic. Kelima-lima pelumba ini ternyata memiliki kepantasan yang sukar ditentang oleh pelumba lain.

Adam merupakan satu-satunya pelumba Malaysia yang bersaing dalam kategori ini dan tidak dinafikan, prestasinya cukup cemerlang. Pelumba berusia 22 tahun ini berjaya meraih podium di litar Estoril dan Ricardo Tormo, kedua-duanya di tempat ketiga. Sayangnya prestasi Adam jatuh sedikit di pusingan ketiga (Catalunya) apabila gagal menamatkan cabaran dalam Perlumbaan 1 tetapi berjaya meraih tempat keempat dalam Perlumbaan 2.

Saingan European Talent Cup memang cukup mendebarkan.
Saingan European Talent Cup memang cukup mendebarkan.

Namun begitu Pusingan 4 yang berlangsung di Litar Autodromo Algarve, Portugal ini telah memperlihatkan kecekalannya untuk kembali di antara lima pelumba terbaik sejak di sesi ujian masa. Adam yang bermula di petak ketiga terpaksa bekerja keras untuk menyaingi dan mendekati duo pasukan Bosco Scuro Talent Team-Ciatti iaitu Fermin Aldeguer dan Alonso Lopez.

Adam gagal menyaingi kepantasan Fermin yang berjaya melakukan holeshot dan mula membuat jarak sejak dari awal-awal lagi. Baru sahaja tiba di selekoh pertama, Adam yang cuba mendapatkan laluan terbaik dipintas oleh rakan sepasukannya, Lukas Tulovic yang menyerang dari luar. Lukas kemudiannya berjaya mengekori dan memintas Alonso di posisi kedua dan terus mengejar Fermin di hadapan.

Adam (7) membanggakan para peminat motosikal negara dengan kejayaannya ke podium.

Nasib tidak menyebelahi Lukas apabila terbabas di lap kedua dan posisinya kini diambil oleh Adam. Fermin yang berada di depan semakin laju dan semakin sukar untuk dikejar. Perebutan tempat kedua di antara Adam dan Alonso cukup mengujakan. Adam cuba rapat tetapi dilihat agak sukar untuknya mendapatkan rentak lebih pantas berbanding Alonso.

Setiap kali berjaya rapat, Alonso menggunakan kekuatan jenteranya di selekoh untuk menjauhkan diri. Pada lima lap terakhir, Alonso dilihat semakin selesa di tempat kedua. Fermin akhirnya dinobatkan sebagai juara diikuti oleh Alonso dan Adam masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sharul Ezwan.
Sharul Ezwan.

Rentak Adam di Perlumbaan 2 tidak seperti yang dia harapkan. Walaupun cuba untuk mencari kedudukan bersama kelompok depan, dia terperangkap di antara Mattia Rato dan Sam Wilford. Sedang cuba meloloskan diri, Adam terbabas pula di saat-saat terakhir yang telah memusnahkan sasarannya untuk kembali ke podium.

Selepas tamatnya saingan pusingan keempat ini, Adam berada di tangga kelima keseluruhan dengan kutipan 74 mata.

Hakim Danish.
Hakim Danish.

“Syukur Alhamdulillah, saya berjaya kembali ke podium dalam perlumbaan 1 dan amat berterima kasih buat keluarga, krew pasukan dan semua yang memberi sokongan serta mendoakan saya. Walaupun begitu, saya menghadapi kesukaran dalam perlumbaan 2 dan terbabas pada dua lap terakhir. Saya akan terus berusaha dan akan memberikan keputusan yang lebih baik dalam perlumbaan akan datang,” kata Adam.

Dalam Moto3 pula, pelumba yang telah mengharumkan nama Malaysia di GP Catalunya iaitu Syarifuddin Azman mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan saingan di tempat kelapan. Syariffudin terpaksa berhempas pulas, memintas dan dipintas hampir di sepanjang perlumbaan yang cukup sengit.

Prestasi Damok sentiasa konsisten antara 10 terbaik.
Prestasi Damok sentiasa konsisten antara 10 terbaik.

Perlumbaan pusingan keempat ini telah dimenangi oleh Joel Kelso diikuti oleh Daniel Holgado dan Marcos Uriarte masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Tahniah diucapkan buat Damok dan para pelumba lain.

Kejuaraan European Talent Cup pula memberi peluang buat pelumba negara iaitu Hakim Danish dan Sharul Ezwan untuk mengasah bakat bersaing bersama para pelumba antarabangsa.

Persaingan yang sangat sengit di antara Damok -63- dan para pelumba lain dalam saingan Moto3.
Persaingan yang sangat sengit di antara Damok -63- dan para pelumba lain dalam saingan Moto3.

Dalam perlumbaan pusingan keempat ini, Sharul Ezwan tamat di tempat ke-19 manakala Hakim Danish gagal menamatkan cabaran. Saingan seterusnya ialah di Litar Aragon pada 25 Julai diikuti Litar Jerez, Sepanyol pada 22 Ogos 2021. Selamat maju jaya buat semua pelumba negara. RR

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Model Baru

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

LONCIN Motor Co., Ltd merupakan pengeluar motosikal yang diasaskan pada tahun 1993 dan VOGE merupakan jenama premium mereka. Selain dua roda, Loncin juga mengeluarkan kereta elektrik, generator, mesin rumput, jentera perindustrian dan helikopter drone. VOGE memberi tumpuan dalam penjualan motosikal dan pelbagai jenis komponen motosikal yang berkualiti tinggi.