Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Ogos 2021

Toprak Razgatlioglu Rampas Tempat Pendahulu

Selepas hampir dua tahun, saingan WSBK kembali ke Litar Donington Park untuk menyambung perlumbaan pusingan ke-4 pada awal Julai lalu. Lebih mengujakan apabila perebutan kali ini penuh dengan drama dan kejutan yang melibatkan para pelumba terbaik seperti Jonathan Rea, Scott Redding, Alex Lowes dan ramai lagi.

Perlumbaan awal ternyata cukup ditunggu-tunggu dan para pelumba telah mempersembahkan kawalan dan pecutan yang cukup mantap sejak di awal saingan. Pelumba pasukan Pata Yamaha with BRIXX WorldSBK, Toprak Razgatlioglu yang bermula di petak ke-13 telah berjaya meletakkan dirinya di belakang juara bertahan Jonathan Rea di akhir lap pertama.

Toprak Razgatlioglu melintasi garisan penamat dengan cukup bergaya,
Toprak Razgatlioglu melintasi garisan penamat dengan cukup bergaya,

Litar yang basah ternyata sukar untuk dikuasai walaupun oleh mereka yang sangat berpengalaman. Rea dilihat beberapa kali hampir terbabas dan ini merupakan peluang keemasan buat Razgat untuk merapatkan diri dan mula membuat serangan. Rea melakukan kesilapan yang jarang berlaku dan menyebabkannya hampir terbabas di laluan licin manakala Razgat cukup yakin di belakang semakin lama semakin laju.

Di belakang dua jaguh ini, perebutan tempat ketiga di antara Michael van der Mark, Tom Sykes, Alex Lowes dan Garrett Gerloff tidak kurang sengitnya. Apabila Rea sekali lagi gagal mengawal jentera hingga terkeluar litar, Van der Mark cuba untuk mengatasi lawannya itu tetapi Rea kembali dengan tunggangan yang kemas untuk menidakkan segala serangan Van der Mark untuk terus kekal di tempat kedua. Tidak lama kemudian Van der Mark telah dipintas oleh Lowes dan Gerloff.

Alex Lowes -22- dan Garret Gerloff -31- mengejar Leon Haslam dalam perebutan tempat ketujuh.
Alex Lowes -22- dan Garret Gerloff -31- mengejar Leon Haslam dalam perebutan tempat ketujuh.

Bermulalah pertarungan sengit Yamaha dan Kawasaki iaitu di antara Razgat dan Rea serta Gerloff vs Lowes. Ketika saingan tinggal tujuh lap sahaja lagi, Gerloff terbabas ke luar litar dan memberikan 'hadiah' terbaik buat Lowes untuk tamat di tempat ketiga di belakang rakan sepasukannya, Jonathan Rea.

Rea kecewa apabila terbabas ke luar litar sewaktu mencabar Toprak.
Rea kecewa apabila terbabas ke luar litar sewaktu mencabar Toprak.

Perlumbaan 2

Memang ia hari yang paling bertuah buat Razgatlioglu. Rea yang tewas sengit dalam perlumbaan awal telah menguatkan semangatnya untuk menang dalam perlumbaan 2. Pelumba dari UK ini tidak mampu untuk menyekat kemaraan Razgatlioglu yang akhir berjaya mencari ruang untuk memintas pada lap ke-4 tetapi segera ditewaskan semula beberapa lap kemudian.

Kedua-dua pelumba ini saling mencabar kemantapan tunggangan satu sama lain. Setiap kali Razgat berjaya memintas, Rea akan memberi tekanan demi tekanan sehinggalah lawannya itu berjaya ditewaskan. Pada lap ke-10, Rea berjaya untuk berada di depan apabila Razgat dan jenteranya melebar hampir ke luar litar. Sayangnya, satu lap selepas itu, Rea terbabas dan menyebabkannya hilang posisi penting. Walaupun dapat menyambung semula perlumbaan, Rea terpaksa akur untuk tamatkan perlumbaan di tempat ke-20.

Prestasi pasukan BMW semakin meyakinkan.
Prestasi pasukan BMW semakin meyakinkan.

Razgat bagaikan berlumba berseorangan apabila tidak ada para pelumba lain yang mampu merapatkan diri. Pada masa yang sama, Garret Gerloff berjaya menebus kekecewaannya di pusingan awal apabila menewaskan Tom Sykes untuk meraih podium di tempat kedua seterusnya memberikan kemenangan 1-2 buat pasukan Yamaha.

Tom Sykes pastinya cukup berbangga apabila berjaya membawa BMW ke podium walaupun kali ini di tempat ketiga tetapi terbukti, jenteranya kini sudah mampu 'berlari' sama kencang dengan para pelumba lain. Tempat keempat dimenangi oleh Scott Redding yang berjaya menewaskan Michael van der Mark manakala Alex Lowes terpaksa berpuas hati di tempat kelima.

Scott Redding -45- cuba menahan kemaraan Andrea Locatelli -55- dan para pelumba lain.
Scott Redding -45- cuba menahan kemaraan Andrea Locatelli -55- dan para pelumba lain.

“Perlumbaan kali ini cukup bagus. Saya hanya menumpukan perhatian terhadap prestasi jentera kerana ia dapat memberikan cabaran buat Johnny. Saya ikut dia tetapi sayangnya dia melakukan kesilapan yang membolehkan saya meraih kemenangan kedua pada minggu ini. Saya cukup gembira dan amat berterima kasih kepada seluruh pasukan. Saya kini pendahulu kejuaraan” komen Razgatlioglu. RR

Jumlah mata keseluruhan:

  1. Toprak Razgatlioglu 183 mata
  2. Jonathan Rea 181 mata
  3. Scott Redding 117 mata
  4. Alex Lowes 114 mata
  5. Micheal Ruben Rinaldi 94 mata
Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Litar Buriram Menguji Adam & Sharf Untuk Terus Bangkit

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta