Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 November 2021

Francesco Bagnaia Tutup Tirai Musim 2021. Selamat bersara VR46!

Francesco Bagnaia yang memenangi perlumbaan pusingan penutup tirai 2021 di Litar Valencia telah menghadiahkan kejayaanya itu kepada mentornya, Valentino Rossi di pentas terakhir hidupnya dalam MotoGP.

Pecco mengungguli perlumbaan akhir dengan tunggangan yang cukup bertenaga.
Pecco mengungguli perlumbaan akhir dengan tunggangan yang cukup bertenaga.
Rossi 'tengah' diberi penghormatan oleh Jorge Martin 'kiri' dan Francesco Bagnaia.
Rossi 'tengah' diberi penghormatan oleh Jorge Martin 'kiri' dan Francesco Bagnaia.

Perlumbaan akhir berlangsung dengan cukup sengit. Jorge Martin memecut sempurna dari kedudukan pole untuk tiba di selekoh pertama terlebih dahulu. Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir bertindak agresif untuk menyerang Francesco Bagnaia (Pecco) dan Jack Miller untuk merebut tempat kedua. Rossi juga bermula dengan cukup baik untuk berada di posisi kesembilan manakala Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo di tempat keenam.

Fabio Quartararo '20' membuktikan keupayaannya untuk bergelas Juara MotoGP pada usia muda.
Fabio Quartararo '20' membuktikan keupayaannya untuk bergelas Juara MotoGP pada usia muda.

Tidak lama kemudian, Pecco yang memakai topi keledar rekacorak khas buat Rossi memintas Mir dan segala usaha Suzuki untuk merampas kedudukan telah dipatahkan oleh kekuatan tenaga jentera Ducati khususnya di laluan lurus. Kelompok depan kemudiannya turut disertai oleh Alex Rins yang memiliki rentak lebih baik berbanding rakan sepasukannya. Sayangnya, Rins yang begitu bersemangat untuk mencabar keupayaan Pecco terbabas di pertengahan saingan.

Martin, Pecco, Mir, dan Jack Miller memiliki kepantasan yang luar biasa. Quartararo kemudiannya berjaya menggunakan kelincahan jenteranya untuk memintas Miller dari dalam. Walaupun begitu, kedudukan ini tidak lama apabila Miller berjaya di depan beberapa lap kemudian.

Takaaki Nagakami mempunyai rentak yang baik sebelum tersilap langkah ketika cuba memintas Valentino Rossi.
Takaaki Nagakami mempunyai rentak yang baik sebelum tersilap langkah ketika cuba memintas Valentino Rossi.

Ketika saingan tinggal 13 lap sahaja lagi, Pecco makin rapat dan berjaya memintas Martin untuk dapatkan kedudukan yang diidam-idamkan. Nasib yang sama menimpa Mir empat lap kemudian apabila dia tidak mampu lagi untuk mengekang kemaraan Miller yang ternyata lebih laju.

Saingan tempat ke-10 dimenangi oleh Valentino Rossi '46'.
Saingan tempat ke-10 dimenangi oleh Valentino Rossi '46'.
Alex Rins '42' membuat serangan dari dalam untuk menewaskan Pecco.
Alex Rins '42' membuat serangan dari dalam untuk menewaskan Pecco.

Pecco berjaya membuka jarak sejauh 0.914 saat pada lap terakhir seterusnya menerima kibaran bendera penamat musim ini dengan catatan masa 41'15,481 saat. Jorge Martin yang meraih posisi kedua dan telah dinobatkan sebagai Rookie of the Year manakala tempat ketiga menjadi milik Jack Miller yang melengkapkan kemenangan 1-2-3 pertama buat Ducati dalam sejarah.

Para pemenang pusingan akhir. Dari kiri: Jorge Martin, Francesco Bagnaia & Jack Miller.
Para pemenang pusingan akhir. Dari kiri: Jorge Martin, Francesco Bagnaia & Jack Miller.
Selamat bersara Valentino Rossi. Grazie Vale!
Selamat bersara Valentino Rossi. Grazie Vale!

Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dengan penuh emosi dan semua pelumba berkumpul untuk memberi penghormatan dan ucapan tahniah padanya. 'Grazie Vale' dari peminat-peminat di seluruh dunia. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.