Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 11 November 2021

VR46: Semakin Hampir Ke Penghujungnya....

Episod akhir drama MotoGP 2021 akan berlangsung pada penghujung minggu ini dan ini juga peluang terakhir para peminat motosikal untuk melihat aksi terakhir pelumba lagenda, Valentino Rossi.

Sudah pasti pengakhiran musim 2021 tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini, detik kali ini pastinya memberikan kita memori yang akan kekal lama dalam ingatan khususnya buat para peminat Valentino.

Lautan peminat berwarna kuning di litar-litar seluruh dunia tidak lagi akan dapat kita lihat selepas ini tetapi pasti warna kuning 'Rossi' akan mewarnai Litar Ricardo Tormo beberapa hari sahaja lagi!

Walaupun tidak ada lagi jentera '46' di litar selepas musim ini, legasi 'The Doctor' akan diteruskan menerusi beberapa orang anak didiknya seperti Francesco Bagnaia, Franco Morbidelli, Enea Bastianini dan Luca Marini.

“Walaupun ia perlumbaan terakhir saya dalam MotoGP, saya rasa seperti biasa dan fikirkan, tak mengapalah. Mungkin hari-hari di hujung minggu akan berbeza dan saya berharap dapat peluang untuk ucapkan 'ciao' kepada para peminat dengan cara terbaik sebagai ucapan terima kasih dan sokongan selama ini,” Valentino Rossi. RR

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.