Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 November 2021

Ahmad Afif Amran Kembali Rancak

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran berjaya merakamkan kemenangan pertama musim 2021 selaku juara di Pusingan 7 cabaran Cub Prix kelas CP150 di litar Tangkak, Johor. Afif telah menamatkan kemarau setelah hampir dua tahun tanpa sebarang kemenangan.

Kehadiran para penonton di litar Tangkak pertama kali sejak musim 2019 telah memberikan semangat dan motivasi yang tinggi buat pelumba-pelumba dalam kelas perdana ini.

Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, Kasma Daniel Kasmayudin yang bermula di petak pertama berjaya berada di hadapan sebagai pendahulu perlumbaan. Kasma telah diberi tentangan yang cukup hebat oleh lima pelumba di belakangnya.  Kedudukannya hanya bertahan sehingga pusingan ke-15 sebelum dipintas oleh Nazirul Izzat Bahaudin, Ahmad Afif Amran dan Mohd Akid Aziz.

CP150, dari kiri: Nazirul Izzat Bahaudin, Ahmad Afif Amran & Mohd Akid Aziz dengan piala kemenangan masing-masing.
CP150, dari kiri: Nazirul Izzat Bahaudin, Ahmad Afif Amran & Mohd Akid Aziz dengan piala kemenangan masing-masing.

Perebutan untuk tempat pertama telah menyaksikan beberapa insiden ‘Close Contact’, terutama di pusingan ke-17 di antara Nazirul Izzat and Akid Aziz. Akibat pergelutan oleh kedua-dua pelumba itu untuk berada di posisi kedua, Afif telah mengambil peluang untuk menjarakkan diri.

Dengan ruang yang agak selesa, Ahmad Afif Amran berjaya melepasi garisan penamat dengan catatan masa 14’49.941s. Manakala Nazirul Izzat yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor memenangi tempat kedua di belakang Afif 1.784 saat. Mohd Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team menamatkan cabarannya di tempat ketiga dengan 14’52.835s.

Walaupun menamatkan saingan di tempat kelima, Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team masih mendahului takhta keseluruhan CP150 dengan kutipan 114 mata.

Mohd Hafiza Rofa bergembira dengan piala kemenangannya.
Mohd Hafiza Rofa bergembira dengan piala kemenangannya.

Dalam kelas CP125, Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team berjaya mendapatkan kemenangan kedua untuk musim 2021. Perlumbaan akhir CP125 telah bermula dengan pelumba pasukan Yamaha GenBlu AHM Motorsports, Mohd Zaki Ahmad Zamri yang mendominasi di kedudukan pertama. Namun, kedudukannya berjaya dipintas oleh Hafiza Rofa pada pusingan ke-12. Hafiza berjaya merekodkan kemenangan dengan catatan masa 11’44.996s. Tempat kedua menjadi milik Mohd Zaki Ahmad Zamri manakal Mohd Adib Rosley di tempat ketiga.

Para pemenang kelas Wira, dari kiri: Mohd Adam Haikal Jahar, Mohd Irfan Haykhal Amidi & Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas.
Para pemenang kelas Wira, dari kiri: Mohd Adam Haikal Jahar, Mohd Irfan Haykhal Amidi & Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas.

Kategori Wira pula, Mohd Irfan Haykhal Amidi dari pasukan Moto1 Koyoko Honda KC Racing membuat kejutan apabila selesa memenangi perlumbaan dengan catatan masa 9’29.226s. Untuk tempat kedua dimenangi oleh Mohd Adam Haikal Jahar dan tempat ketiga, Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas yang merupakan rakan sepasukan Irfan Hykhal. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.

En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Boon Siew Honda mengalu-alukan En. Kunitomo Asano sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Encik Mitsuharu Funase yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar Bahagian Lumba Motosikal di Honda Racing Corporation.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.