Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Oktober 2021

Fabio Quartararo Juara MotoGP 2021

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo akhirnya menggapai 'bintang' apabila dinobatkan sebagai Juara MotoGP 2021 dalam perlumbaan pusingan ke-15 yang berlangsung di Litar Misano,Itali semalam. Kejayaan ini lebih bermakna apabila turut meletakkannya sebagai pelumba Perancis pertama yang bergelar juara dunia kelas prima dan pada masa yang sama mengembalikan takhta ke pasukan Yamaha sejak 2015 yang lalu.

Juara MotoGP 2021 - Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.
Juara MotoGP 2021 - Fabio Quartararo dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

Kemenangan Fabio berlangsung dalam persaingan penuh drama. Walaupun bermula di petak ke-15, ia tidak melemahkan semangat Fabio untuk mengejar kelompok hadapan yang dikuasai oleh Francesco Bagnaia (Pecco) yang cuba sehabis baik untuk menang dan berharap dapat menafikan hasrat Fabio untuk bergelar juara. Turut berada dalam kelompok hadapan ialah Jack Miller dan jaguh pasukan Repsol Honda, Marc Marquez yang memiliki rentak cukup cemerlang.

Marc Marquez sekali lagi mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga untuk meraih kemenangan.
Marc Marquez sekali lagi mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga untuk meraih kemenangan.
Kenangan manis buat pasukan Repsol Honda dengan kemenangan 1-2.
Kenangan manis buat pasukan Repsol Honda dengan kemenangan 1-2.

Ketika cuba mempertahankan posisinya dari dirampas oleh Marc, Jack terbabas ke luar litar! Mujurlah dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius tetapi haruslah menerima hakikat dia telah terlepas kedudukan podium. Marc kini mengekori Pecco dengan tenang dan tidak lama kemudian, rakan sepasukanya Pol Espargaro pula menyertai perebutan getir ini. Dalam masa yang sama, Fabio tenang untuk kekal di laluan dengan sempurna dan mula memintas seorang demi seorang termasuklah Franco Morbidelli dan Luca Marini.

Jagoan pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins -42- & Joan Mir.
Jagoan pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins -42- & Joan Mir.

Ketika saingan berbaki 10 lap sahaja lagi, Fabio telah berjaya berada di posisi keenam apabila dapat memintas pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins. Fabio mula mengejar Aleix Espargaro untuk dijadikan 'mangsa' seterusnya. 

Valentino Rossi menamatkan cabarannya di tempat ke-10
Valentino Rossi menamatkan cabarannya di tempat ke-10

Sementara itu, Pecco terus menerima tekanan demi tekanan cukup hebat daripada Marc yang memiliki kelajuan yang semakin mantap. Pecco terbabas di Selekoh 15 dan segala rancangannya telah gagal. Dia sedar...Ducati sedar dan Yamaha juga sedar bahawa itulah detiknya takhta Juara Dunia MotoGP musim ini semakin hampir menjadi milik Fabio Quartararo. Pelumba Yamaha itu hanya perlu menamatkan perlumbaan dan memiliki kelebihan sebanyak 52 mata di hadapan Pecco.

Francesco Bagnaia.
Francesco Bagnaia.

Marc Marquez menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama diikuti oleh Pol Espargaro dan ia adalah kemenangan 1-2 pertama buat pasukan Repsol Honda sejak tahun 2017 yang lalu. Tempat ketiga dimenangi oleh Enea Biastianini manakala Fabio yang bermula jauh di belakang tamat di tempat keempat. RR

Kedudukan Mata Selepas Pusingan 16

  • Fabio Quartararo       267 mata
  • Francesco Bagnaia   202 mata
  • Joan Mir                    175 mata
  • Johann Zarco            152 mata
  • Jack Miller                 149 mata

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.

Warta Roda

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Para peminat Yamaha MT-15 kini boleh memilih untuk mendapatkan model jalanan ini yang kini berada di pasaran dengan warna serba baru. Ya... MT-15 yang paling 'fresh' berada di pasaran hadir dengan warna Midnight Black.

Warta Roda

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.