Isu Terkini

Julai 2024

Dari Litar / 20 September 2021

Akid Ungguli Pusingan Empat

Tahniah buat Mohd Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team selepas berjaya menamatkan perlumbaan selaku juara dalam pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 di litar Sepang Utara dengan catatan masa terpantas 15'03.215s. Namanya tidak lagi asing dalam kejohanan ini dan sering disebut untuk memenangi takhta dalam kategori perdana.

Dari kiri: Ahmad Afif Amran, Mohd Akid Aziz & Nazirul Izzat Mohd Bahauddin, para pemenang CP150 pusingan 4.
Dari kiri: Ahmad Afif Amran, Mohd Akid Aziz & Nazirul Izzat Mohd Bahauddin, para pemenang CP150 pusingan 4.

Setelah bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor selama lima taun, Akid membuat keputusan untuk berpindah ke pasukan ONEXOX TKKR Racing Team pada musim ini. Namun, dengan perpindahan ke pasukan baru tersebut bukanlah semudah yang disangka.

“Dalam dua pusingan pertama sememangnya amat sukar buat saya dan pasukan yang mempunyai pendekatan mereka tersendiri. Kami memerlukan masa untuk saling memahami antara satu sama lain. Saya amat berterima kasih kepada pasukan ini di atas usaha mereka selama ini. Akhirnya, saya dapat beraksi seperti dahulu”, kata Akid.

Naib juara dimenangi oleh Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing dengan catatan masa 15'03.267s dan Nazirul Izzat (PETRONAS Sprinta Maju Motor) di tempat ketiga.

Dari kiri: Mohd Aliff Danial Mohd Asri, Mohd Fareez Afeez Abd Rahman & Mohd Hafiza Rofa bersama piala kemenangan masing-masing -CP125-.
Dari kiri: Mohd Aliff Danial Mohd Asri, Mohd Fareez Afeez Abd Rahman & Mohd Hafiza Rofa bersama piala kemenangan masing-masing -CP125-.

Dalam CP125, Mohd Fareez Abd Rahman pamer aksi tunggangan bergaya di litar basah dan berjaya memenangi perlumbaan pertamanya pada musim ini dengan catatan masa 12'43.707s. Manakala kedudukan kedua dimenangi Mohd Aliff Danial Mohd Asri dan tempat ketiga Mohd Hafiza Roza.

“Perlumbaan ini seperti mimpi sehinggakan hampir tidak percaya bahawa saya keseorangan di hadapan. Permukaan litar yang licin akibat hujan lebat juga menyukarkan para pelumba lain. Dalam situasi sebegini, pelumba perlu bijak mengatur strategi agar tidak terlalu agrsif”, kata Fareez.

Para pemenang WIRA, dari kiri: Mohd Harith Haziq Zamri, Danial Johan & Mohd Irfan Haykhal Amidi.
Para pemenang WIRA, dari kiri: Mohd Harith Haziq Zamri, Danial Johan & Mohd Irfan Haykhal Amidi.

Akhir sekali, dominasi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing kategori Wira KBS berakhir. Daripada empat pelumba, hanya Danial Johan sahaja berjaya naik podium di tempat pertama (10'10.129s). Rakan pasukan beliau, Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende, Mohd Ail Danial Nasrul dan Mohd Danish Aiman Zamrul terlibat kemalangan pada awal perlumbaan.

Ini membuka ruang buat pelumba dari pasukan Castrol Power1 Honda Team, Mohd Harith Haziq Zamri untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Mohd Irfan Haykal Amidi (Moto1 Koyoko Honda KC Racing) berjaya menewaskan Mohd Idlan Haqimi Raduan dalam perebutan tempat ketiga.

Pusingan kelima dan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu pada 2hb dan 3hb Oktober 2021. RR

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.