Andrea Dovizioso Kini Pelumba PETRONAS Yamaha SRT...
Pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso (Dovi) kini sah menjadi pelumba pasukan PETRONAS Yamaha SRT untuk musim 2021-2022. Kerjasama ini disempurnakan selepas Franco Morbidelli telah berpindah ke pasukan Monter Energy Yamaha MotoGP minggu ini.
Pihak Yamaha menyatakan pemilihan Dovi sememangnya tepat berdasarkan kemampuan dan semangat juang pelumba tersebut yang dipertontonkan selama ini. Dovi sudah meraih gelaran naib juara kelas prima sebanyak tiga kali, mempunyai pencapaian dan kemenangan yang mengagumkan sepanjang kariernya.
Pelumba berusia 35 tahun ini akan kekal menggunakan nombor '4' dan amat gembira kerana diberi kepercayaan untuk kembali beraksi.
Pada sesi latihan bebas semalam, Dovi mengambil peluang untuk mengenali karaktor jentera YZR M1 miliknya. Walaupun dalam cuaca yang tidak menentu, Dovi masih dapat mencatatkan masa yang agak baik dengan catatan masa 1min 44.530s. RR