Marc & Alex Marquez Luangkan Masa Bersama Pasukan Manchester City
Bersempena dengan GP British pada minggu ini, pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Pengurus Pasukan Manchester City, Pep Guardiola. Kedua-dua jaguh Honda itu juga berpeluang melihat sesi latihan dan meluangkan masa bersama beberapa orang pemain dengan pematuhan keselamatan Covid-19.
“Kami amat bertuah atas kunjungan Marc dan Alex pada hari yang cukup cerah ini. Selalunya ketika ini kami berlatih dalam suasana berkabus atau hujan. Memang seronok bertemu dan berkongsikan sedikit kenangan bersama Juara Dunia sepertinya,” kata Pep Guardiola.
“Bola adalah dunia sukan kami, dia pula dengan motosikalnya dan ia adalah satu yang sangat berbeza tetapi untuk menjadi juara, kita perlu meningkatkan tahap kualiti dan memiliki minda yang kuat. Apabila sudah beberapa kali meraih kejuaraan, kamu akan tahu ada sesuatu yang istimewa. Saya yakin kariernya akan terus berkembang dan memberi kegembiraan buat para pencinta sukan permotoran,” tambahnya lagi.
“Hari ini saya rasa cukup gembira dapat bertemu dan melihat sesi latihan pasukan Manchester City dari dekat. Saya benar-benar kagum dengan cara Pep memberi tunjuk ajar kepada para pemainnya. Saya peminat tegar bolasepak dan sudah tentu teruja melihat betapa tersusunnya corak latihan pasukan ini,” ujar Marc Marquez.
Info: Marc kini berada di tangga ke-11 keseluruhan dengan 59 mata manakala adiknya Alex Marquez di tangga ke-14 dengan 41 mata. RR