Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Ogos 2021

Jorge Martin, Juara Terbaru MotoGP!

Okay...perkenalkan juara terbaru MotoGP! Dia ialah Jorge Martin, pelumba Pramac Racing yang membuat kejutan di GP Styria, Austria dengan pencapaian yang menakjubkan. Dari belenggu kecederaan, Jorge melakukan catatan masa terpantas untuk dapatkan posisi pole dan menamatkan minggu yang penuh cabaran sebagai Sang Juara – sempurna!

Permulaan saingan MotoGP yang cukup mendebarkan.
Permulaan saingan MotoGP yang cukup mendebarkan.

Saingan dimulakan dengan pecutan mantap oleh Francesco Bagnaia untuk mendapatkan holeshot sambil diikuti rapat oleh Joan Mir (Pasukan Suzuki Ecstar) dan dan Jorge. Tidak lama kemudian Dani Pedrosa yang kembali berlumba buat pasukan KTM terbabas dan turut menyebabkan Lorenzo Salvadori hilang kawalan. Kedua-dua pelumba tersebut selamat tetapi jentera mereka hangus dijilat api. Bendera merah dikibarkan untuk menghentikan perlumbaan secepat mungkin.

Para pemenang GP Austria. Dari kiri: Joan Mir, Jorge Martin & Fabio Quartararo.
Para pemenang GP Austria. Dari kiri: Joan Mir, Jorge Martin & Fabio Quartararo.

Fabio Quartararo (20) cuba menjarakkan diri daripada para pencabarnya.

Marc Marquez tamat di tempat kelapan.
Marc Marquez tamat di tempat kelapan.

Perlumbaan 'kedua' lebih sengit. Jorge diberi tekanan oleh Jack Miller yang kemudiannya berjaya memimpin perlumbaan buat seketika. Di belakang, Jorge, Mir dan Fabio Quartararo cuba untuk tidak ketinggalan. Turut mempamerkan tunggangan mantap ialah para pelumba Honda iaitu Alex Marquez (LCR Honda Castrol) dan Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu).

Dua jagoan Honda, Alex Marquez (depan) dan Takaaki Nakagami cemerlang di Austria.

Selepas kembali di depan, Jorge Martin membuka pendikitnya sehabis-habisnya untuk membuka jarak. Pelumba rookie ini akhirnya berjaya meraih kemenangan sulungnya dan membawa pulang 25 kutipan mata. Joan Mir kembali ke podium selaku naib juara manakala tempat ketiga dimenangi oleh Fabio Quartararo.

Keadaan litar dipastikan agar benar-benar selamat sebelum perlumbaan disambung akibat kemalangan yang menimpa Dani Pedrosa dan Lorenzo Salvadori.
Keadaan litar dipastikan agar benar-benar selamat sebelum perlumbaan disambung akibat kemalangan yang menimpa Dani Pedrosa dan Lorenzo Salvadori.
Valentino Rossi telah umumkan persaraannya di penghujung musim.
Valentino Rossi telah umumkan persaraannya di penghujung musim.
Jack Miller terbabas di ketika dalam perebutan tempat ketiga.
Jack Miller terbabas di ketika dalam perebutan tempat ketiga.

Tahniah diucapkan buat Takaaki Nakagami dan Alex Marquez dengan kejayaan di tempat kelima dan keenam.

Maverick Vinales sekali lagi tidak dapat talaan yang sesuai. Dia tamat di tempat ke-19.
Maverick Vinales sekali lagi tidak dapat talaan yang sesuai. Dia tamat di tempat ke-19.

Adakah Fabio sedang menbandingkan keadaan tayar Joan Mir dengan tayarnya?

“Saya masih tidak percatya dengan kemenangan ini. Apa yang saya lakukan hari ini memang menakjubkan, saya kekalkan momentum di sepanjang perlumbaan. Walaupun ada membuat kesilapan, sasaran saya adalah untuk menang. Joan Mir memang mantap, dia dapat mengekori saya dari awal hingga akhir. Saya cuba jarakkan diri tetapi dia tetap berjaya merapatkan diri. Terima kasih buat keluarga dan ini adalah satu lagi kemajuan buat saya untuk mencari takhta juara dunia,” Jorge Martin. RR

Jumlah mata keseluruhan MotoGP 2021

  • Fabio Quartararo      172 mata
  • Johann Zarco            132 mata
  • Joan Mir                    121 mata
  • Francesco Bagnaia   114 mata
  • Jack Miller                 100 mata

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 dijangka dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2025 harganya pula dijangka bawah RM30k.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.