Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Jun 2021

Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP Puji Kesungguhan Hafizh Syahrin.

“Teruskan usaha dan jangan menyerah kalah Hafizh Syahrin. Kami memuji dengan segala usaha anda setiap kali turun bersaing di litar dan berkongsikan pandangan bersama pasukan. Perlumbaan ‘home race’ di TT Assen akan tiba,” Jarno Janssen, Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP.

Begitulah komen yang diberikan oleh pengurus pasukan Hafizh Syahrin selepas berakhirnya cabaran Moto2 di Litar Sachsenring semalam. Jarno turut menyatakan dia cukup berpuas hati dengan catatan masa serta tahap kecergasan Hafizh ketika di sesi latihan bebas dan kelayakan.

Hafizh Syahrin sasar kedudukan lebih baik di TT Assen minggu hadapan.
Hafizh Syahrin sasar kedudukan lebih baik di TT Assen minggu hadapan.

Hafizh yang bermula di petak ke-26 berjaya memintas beberapa pelumba untuk mencari kedudukan yang lebih baik. Walaupun tidak begitu berpuas hati dengan masalah talaan, Hafizh berjaya menamatkan saingannya di tempat ke-17 manakala rakan sepasukannya, Barry Baltus di tempat ke-14.

Rakan sepasukan HS55, Barry Baltus '70' tamatkan cabarannya di Jerman di tempat ke-14.
Rakan sepasukan HS55, Barry Baltus '70' tamatkan cabarannya di Jerman di tempat ke-14.
Hafizh terus menggalas cabaran dengan semangat tinggi.
Hafizh terus menggalas cabaran dengan semangat tinggi.

“Kami benar-benar menjangka akan memperolehi satu atau dua mata di Sachsenring tetapi saya masih tidak dapat menggunakann potensi sebenar NTS di sini. Rentak saya di Mugello lebih baik, litar ini lebih pendek dan kompak yang menyukarkan krew untuk dapatkan talaan terbaik. Kami akan berusaha lebih gigih untuk penyiapan pusingan seterusnya di Assen kerana ia amat penting buat pasukan,” komen Hafizh. RR

Kredit Foto: https://www.rwracinggp.com/

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya (LLM) kini sedang membangunkan kemudahan asas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal di negara ini.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.