Yamaha Team 2019 Teruskan Kegemilangan
Sejak penubuhan Yamaha 65 tahun yang lalu serta penglibatan dalam arena perlumbaan, mereka telah menyumbang ke arah kebajikan, ekonomi dan kepesatan kehidupan untuk ke arah yang lebih baik. Untuk musim ini, Yamaha akan maju ke hadapan menerusi penglibatan dalam perlumbaan utama dunia dengan tujuan untuk memupuk generasi pelumba, mempromosikan budaya sukan permotoran dan berkomunikasi ke seluruh dunia menggunakan slogan 'Revs Your Heart.’
Dengan galakan serta dorongan yang diberikan ini, Yamaha sentiasa membuka peluang dan platform untuk membangunkan bakat-bakat muda dalam permotoran dari negara-negara Asia Tenggara hingga ke seluruh pelusuk dunia. Usaha gigih ini telah dibuktikan dengan kejayaan beberapa orang pelumba yang telah memajukan diri dengan cemerlang untuk melangkah lebih besar di Eropah. Yamaha ternyata berjaya membawa 'Kando' ke seluruh dunia. Kando adalah perkataan Jepun yang menggambarkan perasaan serentak di antara kepuasan yang mendalam dan kegembiraan hebat apabila kita mengalami sesuatu yang luar biasa.
Yamaha Motor Co. Ltd menerusi Yamaha Motorsports merupakan agensi yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran, pengurusan, penyelidikan dan pembangunan malah menyusun atur setiap perkembangan dan penglibatan jentera sukan bermotor kelolaan Yamaha.
Bertempat di Pusat Media di Litar Antarabangsa Sepang 5 Februari 2019 lalu, Yamaha Motorsports telah melancarkan secara keseluruhan pasukan-pasukan yang akan bersaing dalam beberapa siri perlumbaan untuk tahun 2019 ini. Dengan pembaharuan dalam pengurusan, pelumba dan jentera masing-masing, Yamaha dijangka akan memberikan semangat baru dalam usaha untuk merealisasikan misi mereka.
Terdapat satu pembaharuan kategori dalam perlumbaan Asia Road Racing (ARRC) di mana kategori ASB1000 akan diperkenalkan sebagai kelas prima. Yamaha Racing Team ASEAN akan bersaing dalam kelas baru ini menggunakan jentera YZF-R1 yang akan dipacu oleh Yuki Ito. Berikut adalah nama-nama pelumba yang akan mewakili pasukan Yamaha mengikut kategori perlumbaan untuk musim 2019:
World Suberbike Championship PATA Yamaha Team
#60 Micheal van de Mark #22 Alex Lowes
All Japan Road Race Championship Yamalube Racing Team
#75 Keisuke Maeda
ISB 1000
#1 Katsuyuki Nakasuga # Kohta Nazane
Asia Road Racing Championship Yamaha Racing Team Asean ASB1000
#23 Broc Parkes #76 Yuki Ito
Yamaha Thailand Racing Team ASB 1000
#56 Ratthapong Wilairot # 24 Apiwath Wongthananon
Yamaha Thailand Racing Team SS600
#Peerapong Boonlert
Yamaha Thailand Racing Team AP250
#56 Sawapol Nilapong #86 Suttipat Patchareetorn
Yamaha Racing Indonesia AP 250
#901 M Faerozi #96 Anggi Setiawan
Yamaha Racing Indonesia UB150
#89 Wahyu Nugroho #570 Aldi Satya Mahendra
Hong Leong Yamaha Malaysia SS600
#127 Kasma Daniel Kasmayudin #50 Ahmad Afif Amran
UMA Racing Yamaha Philippines Team UB150
#123 Mckinley Kyle Paz #17 Masato Fernando. RR
Popular