Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Jun 2021

Hafizh Syahrin: Cabaran Jentera Panas di Catalunya

Selepas memberikan prestasi yang cemerlang pada pusingan sebelum ini, harapan Hafizh Syahrin dan pasukannya untuk terus memburu mata tidak kesampaian apabila pelumba negara itu diuji dengan beberapa masalah teknikal ketika beraksi dalam saingan pusingan ketujuh Moto2 yang berlangsung di litar Catalunya, Sepanyol semalam.

Hafizh yang bermula di petak ke-20 telah mempamerkan kesungguhannya untuk berada di hadapan tetapi apakan daya jenteranya dikatakan menghadapi masalah panas lampau berikutan penggunaan fairing baru. Hafizh terpaksa akur dengan keputusan kali ini iaitu di posisi ke-20 dan dia juga turut berkongsikan kekecewaannya dalam laman media social Official Fan Club Hafizh Syahrin.

“Jentera telah hilang kuasa kerana enjin terlalu panas. Kami perlu lebih masa untuk menguji komponen dan bahan baru untuk membangunkan bahagian fairing. Krew dan saya yakin kami akan dapat memperbaikinya dan mendapatkan talaan yang tepat di Jerman nanti,” kata Hafizh.

Pengurus pasukan RW Racing GP, Jarno Janssen menyatakan beliau juga mengharapkan keputusan yang baik dari Hafizh dan rakannya Barry Baltus terutamanya selepas kejayaan Hafizh di Mugello pada pusingan sebelum ini. Walaupun hasrat mereka tidak kesampaian tetapi beliau mengucapkan kedua-dua pelumba atas kerja keras sepanjang minggu dan akan memastikan krew mempertingkatkan keupayaan jentera agar lebih kompetitif pada perlumbaan di Sachsenring dua minggu lagi.

Buat Hafizh, teruskan latihan dan jangan patah semangat. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Warta Roda

Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

Sebuah kedai aksesori kereta di Taman Kebun Teh, di sini, termasuk tujuh motosikal yang berada di dalam premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada lewat malam Isnin.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.