Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Mei 2021

MotoGP 2021: Jack Miller Cemerlang Dalam Hujan

Perlumbaan MotoGP yang diadakan di Litar Le Mans, Perancis memang cukup sukar dan ini disebabkan cuaca yang tidak menentu. Setiap pasukan cukup bijak mengatur strategi dan membuat talaan yang terbaik untuk para pelumba. Dalam saingan kali ini, Jack Miller sekali lagi mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut. Miller juga merupakan pelumba Australia pertama yang berjaya melakukannya sejak lagenda MotoGP, Casey Stoner pada tahun 2012 yang lalu.

Jack Miller '43' melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan.
Jack Miller '43' melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan.

Sejak di sesi 'Warm Up' dan di awal perlumbaan, cuaca cukup terang dan kering. Ini menyebabkan para pelumba telah memilih untuk menggunakan tayar Michelin soft-soft slick. Tidak lama kemudian, awan gelap mula menyelubungi litar dan ia mula membimbangkan.

Miller memecut dengan pantas tetapi dicabar hebat oleh dua pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP iaitu Maverick Vinales dan Fabio Quartararo yang kemudiannya saling memintas untuk mendahului perlumbaan. Di belakang kelompok hadapan ini terdiri daripada Alex Rins dan dua jaguh Honda, Marc Marquez dan Takaaki Nagakami.

Fabio '20' terus menunjukkan tunggangan yang meyakinkan.
Fabio '20' terus menunjukkan tunggangan yang meyakinkan.

Di kala pertarungan sengit sedang berlangsung, hujan mula turun dan bendera putih dikibarkan, menandakan para pelumba dibenarkan untuk menukar jentera masing-masing. Quartararo terus masuk ke paddock diikuti oleh Marquez, Rins dan para pelumba lain. Marquez yang terlebih dahulu keluar menggunakan peluang tersebut untuk memimpin perlumba dan kali terakhir kita melihat pelumba bernombor 93 ini di podium adalah pada dua tahun yang lalu.

Marc Marquez memiliki peluang besar untuk ke podium tetapi sayangnya terbabas beberapa lap sebelum tamat.
Marc Marquez memiliki peluang besar untuk ke podium tetapi sayangnya terbabas beberapa lap sebelum tamat.
Alex Rins gagal menahan kekecewaan apabila terbabas keluar litar.
Alex Rins gagal menahan kekecewaan apabila terbabas keluar litar.

Sayangnya dia terbabas beberapa lap selepas itu dan walaupun mampu menyambung semula persaingan, nasib tidak menyebelahi Marquez apabila sekali lagi terbabas ketika perlumbaan berbaki 10 lap sahaja lagi. Miller dan Francesco Bagnaia pula dikenakan penalti (Double Long Lap) selepas menunggang laju di laluan pitlane. Quartararo turut dikenakan penalti (Long Lap) selepas tersalah masuk ke paddock Vinales ketika menukar motosikalnya.

Perebutan tempat ke-10 di antara Rossi '46' dan Vinales.
Perebutan tempat ke-10 di antara Rossi '46' dan Vinales.
Jaguh dari Perancis, Johann Zarco raih tempat kedua.
Jaguh dari Perancis, Johann Zarco raih tempat kedua.
Alex Marquez akhirnya berjaya meletakkan dirinya di antara 10 pelumba terbaik di Litar Le Mans..
Alex Marquez akhirnya berjaya meletakkan dirinya di antara 10 pelumba terbaik di Litar Le Mans..

Miller yang berada di depan sekali telah menggunakan kekuatan jentera untuk membuka jarak sehingga gagal dicabar oleh para pelumba lain dan menamatkan saingan di Le Mans dengan catatan masa 47:25.473s. Fabio Quartaro tewas di tangan rakan senegaranya, Johann Zarco yang ternyata lebih pantas untuk muncul naib juara. Tempat keempat dimenangi oleh Bagnaia diikuti oleh Danilo Petrucci dan Alex Marquez. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.