Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Mei 2021

Jack Miller Pamer Kemampuan Sebenar di Jerez

Pelumba dari Australia, Jack Miller yang menerima kritikan hebat sejak di awal musim berikutan kegagalannya untuk berada di posisi hadapan akhirnya berjaya membuktikan kemampuan sebenarnya selepas muncul juara di perlumbaan pusingan 4 yang berlangsung di Litar Jerez semalam. Pelumba pasukan Ducati Lenovo itu mengambil peluang sebaiknya selepas masalah mekanikal yang menimpa jentera Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) untuk menerima kibaran bendera penamat sebagai 'Sang Juara'.

Permulaan saingan kelas prima yang cukup mendebarkan.
Permulaan saingan kelas prima yang cukup mendebarkan.

Miller yang bermula di petak ketiga berjaya melakukan holeshot dan memintas Quartaro untuk berada di depan. Dia diekori rapat oleh Franco Morbidelli, Francesco Bagnaia dan sudah tentu Quartararo. Bagaimana pun, kedudukan Miller dicabar oleh pelumba Quartararo yang sedang memburu kemenangan ketiganya berturut-turut. Pecutan jentera Yamaha gagal ditahan oleh Miller yang akur dengan keupayaan lawannya itu.

Fabio '20' pada mulanya cukup pantas meninggalkan para pencabarnya.
Fabio '20' pada mulanya cukup pantas meninggalkan para pencabarnya.
Pemenang tempat ketiga, Franco Morbidelli.
Pemenang tempat ketiga, Franco Morbidelli.
Francesco Bagnaiakini di tangga teratas dengan 66 mata.
Francesco Bagnaiakini di tangga teratas dengan 66 mata.

Malang tidak berbau. Ketika saingan berbaki 12 lap sebelum tamat, jentera Quartarato mula bermasalah (arm pump) yang menyebabkan dengan berat hati dia terpaksa melupakan segala impian untuk melakukan hat-trick walaupun sudah 1.4s di hadapan. Daripada kedudukan itu, Quartararo terus ketinggalan sehinggalah menamatkan saingan di tempat ke-13.

Takaaki Nakagami berjaya meraih tempat keempat.
Takaaki Nakagami berjaya meraih tempat keempat.
Vinales tidak berpuas hati dengan prestasi jenteranya.
Vinales tidak berpuas hati dengan prestasi jenteranya.

Selepas memintas Fabio, Miller mengemaskan tunggangan dan berjaya menamatkan penantian untuk bergelar juara sejak tahun 2016 dan kali ini dia juga telah memberikan kemenangan pertama Ducati di Litar Jerez sejak 15 tahun yang lalu.

Marc Marquez tamatkan cabaran pusingan 4 di tempat kesembilan.
Marc Marquez tamatkan cabaran pusingan 4 di tempat kesembilan.

Tempat kedua dimenangi oleh rakan sepasukannya, Bagnaia yang ketinggalan 1.912 saat di belakang diikuti Franco Morbidelli yang berjaya mengubat duka khemah pasukan Yamaha. Tahniah juga diucapkan buat Takaaki Nakagami (LCR Honda) yang meraih tempat keempat selepas berjaya menundukkan Joan Mir dan A.Espargaro yang masing-masing di tempat kelima dan keenam.

Kedudukan Keseluruhan MotoGP 2021

  • Francesco Bagnaia 66 mata
  • Fabio Quartararo 64 mata
  • Maverick Vinales 50 mata
  • Joan Mir 49 mata
  • Johann Zarco 48 mata

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

Warta Roda

Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan pengenalan kepada 3 warna terbaru untuk model Y16ZR ABS 2025. Warna-warna menarik tersebut terdiri ialah Fiery Red, Desert Steel dan Emerald Pearl.

Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.